Sunday 1 January 2012

Story Of The Day ( 21 )

   Sukar sungguh untuk memulakan bicara.Jujurnya aku kelu untuk berkata - kata .Biarpun terlalu banyak untuk diluahkan namun jari jemari yang menaip tidak seiring dengan pemikiranku yang sedang merangka kata.Di awal pagi Jumaat yang lepas ( 23/12/11 ) seperti biasa aku membuka fb aku dan mengucapkan selamat pagi kepada semua rakan - rakan fb yang mengenaliku..Namun keceriaan aku pada pagi tu diragut oleh satu pos yang benar - benar menyentap tangkai hatiku....
   Yup,,post darinya yang membuatkan aku terkesima seketika.Sungguh aku tak sangka dia akan membaca blog aku yang baru aku poskan pada malam sebelumnya.Sangkaku dia tidak akan tergerak hati akan membaca blog aku,,malahan pada benakku dia merupakan orang terakhir yang akan atau lebih tepat dikatakan "mustahil"  membaca blog aku.Tetapi ternyata sangkaanku jauh meleset..
   Entah kenapa jauh disudut hati aku,,aku merasa begitu terluka sekali dengan kata - kata yang tertera di wallnya. Seharian aku termenung di belakang rumah,,menghadap ke arah sungai perak yang mengalir lesu. Mengingatkan setiap bait kata yang tertulis membuatkan airmata aku mengalir. Semakin aku tahan tangisanku ,, semakin laju air mata yang menuruni pipiku. Hujan seolah - olah menemani aku yang sedang melayani kesedihan ,, bagaikan alam juga turut berdukacita bersamaku..

