Sunday 23 November 2014

Melepaskanmu...

Hari ini baru mas sedar...yang mas sebenarnya tak pernah melepaskan sesuatu yang satu ketika dulu pernah membuatkan hati riang dan gembira tak terkata...dan sesuatu itu jugalah yang pernah membuatkan mas menangis dan menghilangkan diri seketika dari dunia digital..mungkin ada hikmahnya setiap apa yang berlaku...wallahualam...hanya Dia yang tahu segalanya..

Sedih itu memanglah wujud...tipulah kalau mas kata tak sedih kan...but lives goes on...like it or not..things do happened...but when seeing the short video...i do realized...that i need to move on. Dia dah terlalu jauh dari gapaian mas. Semoga dia berbahagia dengan pilihan hatinya. Dan mas akan memegang kukuh pepatah yang sering disebut orang...kalau sayang seseorang biarkan dia bahagia dengan pilihannya..walaupun pilihannya itu bukan kita. Kerana sayang aku lepaskan kau pergi. Berbahagialah...hingga akhir hayatmu..

Bismillahirahmanirrahim...sesungguhnya aku melepaskanmu pergi jauh dari hidupku...mohon ampun dan maaf andai ada khilaf antara kita. Salam sayang buatmu..salam terakhir dariku....

Saturday 14 June 2014

Review Kahwin Dengan Saya by Aleya Aneesa

Novel Kahwin Dengan Saya by kak Aleeya Aneesa mengisahkan tentang haq dan qara yang pada pendapat mas sangat berbeza seperti langit dan bumi. Pada mas Qara berpewatakan lembut dan mudah tersentuh hatinya sangat2 memberikan impak yang besar pada penceritaan novel ini. Qara mempunyai hati yang sangat mendambakan kasih sayang sebuah keluarga yang tak pernah dikecapi...bertemu dengan anak kecil kepunyaan Haq membuatkan dia mula menyulam impian indah untuk hidup berkeluarga. Watak Qara adalah watak yang sangat polos dan sentiasa buatkan mas menangis bila membaca novel ini. Saat paling sedih bila kawan sendiri tikam belakang. Sedangkan itulah sahabat yang paling rapat dengan Qara ,sahabat yang disayangi tanpa sebarang syarat. Tersayat rasa hati bila Qara mengintai di balik dinding dapur mendengar dan melihat kemesraan antara ibu mertuanya dengan diya (yang kononnya bff Qara tuu..). Kat situ kak Aleya berjaya menunjukkan betapa kuatnya keinginan Qara untuk disayangi sebegitu juga dan kak Aleya juga berjaya membuatkan mas menangis sekali lagi..dan scene yang paling sedih adalah bila Qara dihalau dan menumpang kat rumah maksu Haq. Dalam bab2 terakhir tu..mas tak tau berapa banyak tisu yang habis sebab menangis masa membaca..sedar2 dah terlonggok je tisu kat depan muka kome oii... Watak Haq pula...malas nak cakap banyak...tipikal lelaki..suka menjunjung keegoan..kalau Haq tu wujud depan mata mas kompom mas sembur baik punyer takpun mas ketuk2 je sampai masuk separuh badan dalam tanah..biasanya tu buat anak dara orang menangis...wahhh gitu punya marah ai ni uollllss!! To kak Aleya Aneesa...tq so much sebab hasilkan cerita yang indah...good job akak...keep up the good work... kalau kome nak tau...jujurnya mas kata.. novel ni memang menepati citarasa dan mencapai piawaian seorang normasliza elyani (coz i'm a fussy reader)...Kalau nak tau lagi sila la beli sendiri ekk..kalau tak dapat cari..sila la berhubung dengan kak MyBizz Santaishop secara online di fb(reason kenapa mas bg nama seller ni coz i'm very satisfied with her commitment and service..sbb mas dah beli banyak kali kat dia...dan tak pernah mengecewakan..in shaa Allah.. try la hokeh??)

Saturday 1 February 2014

Mulanya sebuah perjalanan...

Tahun baru 2014 menjengah jua...setelah empat minggu memulakan kembali rutin harian yang ditinggalkan hampir sebulan yang lalu...baru hari ini nak update blog mas...

