Thursday 1 March 2012

Story Of The Day (22)

Hampir dua bulan aku menghindarkan diri daripada dunia blogging aku selepas "peristiwa" yang hampir membuatkan aku tak keruan..apapun yang pastinya jiwaku kini lebih tenteram. Terima kasih kepada kengkawan yang banyak membantu aku semasa aku berada didalam proses menenangkan jiwa..banyak nak diluahkan..banyak juga nak diceritakan..tapi jari jemariku sedikit kaku,,mungkin sudah lama tidak menaip didada blog kesayangan membuatkan aku kaku untuk menyusun bicara..

Awal persekolahan membuatkan aku sibuk menjalankan tugas dan amanah yang diberikan kepadaku,,sedikit sebanyak kesibukan membuat minda dan jiwaku tenteram dari melayani perasaan..tak dinafikan kadang kala ketika bersendirian aku tetap akan terkenangkannya..dan apa yang aku mampu lakukan hanyalah pasrah kepadaNya. Itu sahaja yang mampu menyembuhkan kesakitan yang aku alami.Dalam family aku tak siapa yang tahu cerita ni..yang tahu cuma kawan rapat aku sahaja.Biarlah ianya menjadi rahsia kerana aku tak betah untuk membukanya semula..

Biarlah aku dengan duniaku dan dia dengan dunianya.Menyayangi tak semestinya memiliki.Asalkan dia bahagia dengan hidupnya sudah cukup untuk membuatkan aku gembira disini..klise je kan bunyinye?? tapi jujurnya itulah apa yang aku rasakan. Cuma baru2 ni sahaja yang membuatkan jantung aku hampir hilang rentaknya bila terbaca bahawa dia mengalami kemalangan. Hati mendesak untuk bertanya khabar,,tetapi akal aku menghalang sekeras - kerasnya dan akhirnya aku tunduk pada kemahuan akal dan sekaligus seolah olah aku menjunjung ego aku sendiri..biarlah pastinya dia lebih bahagia tanpa kehadiran aku.

Oklah,,cukup - cukuplah dengan luahan hati kau tu NORMASLIZA ELYANI!!Yang penting sekarang perhatian aku perlu diutamakan untuk budak2 aku kat sekolah.Dengan pertandingan bola jaring yang bakal tiba pada minggu hadapan..membuatkan aku sedikit sibuk dari hari biasa. Letihnya tak dapat dibayangkan oleh sesiapa..hanya yang merasanya sahaja yang tahu.. sapa kata cikgu takde kerja..rasanya kerja kamilah yang paling banyak antara semua kerja..tapi itu pun masih dipertikaikan lagi oleh orang yang tak faham kerja guru. Sedih sangat rasanya bila benda macam ni terjadi..Apapun kami masih lagi menjalankan latihan bola jaring untuk anak2 kesayangan kami.

Baru2 ni kami mengadakan perlawanan persahabatan dengan SK Titi Gantung dan SK Balun Bidai. Alhamdulillah kami berjaya mengalahkan mereka. Dengan SKTT kami menang 8-2 manakala dengan SKBB kami menang 20- 8.Betapa gembiranya aku bila budak2 tu dah mula ada rentak permainan yang baik..Oopss,,GB aku dah panggil,,nak suruh aku buat something la tu,,next time aku cerita lagi ekk!!

Nak mengundurkan diri dulu..jumpa lagi..luv you bloggy,,muaaahhhh!!(^_^)