Monday 31 October 2011

Story Of The Day ( 6 )

  Hari jumaat yang lepas aku balik ke Ipoh.Rasanya dah hampir sebulan aku tak balik Ipoh sebab terlibat dengan macam- macam program kat sekolah. Lepas ambik Haziq di KPM,terus balik straight ke Ipoh dalam keadaan hujan lebat,, petir,guruh semua ada. Dah la kenderaan banyak,,hujan pulak,,huhhh,,memang dugaan betul.Terpaksa la bawa setakat 40 km/j sahaja.Apa pun sampai juga kami kat rumah.Mak tak tau, kalau mak tau aku balik dalam keadaan yang macam tu,,kompom lepas ni mak tak bagi balik petang lagi.Mau naik bp mak aku tu sebab risau. 
  Macam - macam benda jadi dlm minggu lepas. Ada yang buat aku ketawa,ada yang buat aku menangis dan ada yang buat rasa nak menjerit.Hmm,,pagi sabtu yang aman damai tu agak tensen gak la bagi aku,,sebab elok jer lepas abah balik dari berniaga,,kami duduk bersantai adik beradik dengan mak ngan abah,,maka secara tidak langsung terbukalah topik kegemaran mak ngan abah aku,,apa lagi pasal kawin ler!!
  Aduhai bondaa,,bukannya anakmu ini tak nak kawin,, masalah yang terbentang di depan mataku yang membuatkan aku sukar untuk menoktahkan status bujang aku.Mak siap cakap lagi ,,buat duit banyak kalau dok sorang - sorang takde teman untuk berkongsi tak guna juga .Masalahnya , banyak sangat ke duit aku??hehehe!!.Mak siap cakap lagi,daripada habis duit beli novel tu kan elok kalau digunakan untuk pergi keluar dengan pakwe ker??Hahaha,,aku rasa nak guling- guling atas karpet bila mak cakap macam tu,,sejak bila pulak mak aku jadi open minded camtu..Sorang adik aku kata ,,sejak mak kempunan nak menantu sulung ,, huhh!! sengal betul jawapan adik aku.
  Abah pula lebih banyak ketawa dan bersetuju jer ngan mak,,apa la abah nihh,,tak boleh backing aku sikit pun,cehh!! Last - last aku cakap kat mak,,mak carikan la,,kakyong memang tak pandai cari.Setiap kali jumpa sesiapa,,yang ada cuma lah dianggap sebagai kawan ,, takde feel langsung.Cuma baru tahun ni,, bila berjauhan dari "seseorang" yang pernah ku anggap kawan,, rasa macam kehilangan yang teramat sangat,yang membuatkan hati aku berdenyut laju.Hmm,,rasa macam segenap ruang hati aku dah dipenuhi dengan nama "dia". Tapi entahlah ,, kami ibarat main tarik tali.Kalau aku cakap pasal "dia" kat mak,,hishh tak dapat aku nak bayangkan macam mana reaksi mak.So lebih baik diam dulu.Kalau ada jodoh tak kemana.
  Aku sms dengan Nurul.Nurul tanya "ko sayang kat dia tak?" , aku jawab "rasa sayang tu dah ada nurul,dah berputik pun,,cuma nak tunggu berbunga jer,,kalau baja pun tak cukup,,mungkin takkan berbunga..silap haribulan habis semua gugur"..boleh pulak kawan aku sorang ni balas "aishh..puitisnya bahasa..macam baca novel pulak!". hahaha!!rasa nak pecah perut aku gelak bila baca ayat dia.Spontan aku teringat masa aku cakap kat Nurul aku tengah baca novel "Sayang seorang Qaiser",,aku cakap kat nurul ,,bila la aku nak jumpa lelaki lindungan kaabah mcm dlm cerita novel nihh,,memang romantik giler si Qaiser dalam cerita tu..si Nurul ni boleh pulak kata "itu aku tak tau,,yang aku tau kawan aku sorang ni ciri - ciri gadis lindungan novel memang dah ada,,".Bertuah betul kawan aku sorang tu.Aku digelarnya 'gadis lindungan novel' ,, hihihi!!
  Apa pun yang aku pasti mungkin ada hikmahnya aku belum bertemu jodoh dan tak dapat sambung belajar lagi.Mungkin Allah suruh aku selesaikan apa yang belum selesai..entahlah,,aku penat nak menghuraikan yang tersirat sebab yang tersurat pun tak habis terungkai lagi.So,,itu jer la untuk hari ni,,,next time aku tulis lagi yer,,,lots of love from me,,muahhhh!!!
 