Yup...rutin yang menimbulkan pelbagai rasa di tasik hati. Gembira...sedih...geram...penat...sayu..dan macam2 lagi. Membaur menjadi kenangan terindah dalam hidup. Jujurnya tahun 2013 meninggalkan jutaan kenangan buat mas. Bertemu rakan baru...menjalinkan semula ukhwah persahabatan...tak ketinggalan juga talian persahabatan yang terputus di tengah jalan turut mewarnai laman hati.

Memulakan semula sesi persekolahan baru membuatkan mas rasa excited sangat2 nak jumpa anak2 mas di SKTP. Sangat membanggakan apabila ada diantara anak2 mas yang sudah pandai membaca. Syukur alhamdulillah ternyata mereka masih tidak lupa untuk terus membaca di rumah sewaktu cuti. Sampai guru besar pun turut uji dia...nak tahu betul atau tidak apa yang mas laporkan kepadanya...dan ternyata guru besar berpuas hati dengan perkembangan itu..alhamdulillah... :)

Yerr...dalam suka tentu juga bersulam dengan duka...kehilangan kawan sebenarnya sangat menyedihkan..apatah lagi bila kita hilang kawan yang selalu berkongsi cerita. Sedih tu memang tak terkata tetapi apa yang menyedihkan lagi ikatan itu terputus kerana salah faham yang tak tau dari mana timbulnya..

Mas bukanlah orang berdendam...tak rasa marah pun..tetapi lebih pada rasa terkilan yang bertapa dalam diri...hanya kerana salah faham...tapi entah lah jika ianya boleh dikategorikan sebagai salah faham atau tidak..jujurnya mas sangat terasa hati bila dituduh sebagai seorang yang suka mencemarkan nama orang lain. Sedih tak terucap rasanya bila dicop sebegitu. Lebih menyedihkan lagi bila ianya berlaku pada hari raya pertama tahun lepas...yer..dah lama kan perkara tu berlaku..tapi setiap patah perkataan yang tertulis di dalam mesej tu masih terlayar di ruang pandangan biarpun mesej tu dah lama mas buang. Bagaikan duri yang tertanam dalam daging...sakitnya sukar untuk diubati. Rupa2nya sangat sakit bila kita terlalu menjaga hati dan perasaan orang lain sedangkan hati kita terbiar tanpa jagaan rapi daripada orang yang kita beria2 jagakan hatinya. Mas tak suka putuskan ikatan persahabatan yang telah terbina. Akhirnya keputusan telah diambil..biarlah mas mengalah walaupun hakikatnya bukan mas yang bersalah. Mungkin dengan menyepikan diri boleh mengubat rasa hati. Kadang kala berdiam diri itu lebih baik daripada bercakap. Mas teringin nak ajar hati mas supaya jadi lebih bernekad tapi kenapa tak mau yer..cepat jer nak menangis dan terasa hati. Entah2 sebab faktor usia tak? Haishh...macam gerun la pulak...rasa macam dah tua beno pulak..hmmm!

Ok laa..taknak sedih2 lagi...now nak happy2 jer...mungkin dengan menghepikan diri (err...ada ke ayat macam nih??) boleh buat mas lupa pada benda2 sedih kan? Anyway...baru2 nikan..sesuatu yang tidak terjangka jadi pulak..alah dlm minggu ni juga jadinya..mas di anugerahkan dengan anugerah khas guru linus (yeayyyyy!!!). Tak sangka..rezeki di awal tahun..terharu pun ada...tak sangka (berapa kali tak sangka laaa...)sungguh semua penat lelah tahun lepas dihargai..terima kasih la pada semua yang terlibat..tak pernah terdetik pun dalam hati nak terima apa2 anugerah. Niat dihati cuma nak kongsi jer ngan rakan2 seperjuangan..nak menjadi orang yang memberikan manfaat kepada orang lain... syukur alhamdulillah..nikmat dariNya. Terima kasih ya Allah...biarpun hambamu sentiasa alpa dalam mengingatiMu..tapi Engkau tidak pernah menjauhkan aku daripada gapaian rahmatMu ya Allah....mudah2an setiap apa jua yang aku lakukan mendapat keredhaan dariMu...aaminn!

