Sunday 12 January 2014

Lafaz Yang Tersimpan Versi Sedih

   Arissa menarik nafas panjang. Malam ini terbongkarlah sudah segala rahsia yang dipegang selama ini.Terasa beban yang dipikulnya selama ini bagaikan hilang ditiup angin lalu. Demi seorang sahabat , segala janji yang dipegang perlu dimungkiri. Sudah tidak sanggup rasanya mahu melihat penderitaan yang ditanggung oleh Mya Zara. Tidak ada sedikit pun yang tertinggal , habis semua diceritakannya.

    Arissa memandang sayu kepada semua yang ada di ruang tamu itu. Baik Hidayah , Mahani mahupun uminya sudah teresak - esak menangis . Hariez Izhan terpaku di sofa. Hanya Tan Sri Rahman sahaja yang kelihatan tenang walaupun masih terkejut dengan cerita Arissa.

"Sebab itulah Rissa pernah cakap pada Angah, jangan cakap apa - apa atau tanya apa - apa pada Mya. Jangan dikorek atau digali rahsia yang tersimpan. Bahananya bukan pada kita tapi pada Mya ." Arissa mengambil tempat di sebelah Puan Sri Rahimah untuk melepaskan lelah selepas penat bercerita.

 " Lima tahun dia tutup pintu hatinya . Usahkan hendak masuk , hendak diketuk pun Mya tak benarkan . Tapi bila dia jumpa Angah , perasaan Mya mula goyah . Jangan tanya macam mana Rissa tahu. Mya tak pernah berahsia dengan Rissa, cuma Rissa sahaja yang banyak kali berahsia dengan dia tentang along , angah dan keluarga kita. Bila Mya mula bercerita tentang Angah , saat tu Rissa dah dapat rasakan bahawa dia sudah bersedia untuk move on with her life. Takde apa yang paling gembira bagi seorang sahabat bila melihat sahabatnya kembali gembira. Tapi dalam masa yang sama Rissa takut kalau - kalau Mya terluka lagi.Dan ternyata firasat Rissa menjadi kenyataan hari ni."  Sayu suara Arissa menikam pendengaran mereka semua.

   " Angah minta maaf Arissa ... Angah terlalu terpengaruh dengan cerita kak Julia. Yang sebenarnya Angah terlalu marah bila melihat Mya berbual mesra dengan lelaki tu. Terus Angah hilang kawalan bila teringat cerita - cerita yang disampaikan pada Angah hinggakan Angah mula menghina dan menuduh dia yang bukan - bukan malahan  membongkarkan segalanya dihadapan Mya. Kalaulah Angah tau... Ya Allah, kejamnya aku!". Hariez Izhan menekup mukanya menangis kehibaan.

   "Sudahlah semuanya.. pergilah tidur , dah lewat sangat dah ni ". Arah Tan Sri Rahman. Mereka akur dengan arahannya kerana masing - masing pun sudah mula mengantuk dan letih.

********************************************************************************
   Tepat 5:45 pagi, Mya terjaga dari tidurnya. Dipaksakan dirinya untuk bangun walaupun pada hakikatnya terasa seluruh tubuhnya sakit. Seperti seluruh sendi dan urat sarafnya direntap dengan kasar dan ditarik dengan setegang - tegangnya. Mya menggagahkan juga dirinya untuk kebilik air dan mengambil wuduk. Terpaksa jua Mya menahan diri pada dinding bilik supaya tidak jatuh. Melihatkan Arissa , Hidayah dan Mahani masih lena, Mya membiarkannya sahaja. Belum lagi masuk waktu subuh dan Mya sudah siap memakai telekung sambil menunggu masuk waktu subuh.

   Usai solat doa dipohon bersama dengan esakan kecil. Biarpun perlahan namun tetap jelas pada pendengaran sesiapa pun di pagi yang hening ini. " Ya Allah , ya tuhanku... Sesungguhnya kepadaMu  jua aku bermohon , lindungilah hambamu ini , ibu bapaku ,sahabat - sahabatku dan seluruh umat Islam di dunia ini daripada segala bahaya dan bencana dunia . Hanya Engkau yang maha mengetahui lagi maha mengasihi. Kupohon kepadaMu  ya Allah tuhan sekelian alam, kau berikanlah ketabahan kepada diriku dalam menghadapi ujian yang Engkau berikan kepadaku.Kuatkanlah diriku untuk terus melangkah menyusuri setiap jalan yang telah Engkau tetapkan untukku. Jika itu takdir yang Engkau tuliskan untukku, maka aku reda ya Allah. Berikanlah aku petunjuk menuju ke jalan yang Engkau redai ...aamiin..aamiin.. Ya Rabbal Alamin..."

