Thursday 26 April 2012

Alkisahnya semalam,,,

Kisahnya semalam,,,sungguh melucukan sekali..jika diingatkan memang sukar untuk aku menghentikan gelak tawaku..Aduhaii,,lucu sekali sahabat kesayanganku...Semalam nurul tidur di rumahku..kepala paip dalam tandas aku tercabut ketika dia mahu menggunakannya...Jeritannya menyebabkan aku sudah tergelak dahulu kerana aku sudah dapat mengagak apa yang terjadi..Menyembur - nyembur air dari paip itu menyebabkan nurul basah kuyup satu badan sebab dia cuba untuk mengenakan semula paip tu..Aku yang memandang wajah paniknya memang gelak tak ingat dunia..Sampai senak perut aku dibuatnya..Kemudian kami berbalas msj dalam fb dan tawa itu pecah lagi,,maunya tak,,duduk dalam satu rumah , berdepan lagi masih mau mesej segala bagai...Alahaii,, kawanku yang seorang itu memang lucu dan "selamba badak" orangnya...Dalam gelak - gelak tu,,aku teringatkan seorang kawanku , Majdiah yang dah lama tak ku hubungi,,kerinduan mula menjalar di hati.. bilalah dapat bersua dengannya..


Semalam nurul memperkenalkan kepadaku lagu yang aku link kat atas tu,,, aku sangat tertarik dengan senikatanya,,,benarlah kata nurul pasti aku akan mencari lagu itu kerna hati telah terpaut pada kemerduan liriknya,,dannn,,yang benarnya kerana sam dan yana are so cuteee!! Pada kawan2 yang baca blog aku nih.. enjoy yourself,,,(^_^)http://www.youtube.com/watch?v=9E5jdoeGiSk&feature=related

Wednesday 25 April 2012

Pesan Pada Hati...

Hasil nukilan yang pertama daripada mas..entah macam mana tergerak hati untuk mula menulis puisi. Tak tau laa sama ada ini boleh dipanggil sebagai puisi  atau tidak . Kata salah seorang teman dalam group Alam Pena Bicara..."puisilah ikut kata hati...ia pasti akan terukir indah kak"...kata - kata itu menaikkan lagi semangat mas untuk berkarya..biarpun hanya sebagai percubaan yang mas sendiri tak pasti dimana penghujungnya , tapi sekurang- kurangnya mas mencuba merealisasikan impian yang telah tersemat dihati sejak dari kecil lagi...Jadi pada kawan - kawan yang baca blog mas ni,,ini khas buat kalian semua...Enjoy!! (^_^)


Pesan Pada Hati....

Pesanku pada hati...
jangan mula menaruh perasaan
kelak nanti akan terluka
sampai masa kumula menaruh perasaan
malahan kujua mulai terluka

Pesanku pada hati...
jangan menagih kasih pada yang tak cinta
kelak nanti akan merana diri
jujurnya kumula berharap pada yang tak cinta
kujua mula didera oleh kasih yang tak pernah bertepi

Pesanku pada hati...
jangan dirindu pada yang tak sudi
namun pada dia jua yang kurindui
dan aku parah membendung kerinduan yang melemaskan

Telahku berpesan pada hati...
jangan mula menaruh perasaan...
jangan dikasih pada yang tak cinta...
dan jangan dirindu pada yang tak sudi..

Namun jujur kukatakan
aku telah jatuh cinta padanya yang tak sudi
dan demi kasih yang tak bertepi
kuingkari segala pesanan dihati
biarpun kesakitan meratah diri.....

~ Nea Suhaimi , 16/4/2012 , 4:30 ptg ~

Monday 23 April 2012

Terkilan di hati....

Hmmm,,memang terkilan sungguh di hati apabila apa yang diharapkan tidak berlaku. Kasihan anak- anak muridku bila tidak berjaya menggondol apa - apa tempat dalam pertandingan karnival bahasa yang berlangsung pada sabtu yang lepas..Rasa terkilan itu masih terbawa - bawa hingga ke hari ini. 