Banyak lagi nak tulis tapi dah tak larat nak taip..nak sambung buat kerja lain pulak..ok laa..nnt kita jumpa lagi yer my dear bloggy...muahh...muahh!

Sunday 12 January 2014

Lafaz Yang Tersimpan Versi Sedih

   Arissa menarik nafas panjang. Malam ini terbongkarlah sudah segala rahsia yang dipegang selama ini.Terasa beban yang dipikulnya selama ini bagaikan hilang ditiup angin lalu. Demi seorang sahabat , segala janji yang dipegang perlu dimungkiri. Sudah tidak sanggup rasanya mahu melihat penderitaan yang ditanggung oleh Mya Zara. Tidak ada sedikit pun yang tertinggal , habis semua diceritakannya.

    Arissa memandang sayu kepada semua yang ada di ruang tamu itu. Baik Hidayah , Mahani mahupun uminya sudah teresak - esak menangis . Hariez Izhan terpaku di sofa. Hanya Tan Sri Rahman sahaja yang kelihatan tenang walaupun masih terkejut dengan cerita Arissa.

"Sebab itulah Rissa pernah cakap pada Angah, jangan cakap apa - apa atau tanya apa - apa pada Mya. Jangan dikorek atau digali rahsia yang tersimpan. Bahananya bukan pada kita tapi pada Mya ." Arissa mengambil tempat di sebelah Puan Sri Rahimah untuk melepaskan lelah selepas penat bercerita.

 " Lima tahun dia tutup pintu hatinya . Usahkan hendak masuk , hendak diketuk pun Mya tak benarkan . Tapi bila dia jumpa Angah , perasaan Mya mula goyah . Jangan tanya macam mana Rissa tahu. Mya tak pernah berahsia dengan Rissa, cuma Rissa sahaja yang banyak kali berahsia dengan dia tentang along , angah dan keluarga kita. Bila Mya mula bercerita tentang Angah , saat tu Rissa dah dapat rasakan bahawa dia sudah bersedia untuk move on with her life. Takde apa yang paling gembira bagi seorang sahabat bila melihat sahabatnya kembali gembira. Tapi dalam masa yang sama Rissa takut kalau - kalau Mya terluka lagi.Dan ternyata firasat Rissa menjadi kenyataan hari ni."  Sayu suara Arissa menikam pendengaran mereka semua.

   " Angah minta maaf Arissa ... Angah terlalu terpengaruh dengan cerita kak Julia. Yang sebenarnya Angah terlalu marah bila melihat Mya berbual mesra dengan lelaki tu. Terus Angah hilang kawalan bila teringat cerita - cerita yang disampaikan pada Angah hinggakan Angah mula menghina dan menuduh dia yang bukan - bukan malahan  membongkarkan segalanya dihadapan Mya. Kalaulah Angah tau... Ya Allah, kejamnya aku!". Hariez Izhan menekup mukanya menangis kehibaan.

   "Sudahlah semuanya.. pergilah tidur , dah lewat sangat dah ni ". Arah Tan Sri Rahman. Mereka akur dengan arahannya kerana masing - masing pun sudah mula mengantuk dan letih.

********************************************************************************
   Tepat 5:45 pagi, Mya terjaga dari tidurnya. Dipaksakan dirinya untuk bangun walaupun pada hakikatnya terasa seluruh tubuhnya sakit. Seperti seluruh sendi dan urat sarafnya direntap dengan kasar dan ditarik dengan setegang - tegangnya. Mya menggagahkan juga dirinya untuk kebilik air dan mengambil wuduk. Terpaksa jua Mya menahan diri pada dinding bilik supaya tidak jatuh. Melihatkan Arissa , Hidayah dan Mahani masih lena, Mya membiarkannya sahaja. Belum lagi masuk waktu subuh dan Mya sudah siap memakai telekung sambil menunggu masuk waktu subuh.