   Hatinya tiba - tiba teringin untuk membaca surah Yassin tatkala dirinya terpandangkan senaskah surah Yassin di atas meja kecil disebelahnya. Rindu  kepada arwah Harith Iskandar mula menggamitnya dan cara yang paling afdal untuk menghilangkan rindu itu  adalah dengan menyedekahkan bacaan Yassin kepada arwah.. Mendayu - dayu suaranya mengalunkan bacaan yassin namun esakan kecil tetap mengiringi bacaan Mya...dan dia terus tenggelam dalam kekhusyukkannya.

   Arissa mendengar , merenung dan menahan tangisnya sendiri. Dia terjaga ketika Mya bangun untuk ke bilik air . Saat Mya mula mendirikan solat, dengan pantas dia mengejutkan Hidayah dan Mahani.Hilang sahaja mamai Hidayah dan Mahani, Arissa membuat isyarat supaya tidak bersuara.Arissa , Hiayah dan Mahani sudah berada dibelakang Mya usai dia menghabiskan bacaannya. Esakannya masih bersisa.

   Terkejut Mya bila dia dipeluk oleh ketiga- tiga sahabatnya yang setia menanti disisi. Kejutan yang diganti dengan rasa sayu membuahkan satu tangisan yang meruntun perasaan sesiapa yang mendengar.Teresak - esak Mya dalam pelukan sahabat - sahabatnya yang setia disisi. Semakin erat mereka memeluk Mya , menyalurkan sebanyak mungkin kekuatan kepada wanita itu dan pelukan erat itu turut menyatakan setiakawan mereka kepada Mya Zahra.

   " Kenapa susah sangat aku nak bahagia? Aku tak minta harta bergunung , aku cuma ingin sekelumit rasa bahagia . Tapi kenapa rasa bahagia itu tak nak dekat langsung pada aku? Tak berhakkah aku untuk rasa kebahagiaan itu? Tidak berhakkah untuk aku mencintai dan dicintai?". Rintih Mya. Hampir sahaja Arissa , Hidayah dan Mahani meraung mendengarkan rintihan Mya Zahra.Tetapi, mereka perlu kuat. Perlu kuat untuk memberikan sokongan kepada sahabat yang sedang perit menahan derita. Ternyata subuh yang hening tidak lagi mendamaikan hati kerana dicemari dengan esak tangis yang meruntun jiwa.

Sunday 5 January 2014

Review Novel Pemegang Watak Cinta Karya Nurrul Shuhada

Pemegang watak cinta...seindah tajuk..seindah ceriteranya juga. Memang best novel nih. Banyak bermain dengan perasaan hinggakan mas yang membaca pun seakan terlarut dalam emosi yang dipamerkan. Novel yang mengisahkan Wafa Amani dan Tengku Akiff Nawfal. Kisah yang bertaut bila Wafa menyangkakan dia melanggar Akiff ketika pulang dari kampung. Amnesia melanda diri Akiff dan memaksa Wafa mengakuinya sebagai sepupu. Bila kisah sebenar terbongkar...keluarga Akiff dicari semula...perpisahan antara dua jiwa membuaikan perasaan rindu dan saling terkenang2 biarpun selalunya pertelingkahan sering berlaku ketika tinggal di bawah satu bumbung. Perkahwinan terjadi atas tiket mahu melepaskan diri masing2 daripada dipaksa kahwin dengan orang yang tidak disukai. Campur tangan keluarga,perebutan harta benda dan kisah mencari cinta diadun dengan sebaik mungkin. Mungkin ada sedikit sebanyak lompong didalamnya,tapi masih belum cukup untuk menjejaskan kualiti karya adik Nurrul Shuada ini. Pada mas...adik Nurrul berpotensi untuk mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang penulisan...orang lain mungkin akan kata cliche asyik kisah kahwin paksa sesaja yang ditulis sekarang ini...tetapi pada mas lain orang lain cara penulisannya...lain juga cara garapannya...begitu juga dengan apa yang dipersembahkan oleh adik Nurrul. Cubalah baca dan nilai sendiri... Mas bagi 4★ pada novel nih. Lain orang lain pandangannya kan? Terpulang pada pendapat masing2. Anyway good job adik Nurrul...mudah2an akan terus berkarya walau apa jua halangannya.(^_^)

Yang disukai kadang tak mengerti
Yang dirindui kadang tak memahami
Yang dicintai kadang tak merasai
Dan yang tak disangka itulah yang terjadi.
         ◆PEMEGANG WATAK CINTA◆
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