 

Friday 28 October 2011

Story Of The Day ( 5 ),,

  Minggu ni,,adalah minggu yang paling sibuk sekali.Semua guru - guru termasuklah dengan aku sekali sibuk dengan dinner,,program minggu pusat sumber,,dan juga sebagai persediaan untuk program hari kokurikulum yang akan diadakan isnin ni.
  Dah nak dekat musim cuti sekolah,, lagi banyak program yang diatur untuk menghabiskan masa bebudak tu.Tambahan pula,kata guru besar minggu ini adalah minggu dimana pemantauan oleh JPN/PPD akan dibuat di semua sekolah. Semua orang dalam keadaan berwaspada. Macam mana pun kami tetap maintain berada di padang untuk melatih budak sebagai persediaan untuk hari isnin nihh.
  Dalam keadaan yang sibuk tak hengat tu pun aku sempat lagi bukak FB,,dan tak disangka- sangka,,aku pun menerima kejutan yang boleh dikatakan membuatkan jantung aku bekerja overtime,,lari dari skala denyutan biasa,,
  Bila membaca status "dia",,tak tau nak cakap macam mana,,betul - betul aku tak boleh nak huraikan perasaan yang aku alami,,semua bercampur baur,,berselirat yang tak boleh dirungkaikan.
  Aku yang perasan atau memang "dia" menujukan kata - kata itu kepada aku,,entah aku sendiri tak tau.Susah betul bila bermain dengan perasaan ni..Perasaan yang hadir dan makin kuat hanya apabila "dia" jauh dari mata.Selama ni memang "rasa" itu sudah ada,,cuma pencetusnya agak terlewat.Entahlah ,,,aku sendiri konpius dengan semua benda yang berlaku sekarang nih..
  Dah lewat dah,,nak balik ke rumah,,so bila2 aku sempat nanti aku update lagi yer,,muahhhh!!lots of love from me dear bloggy,, :)  

Thursday 20 October 2011

Story of the Day (4)

  Lama sungguh rasanya tak update blog teman nih. Teman ni tengah kemaruk nak gugel2 segala jenis layout la,,widget la dan ntah apa2 lagi kat dalam tenet nih.Tapi seriously memang excited sangat nak mencari2 benda - benda yang boleh mencantikkan bloggy teman nih.
  Almaklumlahkan,,,dah umur 30 tahun ,,tapi baru dapat buat blog,,haaa,,inilah jadinya,,macam orang tak pernah jumpa,,sana nak test,,sini nak test,,pendek kata semua nak buat lahh,,hahahah!!!!
   Buat pulak tu kat sekolah,,haaa,,jangan salah faham yer,,time takde kelas jer tau teman buat.Abih,,dah kat sekolah jer yang ada tenet laju,,baru la syok nak buat,,kalau pakai broadband tu memang hampeh,,apapun takleh buat,,tu bukan lagi broadband tapi dah tahap berukband jer lagi,,huhuhu!!
  Apapun yang penting teman enjoy dalam setiap apa yang teman buat.Selagi tak menyalahi hukum hakam agama dan larangan ibu bapa ( sebab tak kawin lagi,,kalau dah kawin larangan suami la pulak,,hehehe!!) selagi itulah teman akan lakukan dengan berpada - pada,,,:)

Monday 17 October 2011

Story Of The Day (3),,,

  Hari ini  aku datang ke sekolah seperti biasa ,,bertolak dari rumah nurul di Bota.Seperti minggu - minggu sebelumnya,ramai cikgu yang takde di sekolah kerana berkursus.Tidak ada apa yang menarik hari ini kecuali kejadian ular lidi masuk ke kelasku.
  Rasa nak terkeluar jantung aku bila budak - budak bagitau aku yang ada ular masuk ke kelas aku.Cepat - cepat aku panggil Mat Nuri untuk bunuh ular tu,,nasib baik jumpa.Kalau tak jumpa tadi ,, tak taula apa akan jadi hari ni.
  Waktu rehat disekolah adalah waktu yang paling menyakitkan hati. Sebab kat kantin takde makanan untuk guru.Aku pun tak faham ngan kak imah kantin tu,,buat benda makan macam nak tak nak jer,,apa pun takde dalam almari lauk tu.Yang ada cuma nasi. Lapar punya pasal makan jer la nasi+kicap+telur goreng,,jadi laaa..
  Hari ni malas nak taip banyak - banyak,,dah tak larat nak balik sangat.Jadi,,,,esok - esok la aku tulis lagi ekk,,lots of love bloggy,,muahhh!!!!:)  
  