   Usai solat doa dipohon bersama dengan esakan kecil. Biarpun perlahan namun tetap jelas pada pendengaran sesiapa pun di pagi yang hening ini. " Ya Allah , ya tuhanku... Sesungguhnya kepadaMu  jua aku bermohon , lindungilah hambamu ini , ibu bapaku ,sahabat - sahabatku dan seluruh umat Islam di dunia ini daripada segala bahaya dan bencana dunia . Hanya Engkau yang maha mengetahui lagi maha mengasihi. Kupohon kepadaMu  ya Allah tuhan sekelian alam, kau berikanlah ketabahan kepada diriku dalam menghadapi ujian yang Engkau berikan kepadaku.Kuatkanlah diriku untuk terus melangkah menyusuri setiap jalan yang telah Engkau tetapkan untukku. Jika itu takdir yang Engkau tuliskan untukku, maka aku reda ya Allah. Berikanlah aku petunjuk menuju ke jalan yang Engkau redai ...aamiin..aamiin.. Ya Rabbal Alamin..."

   Hatinya tiba - tiba teringin untuk membaca surah Yassin tatkala dirinya terpandangkan senaskah surah Yassin di atas meja kecil disebelahnya. Rindu  kepada arwah Harith Iskandar mula menggamitnya dan cara yang paling afdal untuk menghilangkan rindu itu  adalah dengan menyedekahkan bacaan Yassin kepada arwah.. Mendayu - dayu suaranya mengalunkan bacaan yassin namun esakan kecil tetap mengiringi bacaan Mya...dan dia terus tenggelam dalam kekhusyukkannya.

   Arissa mendengar , merenung dan menahan tangisnya sendiri. Dia terjaga ketika Mya bangun untuk ke bilik air . Saat Mya mula mendirikan solat, dengan pantas dia mengejutkan Hidayah dan Mahani.Hilang sahaja mamai Hidayah dan Mahani, Arissa membuat isyarat supaya tidak bersuara.Arissa , Hiayah dan Mahani sudah berada dibelakang Mya usai dia menghabiskan bacaannya. Esakannya masih bersisa.

   Terkejut Mya bila dia dipeluk oleh ketiga- tiga sahabatnya yang setia menanti disisi. Kejutan yang diganti dengan rasa sayu membuahkan satu tangisan yang meruntun perasaan sesiapa yang mendengar.Teresak - esak Mya dalam pelukan sahabat - sahabatnya yang setia disisi. Semakin erat mereka memeluk Mya , menyalurkan sebanyak mungkin kekuatan kepada wanita itu dan pelukan erat itu turut menyatakan setiakawan mereka kepada Mya Zahra.

   " Kenapa susah sangat aku nak bahagia? Aku tak minta harta bergunung , aku cuma ingin sekelumit rasa bahagia . Tapi kenapa rasa bahagia itu tak nak dekat langsung pada aku? Tak berhakkah aku untuk rasa kebahagiaan itu? Tidak berhakkah untuk aku mencintai dan dicintai?". Rintih Mya. Hampir sahaja Arissa , Hidayah dan Mahani meraung mendengarkan rintihan Mya Zahra.Tetapi, mereka perlu kuat. Perlu kuat untuk memberikan sokongan kepada sahabat yang sedang perit menahan derita. Ternyata subuh yang hening tidak lagi mendamaikan hati kerana dicemari dengan esak tangis yang meruntun jiwa.