Memandang wajah mereka , hatiku menjadi sayu. Memang sudah termaktub dalam tersurat ,,, bukan rezeki anak - anakku untuk mewakili daerah pada kali ini. Apapun mereka telah berusaha dengan sedaya upaya ,, itu yang telah kusaksikan.Dan mereka tetap juara dihati kecilku.. Jadi ,, konklusinya..haruslah meningkatkan usaha dan sedaya upaya menghasilkan yang terbaik untuk diri sendiri dan anak - anakku itu. 


Minggu ni aku dipilih lagi untuk bertugas sebagai guru bertugas . Kali ni namaku dibawah nama Cikgu Mutalib. Harap - harap minggu ni takde la apa-apa yang buruk berlaku. Lelah rasanya bila terkejar - kejar buat kerja nih,,

 Waktu rehat tadi kak Azizah datang ke sekolah aku menyerah salinan kertas kerja Program Menggilap Mutiara padaku..Program yang melibatkan budak pemulihan yang telah aku ikuti selama tiga tahun berturut - turut. Cuti sekolah ni kami akan berjalan ke KL..nak bawa budak - budak tu pergi menara KL dan yang paling best kilang coklat,,,sebenarnya aku yang teroverexcited sebab dengor nak pergi kilang coklat tu,,hehehe!!


Setakat ni je la dulu yer,,nak balik dah pun,,lain kali mas update lagi....(^_^)

Friday 20 April 2012

Kegembiraan Dalam Keletihan.....

   Aduhaiii,,,,keletihan yang teramat sangat rasanya dalam bulan ini. Terlalu banyak aktiviti di sekolah yang memerlukan pemerhatian dari kami cikgu - cikgu sekolah. Kadangkala rasa macam tiada life lain selain dari kerja,,kerja ,,kerja.. Tapi apakan daya , itu adalah jalan yang telah mas pilih , jalan yang tersemat kukuh didada.. Masa nilah mas teringatkan iklan NKRA Pendidikan kat tv,,"your oath of service is to serve the children".. Yes,,,i've been chosing to serve the children of my nation..so i have to deal with it...


   Letih memang tak terkata,,tapi keletihan itu diubati dengan kejayaan anak murid yang tersayang membuatkan setiap penat lelah itu terlalu berharga buat diri mas sendiri . Baru - baru ni pasukan bola jaring menang tempat kedua dalam pertandingan antara zon.Walaupun tak dapat mewakili zon untuk pemilihan daerah (sebab hanya johan sahaja yang pergi ) tapi ada 3 pemain sekolah mas yang dipilih untuk join johan..kira ok la tu sebab ada wakil dari sekolah. Memang tak sangka sepanjang lima tahun berkhidmat kat SKTP ni,,inilah kali pertama pasukan kami merangkul naib johan zon..sebelum ni masuk semi final pun tak pernah. Pergi lawan untuk wakil daerah Perak Tengah , pasukan yang dibentuk masa zon tadi menang jadi johan,,sekarang tengah ligat untuk berlatih pergi negeri pula...Alhamdulillah rezeki budak - budak tu..Jadi ini memanglah antara kepenatan yang berbaloi sekali.


   Tanggal 17/4/2012...kami yang terlibat dengan Karnival Bahasa Inggeris , dikejutkan juga dengan kemenangan yang tidak dijangka oleh peserta Story Telling kami. Dapat johan dan akan bertanding untuk wakil daerah esok di Sk Dato Sagor..Dalam budak tu marah - marah malu sebab dia sorang jer yang pakai kostum pun boleh menang juga..bila diingatkan gelagatnya, mas tergelak sebab masa makeup kan dia,,beria - ria dia bersungut sebab taknak makeup tebal malu katanya,,hehe!! Action Song pula tahun ni dapat johan juga. Mujur ada Cikgu Rohaya yang terrer bab- bab menari nih..Mas pula pegang bahagian makeup la apa lagi,,itu kepakaran yang mas ada dan membantu selagi termampu dengan cikgu- cikgu yang lain .Terasa kembang setaman bila diumumkan sebagai johan . Esok kami akan bertanding untuk wakil Perak Tengah,,doakan kami yer semoga urusan berjalan dengan lancar.Mudah-mudahan kami berjaya menjadi wakil daerah.