Saturday 15 October 2011

Story Of The Day ( 2 ),,

  It's been a long day today,,hanya pada waktu ini sahaja yang aku dapat gunakan untuk update blog aku..Apa yang berlaku hari nih,,mengurangkan rasa sakit kepala yang mencengkam. Menyibukkan diri untuk menolong cikgu sekolah aku handle aktiviti masak - memasak dengan murid tahun 6 membuatkan aku leka dari mengingati sakit kepala yang aku alami.
  Seronok pula bila aku kenangkan betapa huru haranya bilik kemahiran hidup bila budak - budak tu over excited nak buat murtabak maggi.Masing - masing nak tunjuk handal memasak,,nak ketawa pun ada,,some of the student dok cincang daging nak bagi hancur sampai berkerut - kerut muka.Yang paling tak tahan bila depa dok ketuk daging tu ngan senduk kayu,,konon nak bagi daging tu jangan liat,,hahaha!!!
  Last - last aku ngan kak fizah jugak yang tolong depa goreng murtabak tu sampai habis.Mana taknya,,baru terpercik minyak sikit jeritnya  satu kampung boleh dengar,,hehehe!!.Tapi satu jer yang aku puji budak tahun 6 tahun nihh,,,depa cuci balik bilik kemahiran hidup tu sampai bersih dan basuh semua peralatan tanpa perlu aku terjerit pekik suruh buat ,,tak macam tahun lepas.
  Bila balik rumah,,aku rasa macam over exhausted dan tertidur. Nasib baik tak terlepas waktu zohor. Petang nak pergi ke bota ,, nak ke rumah nurul. Dah janji dengan dia nak lepak sama - sama weekand nih. Aku tak balik Ipoh minggu nih sebab fulus tengah kering. Lagipun family aku semua pergi KL nak tengok bapa saudara aku yang eksiden.
  So,,here i am,,kat bota,,nurul dah tido,,aku pulak??hmm,,mata belum ngantuk lagi,,jadi update blog dan jenguk fb. Masa tengah jenguk fb tu,,ada laa kawan lama aku chating ngan aku,,lama gak kami tak chating since dia pindah negeri asal dia,,dah jarang kami berhubung.Kesian pulak aku dengar ceritanya,,ibunya sakit,,moga - moga cepat sembuh,,InsyaAllah!!
  Ini jer lah yang dapat aku coretkan hari nihh,,inilah hidup aku ,,rutin harian yang tak banyak perubahannya . Kalau ada yang berubah pun bukanlah perubahan yang drastik . Oklah bloggy,,aku pun dah terkuap - kuap nihh,, nak masuk tido dulu ekk,,selamat malam !!muahhhh!!:))

Thursday 13 October 2011

Story Of The Day,,

  Hari ini adalah seperti hari yang sebelumnya,,mengadap anak - anak disekolah.Dalam masa yang sama,,kepala aku terasa macam berpusing - pusing,,bau rokok dari kawan sekerja yang tak pernah faham bahasa,, dah banyak kali cakap jangan merokok dalam bilik guru tetap tak diendahkan membuatkan tekak aku semakin loya dan kepala aku makin sakit.
   Aduhaii,,kenapa laa susah sangat nak faham??Pelik aku,,nak kata tak sekolah dah jadi cikgu . Hmmm,, lantaklah kome,,malas dah teman nak bercakap buat buang air liur teman jer. Sudahnya teman balik sakit hati.
   Memang hari ni , aku tak bersemangat langsung dok kat sekolah,,dalam kepala otak aku ni rasa macam banyak beno wayar yang berselirat,berbelit - belit macam tak boleh dirungkaikan semula.Tapi yang menjadi masalahnya,,aku sendiri pun tak tau apa yang aku pikirkan.Hehehe,,macam orang tak betul pulak bila bercakap!.
   Hari ini juga , dalam bilik guru,ada macam - macam juadah yang disediakan oleh guru - guru lain.Ada pulut kuning,rendang ayam,nasi putih dan lauk - pauk yang menyelerakan. Tapi selera aku tetap mati , makan pun sekadar nak tutup rasa lapar supaya tak kena gastrik lagi.Mana nak makan sedapnya,,hidung dah ala- ala selsema,,asyik bersin tak berenti,,kepala berdenyut - denyut,,mata pun macam ada pasir kat dalamnya.
   Aaaargghhh!!!janganlah aku kena demam , dah lama tak demam nih,,sekali kena memang tak bangkit la jawabnya aku nihh...Rasa macam dah tak sabar nak cuti sekolah . Cepat laa habis tahun nihh.Nak mula cari kelas piano dan nak siapkan sampai habis novel yang aku dah mula tulis sejak pertengahan Ogos yang lalu.
  Apapun , yang penting aku happy,,nak pikir apa - apa pun bukan boleh selesai dalam sekelip mata,,,betul tak?? Sooo,,,hidup mesti enjoyyy!!!:) 