Sunday 5 January 2014

Review Novel Pemegang Watak Cinta Karya Nurrul Shuhada

Pemegang watak cinta...seindah tajuk..seindah ceriteranya juga. Memang best novel nih. Banyak bermain dengan perasaan hinggakan mas yang membaca pun seakan terlarut dalam emosi yang dipamerkan. Novel yang mengisahkan Wafa Amani dan Tengku Akiff Nawfal. Kisah yang bertaut bila Wafa menyangkakan dia melanggar Akiff ketika pulang dari kampung. Amnesia melanda diri Akiff dan memaksa Wafa mengakuinya sebagai sepupu. Bila kisah sebenar terbongkar...keluarga Akiff dicari semula...perpisahan antara dua jiwa membuaikan perasaan rindu dan saling terkenang2 biarpun selalunya pertelingkahan sering berlaku ketika tinggal di bawah satu bumbung. Perkahwinan terjadi atas tiket mahu melepaskan diri masing2 daripada dipaksa kahwin dengan orang yang tidak disukai. Campur tangan keluarga,perebutan harta benda dan kisah mencari cinta diadun dengan sebaik mungkin. Mungkin ada sedikit sebanyak lompong didalamnya,tapi masih belum cukup untuk menjejaskan kualiti karya adik Nurrul Shuada ini. Pada mas...adik Nurrul berpotensi untuk mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang penulisan...orang lain mungkin akan kata cliche asyik kisah kahwin paksa sesaja yang ditulis sekarang ini...tetapi pada mas lain orang lain cara penulisannya...lain juga cara garapannya...begitu juga dengan apa yang dipersembahkan oleh adik Nurrul. Cubalah baca dan nilai sendiri... Mas bagi 4★ pada novel nih. Lain orang lain pandangannya kan? Terpulang pada pendapat masing2. Anyway good job adik Nurrul...mudah2an akan terus berkarya walau apa jua halangannya.(^_^)

Yang disukai kadang tak mengerti
Yang dirindui kadang tak memahami
Yang dicintai kadang tak merasai
Dan yang tak disangka itulah yang terjadi.
         ◆PEMEGANG WATAK CINTA◆
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Sunday 10 November 2013

Lafaz Yang Tersimpan... Bab 1



Bab 1

Aarghhhh , 6.30 pagi dah ! Matilah aku ari ni lambat lagi, hishh!”getusnya.
Mya terus mencapai tualanya yang tersidai ditepi katil dan berlalu dengan pantas ke bilik  air . Malang tak berbau kakinya terpelecok semasa menuruni anak tangga dan kedengaranlah bunyi seakan – akan nangka busuk jatuh ke tanah.

Adoiiii , mak aih sakitnya , dah la lambat , jatuh  pulak,,apa la malang sungguh pagi nihh,huhuhu ! ” Mya merungut  dalam hatinya. Alahai Mya oiii , bukannya teruk mana pun , jatuh terduduk sahaja , jauh dari perut.

Dalam kesakitan  Mya menggagahkan dirinya untuk ke bilik air . Tidak sampai 10 minit  berada dalam bilik air , Mya melangkah keluar dan terus menunaikan solat subuh. Selesai sahaja solat , Mya terus bersiap ala kadar untuk ke tempat kerjanya.Mya hanya memakai bedak dan mencalitkan celak hitam secara tipis dan mengoles gincu bibir warna merah jambu dengan nipis . Dia memandang cermin sambil tersengih,

Aisehh , lawa juga aku ni walaupun aku ni besar sikit , heheheh!! Amboi terperasan la pulak aku ni ” gerutunya dalam hati.

Menyedari yang dirinya sudah terlambat , terkocoh – kocoh Mya menuruni tangga rumah sewanya.

“Nasib baik tak jatuh lagi , kenapalah mak  buat tangga curam macam ini,,aku juga yang susah” ngomelnya dalam hati . Selepas menutup pintu rumah Mya membaca bismillah sebelum melangkah ke tempat kerjanya. Tidak sampai dua puluh langkah Mya sudah sampai ke tempat kerjanya, Sekolah Kebangsaan Tok Pelita, Kampung Pasir Salak.
“Assalamualaikum cikgu!” sapa dua orang pengawas yang bertugas di pintu pagar sekolahnya pada pagi itu.

“Waalaikummussalam” jawabnya sambil tersenyum mesra pada anak muridnya itu.

Mya terus menuju ke bilik guru. Tempat kegemarannya pada waktu pagi sebelum ke bilik yang dikhas untuknya sendiri. Mya terus menuju ke arah buku kedatangan guru dan menulis namanya , menandakan dirinya hadir pada hari ini.

“ Nur Damya Zahraa’ bt. Ahmad Suhaimi!!!”,namanya di seru  dengan sekuat hati oleh seseorang , siap dengan  tahap nada kegeraman yang melampau seperti mana  emak Mya panggil kalau sudah terlampau geram . Mya berpaling .

“Alamak , bala dah datang.” Mya menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal . Mya menunggu Kak Pah menghampirinya . Dia tersengih – sengih kepada Kak Pah .