   Apapun yang berlaku, yang terjadi rasanya setakat ini tidak pernah lagi membuatkan mas berasa tawar hati untuk terus berkhidmat sebagai guru.Mas lebih rasa bangga bila mengenangkan mas menyambung warisan daripada cikgu - cikgu yang pernah mengajar mas ketika masih dibangku sekolah..Sir Baharuddin ( SK SUNGKAI ) yang garang tapi baik hati,,Cikgu Fauziah yang manis tersenyum ,, Cikgu Sharifah Mariam yang petah berbunga-bunga bahasanya, Cikgu Aini Ruslin yang pemurah ( banyak bagi hadiah wooo,,) dan ramai lagi cikgu - cikgu sekolah rendah dan menengah yang pernah mengajar mas.Mungkin kerana mereka jugalah yang mendorong mas untuk terus berada di bidang pendidikan.Menyesal???InsyaAllah takkan pernah menyesal menjadi seorang guru....(^_^)    

Tuesday 10 April 2012

Kejutan Di Pagi Hari..

Hari ini memang kejutan yang boleh dikategorikan agak besar jugalah buat kami guru - guru di sekolah mas.Hehe,,mana tidaknya...pagi - pagi lagi kami dapat berita yang ada wakil JPN nak datang pada pukul 9 pagi untuk pantau perjalanan peperiksaan khas LINUS di sekolah kami.Macam nak putus nafas mas bila dapat berita tu sebaik sahaja turun dari kereta.Gabra punya pasal.Maunya tak gabra,mas pun ada terlibat dengan budak tahun 3. Ada tiga budak yang menumpang dikelas mas untuk program pemulihan.

Sampai sahaja di bilik guru, mas terus letak bag dan menuju ke kelas tahun 3. Rupanya kak Salina PK HEM kami dah suruh budak - budak tu start susun kelas macam peperiksaan biasa .Sementara tunggu "orang" tu datang sempat lagi mas dengan kak Salina kasi latihan membina ayat berdasarkan gambar kepada bebudak tu. Mas tolong setakat yang boleh sahaja. Yang selebihnya banyak kak Salina yang uruskan sebab Kak Salina yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu untuk tahun 3 itu . Rupanya "orang " tu datang untuk pantau perjalanan LINUS sahaja. Bukan hendak periksa fail segala bagai...lega hati kami.Tapi kalau dia nak check jugak segala fail yang berkaitan , rasanya InsyaAllah tidak ada masalah kot. Kata rakan sekerja mas, kalau dia marah sebab tak puas hati pun, kita dengarkan sahaja...:)

Bila dia sudah berpuas hati dengan segala prosedur yang kami lakukan , dia pun balik . Baru nak lega hati , perut , limpa semua..tup..tup..PPD pulak datang atas tujuan yang sama. Adeiiii!!!Nasib baik takde apa - apa yang berlaku , cuak jugak mas tadi.Cepat betul naik darah gemuruh... huhh!!tak suka betul perasaan takut macam ini...rasa macam buat salah besar sangat...padahal takde apa - apa pun.

Minggu ini, minggu mas bertugas dan hari ini merupakan hari kedua mas bertugas selepas dua bulan tidak bertugas. Teringatkan peristiwa semalam didalam bilik guru , rasa macam lawak la pulak...selepas waktu rehat lebih kurang dalam pukul 11:30 macam tu , kami yang berada dalam bilik guru dikejutkan oleh suara Cikgu Rohaya yang agak cemas minta tolong daripada kami untuk bantu mengeluarkan kertas yang disumbat oleh Fathi ( murid tahun 2 ) dalam telinganya sendiri. Masa Rohaya mula masuk bilik guru tu , mas ingatkan kot - kot la kepala budak berdarah ke apa ke,, rupa- rupanya sumbat kertas kat dalam telinga. 