Tuesday 11 October 2011

Inilah orang yang ku gelar " sahabat " . Moga - moga hubungan kami sentiasa berkekalan dunia dan akhirat.

Monday 10 October 2011

My Real Life ( Part 2 ),,,

So,,kita sambung balik cerita yang tertunda yerr,,selepas habis SPM, aku meneruskan pengajian di Methodist High School ,Ipoh.Ambik STPM.Habis jer STPM,,dapat la pulak masuk OUM.Tapi PJJ punya course.4 tahun di OUM,sambil kerja sambil belajar. 
Semasa belajar tu,,aku usaha nihh,,cari kerja supaya tak payah lagi dah mintak duit belanja atau duit beli buku dari abah. Segan wooo nak minta duit lagi daripada mak dan abah.Sebab time tu umur dah masuk 20 tahun ,,so dah selayaknya aku cari duit aku sendiri. Lagipun adik - adik aku ramai lagi yang sekolah ada 8 orang  kat bawah aku yang perlu ditanggung oleh abah.Macam - macam kerja aku buat,,jadi promoter bahan pendidikan bahasa inggeris yang paling aku tak lupa. Ala yang macam orang promote barang kat shopping kompleks yang tarik - tarik orang suruh dengor tu.Yang tak tahannya,aku heret sekali adik aku yang nombor dua,,kak ngah dan seorang kawan aku yang sama kelas dengan aku kat OUM jadi promoter tu.Dari pukul 10 pagi sampai pukul 10 malam dok melangut kat Greentown Mall tu cari customer. Masa tu la aku tau rupanya dalam bidang marketing banyak yang kelentong daripada yang betulnya,kebetulan pulak masa tu aku sedang belajar subjek marketing kat OUM untuk semester keberapa aku pun tak ingat. 

Kemudian , aku berenti dari buat marketing tu. Kiranya dalam tahun 2004,,aku terlibat la pulak dalam bidang pendidikan . Masa tu aku still lagi sedang belajar kat OUM. Dan aku ingatkan diri sendiri,,tak dapat jadi cikgu sekolah,,cikgu tadika pun jadi laa. Tapi tak sangka pulak ,,agaknya memang aku dilahirkan untuk menjadi seorang pendidik kot,,kena dengan jiwa la pulak kerja nih,,seronok bila dikelilingi oleh anak -anak yang sangat comel - comel belaka. Tak tau la nak cakap gembiranya macam mana,,lupa la pulak nak cakap kat tadika tu yer,,kat Ipoh la,,nama tadika tu ,,TADIKA & TASKA AL - HUDA, Ipoh.Dekat situ kami diajar oleh owner tadika segala - galanya..Daripada meningkatkan kesabaran sampailah berkasih sayang sesama manusia. Bunyi macam entah apa - apa je kan??. Tapi itulah hakikat yang sebenarnya,,banyak benda yang membuka mata aku untuk melihat alam ciptaan tuhan ni seluas - luasnya dan membawa perspektif aku tentang kehidupan lain daripada apa yang aku tengok sebelum nih..

Kemudian,,kegembiraan itu berakhir bila aku ditawarkan menjadi guru sandaran tidak terlatih(GSTT) oleh JPN setelah lulus temuduga untuk GSTT tu,,aku dihantar ke SK TOK PELITA , Kampung Gajah dan melapor diri pada 3 Mei 2007.Masa nih aku dah tamat belajar dah, Mac 2006 aku dah konvo dah.Seronok, excited,nervous semuanya bercampur baur dalam kepala otak aku nihh,,ye la nak menempuh environment yang baru kan!!.