Papp..."hah hambik kau!” Kak Pah memberikan tamparan yang tidak kurang ganasnya di bahu Mya.

“Adoi,apahal kak Pah ni,pagi – pagi lagi dah macam singa hilang anak je ghopenya nihh,sakitlahh!!!” Mya mengaduh kuat.

“Haaa,tau pun sakit , kamu ingat aku tak tau kamu yang pedajalkan aku semalam! Nasib baik aku tak kena heart attack kamu tau tak?” Rungut Kak Pah geram .

“Apa benda yang teman buat sampai Kak Pah meghoyan pepagi lagi ni . Cik kak oii,,seingat teman laa kan , teman pergi mesyuarat emergency  kat PPD semalam.” Mya mengerutkan keningnya.Bersungguh benar Mya menyangkal dakwaan rakan sekerjanya itu. Mya cuba mengingati apa yang telah dilakukannya semalam sebelum pergi ke PPD.

Tiba – tiba Mya menepuk dahinya dan mula tersengih – sengih memandang Kak Pah. Macam mana Mya boleh lupa, sedangkan Mya yang meletakkan anak kucing dalam kotak kecil dan disorokkan di bawah meja Kak Pah semalam . Mya tahu Kak Pah memang alergik dengan anak kucing, geli katanya. Tapi  itu jugak yang ingin Mya gunakan untuk mengusik Kak Pah.

Malangnya  Mya terpaksa ke mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah ( PPD ) pada pagi semalam juga kerana menggantikan Penolong Kanan  KOKUnya yang tidak hadir kerana sakit , jadi tidak kesampaianlah hajat Mya untuk melihat muka Kak Pah yang terkejut ala – ala beruk itu.

“ Hahh,,udoh ingat ke??” Tanya Kak Pah sambil mengembang – ngempiskan hidungya.

“Waaa,,lariiiii!!!!” Jeritnya.

Sepantas kilat Mya melarikan dirinya yang gempal itu daripada Kak Pah.Riuh rendah seketika bilik pejabat yang bersambung dengan bilik guru itu.Hampir semua rakan guru yang berada di situ ketawa terkekeh – kekeh melihat gelagat Mya yang kelam – kabut melarikan diri daripada bebelan Kak Pah. Apa hendak dikata, memang tabiat Mya yang suka meriuh – rendahkan bilik guru pada setiap pagi.Terima sahajalah.  

Siapa tak kenal Mya Zahraa’ anak Pak Suhaimi itu, cikgu nakal yang suka mengusik kakak – kakak dan abang – abang sejawatan dengannya. Katanya, dia tidak mempunyai  kakak dan abang ,yang ada cuma adik – adiknya seramai lapan orang , jadi rakan – rakan di sekolah yang berstatus kakak  dan abang menjadi bahan usikannya kerana Mya menganggap mereka seperti abang dan kakaknya sendiri.

Sesuka hati , sesedap rasa Mya sahaja hendak menganggap begitu.Namun mereka semua tidak kisah kerana mereka menganggap Mya sebagai penyeri di sekolah  dengan  gelagatnya yang terlebih mesra alam itu. Mujurlah gelagat Mya itu dapat diterima oleh semua orang kerana jika diikutkan memang Mya merupakan ‘adik bongsu’ dikalangan rakan sejawatannya.

“Ala Kak Pah ni , orang guro jer , itu pun nak marah. Jangan marah – marah Kak Pah , nanti cepat tua , karang tak sama timing tua Kak Pah ngan Pak Usop tu , hehehe ! ” Mya mengusik lagi . Apa lagi , sudahnya pecah juga tawa Kak Pah mendengarkan kata – kata Mya itu .

“ Iyalah tu,,kamu ni kan Mya,,kalo le kak Pah tak ngenangkan kamu tu budak tak cukup umur , udoh lama kena backhand tau tak ? .Hissyyy ! ” Muncung mulut Kak Pah menjuih pada Mya , yang lain jadi tukang gelak sahaja.

“Apalah Kak Pah ni,,ada ke orang ni dikatanya tak cukup umur!!”balas Mya menunjukkan protes. Belum sempat Mya membalas lagi kata – kata Kak Pah,Mya dapat merasakan ada seseorang dibelakangnya.