Sumbat pulak tu, bukan satu tapi dua - dua telinga disumbatnya dengan kertas yang digumpal kecil - kecil. Memang takde kerja kut budak nih...cikgu ada dalam kelas pun boleh buat perangai macam tu..ish...ish...Mujur juga mas teringat kat dalam kotak First Aid tu ada penyepit besi yang halus hujungnya.Terus mas ambik dan bagi pada kak Hazlina salah seorang guru kami dan juga merangkap nurse sekolah merangkap juga bini MA hospital Changkat Melintang...hehehe!!Sebab kak Hazlina seorang yang sangat bertenang , maka dia adalah orang yang paling sesuai untuk mengeluarkan kertas tersebut. Nak suruh mas buat?...Hmm..alamatnya tak keluar la kertas tu sampai bila- bila sebab mas akan bebel dulu sampai puas kat telinga Fathi tu...hehehe!! Selesai jer bab keluar mengeluarkan kertas itu...kami suruh dia balik kekelas manakala kami yang kat dalam bilik guru tu gelak bagai nak rak mengenang betapa gabranya kami tadi. Hmmm...macam - macam bebudak nih, yang disuruh buat tak nak buat , tapi yang tak disuruh tu jugak yang mereka nak buat...alahai!!

Kalau semalam kak Hazlina jadi nurse, hari ni turn mas pulak jadi nurse tak bertauliah kat sekolah. Waktu rehat kena bagi anak - anak muridku makan vitamin C yang dibekalkan ke sekolah. Jenuh la mas memanggil anak - anakku itu semata - mata nak bagi makan vitamin. Bayangkan 140++ murid nak dibagi makan vitamin.Tak ke mangko teman nak menunggu dema makan. Tapi apapun rasa gundah tu lenyap juga bila tengok mereka ambil vitamin dari tangan mas dan ucapkan terima kasih siap dengan sengihan nakal. Anehkan?Hanya dengan perbuatan itu sahaja dah boleh menyejukkan hati mas yang mula - mula nak marah sebab ada yang buat tak tau je bila cikgu kata "ambik vitamin ni makan cepat!"...Agaknya bila dah jadi pendidik ni , memang hati cepat lembutkan?ke sebab dah berumur pun yer?...hehehe!!Entah la, malas nak cari jawapannya...yang penting hati mau gembira sentiasa.(^_^)

Kejap lagi ada mesyuarat di bilik guru dan budak - budak nih kena balik pukul 1:00. Jadi setakat ini sahajalah buat hari ini. Lain kali mas update lagi yer..(^_^)
Assalamualaikum.........  

Saturday 7 April 2012

Demi Sebuah Permulaan...

Malam ini , kutekadkan hati untuk memulakan kembali apa yang pernah menjadi impianku satu ketika dulu . Kubuang jauh rasa hati yang pernah membuat aku berduka biarpun ianya masih berbekas di jiwa. Biarpun rindu menggamit di benak , takkan ku berpaling semula. Banyak yang perlu kulunasi , banyak juga yang perlu ku perhati dan dekati . Life must go on...


Lalu , aku mula menata rias semula blog kesayanganku untuk membangkitkan kembali semangat untuk berblog. Alang - alang mahu bermula semula , biarlah tampak kelainannya , betulkan tindakan aku ini?.Nyata sekali aku memerlukannya. Yang sudah tu sudahlah.Tak guna untuk diingatkan lagi nanti boleh bikin jiwa makin parah , sebelum parah biar aku ubatinya.

Jadi malam ini aku berikrar pada diri sendiri untuk kembali menjadi seorang manusia yang bernama NORMASLIZA ELYANI yang lebih baikdari dulu . Moga - moga dimakbulkan oleh Allah  . Doakan lah untukku ya...:)


Salam sayang dariku.......(^_^)