So ,dari situlah bermulanya hidup aku sebagai seorang pendidik dalam erti kata yang sebenarnya yang dilantik oleh kementerian. Hujung tahun 2007 ,,aku dihantar ke maktab INSTITIUT PERGURUAN DARULAMAN , KEDAH untuk ambil diploma perguruan bersama - sama dengan 74 orang lagi guru pemulihan yang sama seperti aku. Di sinilah aku berkenalan dengan rakan - rakan sealiran  dari pelbagai daerah. Tapi rakan yang paling rapat dan akrab dengan aku sampai sekarang ada 2 orang. Aku sayang sangat dengan depa nih..Inilah sahabat aku dunia dan akhirat,,tak salah rasanya aku meletakkan mereka sebagai sahabat aku kerana mereka lebih mengenali aku lebih dari aku sendiri mengenali diri aku.  Untuk sahabat aku NURULHIDAYAH BT.A.RAHMAN dan NOR MAJDIAH BT.KASSIM,,terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku.Kawan - kawan yang lain ,,jangan terasa yer,,kalian juga tetap aku kenang sampai bila - bila,,takkan terputus silaturrahim kita,,selagi kita menjaganya,,:))


to be continued...

Wednesday 5 October 2011

My Real Life,,,:)

Dilahirkan di Felda Lasah , Sungai Siput Perak membuatkan aku menjadi anak jati Perak.Emakku memang anak jati Kuala Kangsar manakala abah pulak orang Sungai Siput,,well not really orang Sungai Siput.Sebab arwah atuk dan opah berasal dari area Telok Kepayang dan Pasir Gajah dan abah dilahirkan dan dibesarkan disana,,cuma bila atuk masuk ke Felda Lasah dan menjadi peneroka barulah abah dibawa ke sana,,itupun kalau tak silap abah tetap menyambung pelajarannya di Pasir Gajah. Jadi kalau kome nak tanya aku ni asal orang mana,,aku pun tak tahu nak cakap macam mana,,nak menyenangkan aku bercerita,,aku just cakap aku orang Ipoh,,senang kan??sebab Ipoh dok kat tengah - tengah antara Sungai Siput dan Kampung Gajah,,jadi takde la sakit kepala aku nak menjawab,,hehehe!! 

Dipendekkan cerita,,aku menjalani zaman remaja dan alam persekolahan menengah di Kuala Kangsar. Jadi memang dah hafal laa setiap ceruk kawasan kat Kuala Kangsar tu ( ye la sangat !!).Duduk diasrama membuatkan aku menjadi budak yang tahu mengawal diri sendiri dan tahu membawa diri. Kadang - kadang rasa macam terlalu berdikari pun yer.Cuma abah jer yang banyak bertanya itu ini kepada aku,,dah memang sah - sah abah dan emak ambik berat pasal aku sebab aku anak yang sulung dan berada jauh daripada family dan sebab deme sayang kat aku,,hehehe!!!. Lastnyer bila tamat jer sekolah menengah abah bawa aku balik ke Ipoh dan kebetulan masa itu family aku memang dah berpindah ke Ipoh selepas abah bersara awal dari jawatannya sebagai Penyelia Felda di Felda Sungai Tengi , Selangor.

to be continued,,:)

Tuesday 4 October 2011

Alkisahnya,,,,,

Assalam semua,,,

Untuk pengetahuan semua,,blog ini diwujudkan  selepas mas menyambut harijadi yang ke - 30 pada 3hb Oktober 2011 . Entah kenapa apabila mas masuk jer ke dalam angka 30 nih,,rasa ingin mencuba segala yang belum mas buat ( yang elok - elok jer ekk!!!) sepanjang 30 tahun hidup di muka bumi ini membuak - buak dalam diri mas,,tak sangka pula blog ini dapat diwujudkan,,so inilah hasilnya,,percubaan pertama mas untuk menjadi blogger,,hehehe!!
 
Ini hanyalah sekadar mukadimahnya sahaja ,,, InsyaAllah for the next post ,,will be the introduction about myself and maybe a little bit tentang latar belakang mas. :)
Tak taulah sama ada blog ini akan menarik minat orang lain atau tidak,,tapi apa yang pasti keinginan mas untuk melakukan sesuatu tercapai and at least mas seolah - olah dah mula menulis diari hidup sendiri,,so wish me luck,,ok??:))