“Ehemmm,,” kedengaran bunyi deheman yang menggerunkan di belakang Mya.Terus muka Mya berubah kemerah-merahan. Mya sudah tahu siapa yang berada di belakangnya,,siapa lagi kalau bukan big boss Sk Tok Pelita , Tuan Haji Latiff . Mya berpaling,,

“Selamat pagi Cikgu,,sehat?” Mya menegur Guru Besarnya dengan selamba dan sengihan nakal. Cuba nak menutup gabralah katakan. Maunya tak gabra,Mya cukup segan dengan GBnya itu. Bukan apa , sebab GBnya itu ala – ala sebaya dengan abahnya dan ala – ala skema jugak la.Ooppss,,,,lupa pula nak terangkan , GB tu stands for Guru Besar yer..

“Hahh,, kamu ni Mya, pepagi lagi udoh buat bising kat sini yer,,patutlah saya dengor kat luor tadi bunyi orang menjerit,,ghopenya kamu ada kat sini,,”kata GB menegur Mya.Bukan menegur tapi lebih pada mengusik,,hehehe!!.
Mya tersipu – sipu malu,, “Aiseh,,kantoi la pulak!”desisnya dalam hati. Nak cover malu punya pasal,,Mya cuma menayangkan senyumannya yang tak berapa nak ikhlas pada GBnya. “Mana ada cikgu,,ni haa,,Kak Pah nihh,, suka – suki dia jer tampo saya” Mya mengalihkan pandangannya pada Kak Pah.

“Macam mana tak dapat penampo awal – awal  pagi ni bos,,dah dia menyakat Kak Pah semalam sampai bersilat sakan orang tu terkejut punya pasal”sampuk Cikgu Fahmi.

Habis pecah ketawa semua orang melihatkan Mya yang terkebil – kebil  macam cicak telan kapur. “ Wahwahwahh,,semua pakat gelak kat aku yerr,,,”ngomelnya dalam hati . Mya memuncungkan mulutnya.

“ Hemoi,,hemoi,,gelak sakan ekk,,takper ,,takper,,ada hari Mya balas balik , huhh!”  katanya konon merajuk laa tuu.

“Kringggggg,,,”

 Bunyi loceng bergema . Tanda waktu mengajar sudah  bermula. “Tu apa lagi tu,,takde kelas ke pagi nihh?”Kuatnya suara GB bertanya.Terkocoh – kocoh Mya keluar dari bilik guru menuju ke bilik kelasnya sendiri.

Mya menuju ke kelas kesayangannya. ‘KELAS BIMBINGAN ANNUR’ a.k.a kelas pemulihan yang pada asalnya merupakan sebuah stor buku SPBT . Bila Mya dihantar oleh JPN ke sekolah tersebut, pihak sekolah perlu menyediakan kelas khas untuknya dan bakal muridnya. Maka dengan itu secara rasminya bilik yang pada asalnya hak milik mutlak Kak Pah kini menjadi hak milik mutlak Mya pula.

Mya melangkah masuk ke kelas dimulai dengan kaki kanan . Ini kes ikut petua emaklah . Katanya petua ini nak bagi murid gerun dan hormat pada seorang cikgu . Sejauh mana kebenarannya Mya tidak tahu . Tidak pernah dikaji pun dek Mya .Yang Mya tahu just have fun learning dengan muridnya yang tidak berapa hendak laju membaca itu . Mentang – mentanglah emak Mya bekas ustazah dulu,, macam – macam petua diperturunkan kepada Mya . Ikut sahajalah cakap emak tu , nanti tak ikut kata emak , karang kena cop anak derhaka pulak , huhuhu!!

Melangkah masuk ke dalam kelasnya,Mya memetik suis lampu.Tiba – tiba sahaja darahnya naik mendidih, menggelegak dah macam gunung berapi yang nak meletup sahaja gayanya.Mya merengus kasar melihatkan keadaan biliknya yang tak bersapu dan berhabuk  itu. Mya segera menarik nafas untuk meredakan kemarahan yang bersarang didalam hatinya.Ikutkan hati , mau sahaja Mya menjerit marah tapi mengenangkan dirinya sendiri adalah seorang cikgu,,maka dengan itu secara automatiknya terbatallah niatnya yang tidak berapa hendak suci itu .