   Dua hari berturut - turut aku menangis. Mujur sahaja di rumah mak angkat aku dipenuhi oleh anak - anak dan cucu - cucunya membuatkan aku sedaya upaya untuk menahan tangisan . Peritnya bila aku terpaksa mengukirkan senyuman tatkala hati sedang menangis kesedihan. Umpama air sungai yang mengalir lesu, tenang di permukaan , bergelora di dasarnya . Begitu jugalah keadaan aku pada masa itu , tenang di luaran tetapi dalaman aku menahan resah gelisah.
   Aku sendiri tak tahu kenapa aku begitu bersedih. Terdetik dihatiku , benarkah kasih dan sayangku sudah mula menebal terhadapnya ? Sungguh aku tiada jawapannya..Apa yang pasti hati aku benar - benar bagai disiat-siat dengan belati ketika aku membaca setiap patah perkataan. Sedangkan kata - kata yang tertulis tidaklah kasar mahupun biadap.. biarpun akal aku mengiyakan tapi hati aku tetap menafikannya dan tetap merasa sakitnya...
   Petang Ahad aku bersiap untuk pulang ke Ipoh . Pemanduan yang sepatutnya memakan masa sejam menjadi hampir dua jam untuk aku sampai ke ipoh. Manakan tidak , sepanjang perjalanan air mata aku menitis bagaikan paip yang bocor sahaja gayanya..Aku terpaksa memandu hanya dengan kadar kelajuan 50km/j. Malahan aku juga hampir - hampir sahaja melanggar belakang lori  dek kerana gara - gara melayani kesedihan yang bersarang di hati..mujur sempat brek mengejut kalau tidak dah arwah agaknya aku ni...Sampai di ipoh aku terus masuk ke bilik dan merehatkan diriku yang kelelahan,,lelah kerana menangis dan kerana memandu dalam keadaan stress..
   Biarpun begitu aku tetap memaniskan muka dan bergelak ketawa dengan family aku supaya mereka tidak mengesyaki apa - apa. Waktu mandi adalah waktu yang sesuai untuk aku hamburkan segala tangisan yang aku tahan ,, tangisan yang cukup menyendatkan dadaku,, terima kasih kepada shower yang ada kat dalam bilik air aku kerana membantu aku mengkover bunyi tangisan aku tu..
   Jika dihitungkan ,, dari Jumaat byang lepas hingga ke hari ini ,, maka genaplah seminggu lebih aku tidak membuka fb kesayangan aku.. Memang aku tidak ada kekuatan untuk membuka fb aku. Aku teringatkan perbualan aku dengan nurul didalam sms kami ,, Nurul mintak aku supaya jangan putus asa kerana menurutnya "dia" bukan lelaki orang , bukan juga tunang sesiapa, boyfriend orang pun jauh sekali.Dan aku pula hanya menjawab  " entah la nurul,, sejak aku baca komen dia, hati aku macam patah sangat. Semua yang pernah berbunga kat hati aku macam dipatah - patahkan dan yang tinggal cuma dahan kekeringan sahaja. Aku masih terbayang - bayang lagi tiap patah perkataan yang dia tulis. Kalau ditulisnya ' i need time ' aku masih boleh terima. Tapi bila ditulis hanya akan berdiam diri,, itulah yang membuatkan aku terfikir bahawa selama ini aku yang bertepuk sebelah tangan .."
   Biarlah,, biar hati aku pulih dahulu,, memang aku takde kekuatan untuk buka fb . Aku takut kalau aku online fb aku dan aku terpandangkan nama dia ,, aku akan nangis lagi! Kalau sebelum ni,,memandang nama dia sahaja akan membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga ,, tapi buat masa ini aku takut jika melihat namanya akan mengundang kesedihan bertamu di ruang hati..
   Nurul cuma mampu kata " mas,, patah,,renyuk hati ko..aku tak tahu nak cakap apa ". Aku cuma mampu tersenyum..Itulah sahabat aku ,, sahabat yang setia di sisi aku . Bukan aku taknak cerita pada maj,, tapi aku tak mahu cerita remeh temeh aku mengganggu maj yang sedang menganyam bahagia kerana bakal menyambut cahaya mata yang kedua mengikut cerita yang ku dengar daripada nurul.Takkan aku nak buat dia sedih dengan cerita aku pulak kann?? Mula aku nak biarkan jer dulu sebab aku fikir nanti dia akan tau jugak . Biarpun aku tahu tindakan aku tidak bercerita padanya akan mengundang bebelan yang bakal membuatkan telinga aku yang comel nih bernanah..dan memang betul pun telahan aku bila maj menelefon aku kelmarin..hmm..:)
   Benarlah kata orang , bila kasih  yang dihulurkan tidak bersambut , sakitnya sungguh tidak tertanggung..Aku pasrah dengan ujian tuhan . Ada sebab musababnya kenapa aku perlu melalui jalan yang ditetapkan untukku . Inilah pertama kali aku membuka pintu hati untuk seseorang , namun pintu yang ku buka mungkin akan tertutup kembali kerana tetamu yang mengetuknya sudah pun menjauh...
   Pada saat ini apa yang tersemat dalam hati aku , cumalah keinginanku untuk melihat dia bahagia meskipun hati aku terluka. Dari jauh aku doakan kebahagiaannya . Ikhlaskah aku?.. biar hanya aku yang tahu.. Jika dia bahagia maka aku pun akan bahagia melihatkan dia bahagia di kejauhan.. Menyayangi tidak semestinya memiliki,,betul tak?? (^_^)


   Moleklah kiranya aku mengundurkan diri sekarang sebelum hatinya dan hatiku terluka dengan lebih parah..Andainya orang mengatakan aku mengalah sebelum waktunya,,aku terima kerana jujurnya aku tidak sanggup membiarkan orang yang aku sayang terluka atau berada dalam keadaan yang tidak selesa..Sedalam mana kasih sayang aku terhadapnya biarlah hanya aku yang tahu. Apa yang pasti aku sentiasa berdoa dan memohon kepadaNya  "Ya Allah,, andainya dia yang kau pilih untuk menjadi pembimbingku, pelindungku , maka Engkau dekatkanlah hatinya dengan hatiku , dan jika dia bukan orang yang kau takdirkan untukku , maka kumohon padamu Ya Allah , jauhkanlah dia daripada pemikiran dan hatiku.. Bantulah aku dalam upayaku untuk melupakannya . Dan sesungguhnya , aku pasrah pada setiap ketentuanMu "