“Apalah punya manusia nih,,,dah kerja dia ngapelah tak dibuat?. Memang makan gaji buta betul. Mana nak berkat rezeki tu kalau buat kerja pun malas!”Rengus Mya.

 Mya bukan nak mengungkit atau pun mengata, tetapi kalau dah macam inilah gayanya setiap hari , siapa – siapa pun akan marah. Ada pekerja sekolah pun macam takder. Sepatutnya kelas Mya disapu oleh Pak Noh setiap pagi. Itu antara tugas seorang pekerja sekolah yang dilantik oleh sekolah.Tetapi selalu sahaja kelasnya tidak bersapu.

Bukan kelas Mya sahaja, malahan satu blok bangunan  menerima nasib yang sama iaitu kelas Tahun 1 , bilik Kemahiran Hidup dan Pusat Sumber. Kadang – kadang bersapu , kadang – kadang tidak . Sesuka hati Pak Noh sahaja datang sekolah sekejap , lepas itu terus balik bila selesai buka semua pintu – pintu kelas yang berkunci termasuklah pejabat. Kemudian bila sudah selesai sesi persekolahan , barulah nampak balik muka Pak Noh, sebab dia hendak mengunci balik pintu – pintu itu.

Pernah jugak Mya merungut kat dalam bilik guru , tetapi setakat itu ajelah.Bukan Mya sahaja yang merungut tetapi guru – guru lain macam Kak Pah , Kak Yani dan Cikgu Mat pun sama jugak merungut . Siap report kat GB lagi , tapi apah tak hey. Pak Noh buat nehen  aje biarpun GB dah siap panggil mengadap lagi kat dalam pejabatnya.

Hmm,,pelik sungguhkan manusia nih,,bila takde kerja,merungut kata tidak pernah diberi peluang,,tapi bila sudah diberi kerja,,inilah yang terjadi.Memang tak tau nak bersyukur langsung,,ishh,,ishh,,ishh!.

Hendak tak hendak , Mya menyapu kelasnya yang penuh dengan bahan buangan cicak dan kelawar itu. Hendak buat macam mana , terpaksalah Mya buat , kalau tidak karang anak muridnya terpaksa pula belajar di dalam keadaan kelas yang tidak kondusif.

Sungguh Mya tidak rela hal seumpama begitu berlaku.Mya mahu semua anak muridnya berasa selesa ketika berada didalam kelasnya.Sebab Mya sedar jika mereka berada di dalam kelas perdana ( kelas masing – masing ) belum tentu mereka akan terima keselesaan belajar kerana kadang – kala murid yang tercicir ini akan diabaikan . Memang lah bukan semua guru akan mengabaikan mereka tetapi kemungkinan itu tetap ada kan?..Nama  lagi manusia , bukan semuanya perfect!.

Selepas menyapu Mya menyemburkan pewangi AmbiPur yang baru dibelinya minggu lepas, sementara menantikan anak muridnya turun ke kelasnya. Nasib baik Mya sudah siap tampal jadual untuk kelasnya di papan kenyataan setiap kelas , jadi tidak payahlah Mya memanggil – manggil anak muridnya  sepanjang waktu.Sampai sahaja  masanya,,tengok – tengok dah terjengok budak – budak tu kat kelas Mya .
“Assalamualaikum cikguuu!”

“ Panjang umur bebudak nihh,,baru jer aku sebut,,hehehe!”.Tanpa lengah lagi Mya meneruskan pengajarannya.

                            ~Ne@ SuH@IMi~

Sunday 16 June 2013

A New Born..Perhaps....

Hmm...dah lama kan tak post apa - apa...sememangnya bersawang suda bloggy ku ini... apakan daya...rasa sakit itu masih ada..biarpun tak terlihat dek mata kasar...parutnya tetap kelihatan...

Apapun...mudah-mudahan akan sentiasa ada semula warna - warna indah di sini.. InsyaAllah..