Thursday 22 December 2011

Story Of The Day ( 20 )

   Tak tahu bagaimana nak memulakan cerita . Serabut kepala otak aku dalam minggu nih,, macam - macam yang terjadi . Dan secara tak langsung menjadikan aku salah seorang manusia yang was - was baik pada diri sendiri dan juga orang - orang yang berada di sekeliling ku .

   Minggu ini aku bertugas di sekolah bersama - sama dengan seorang cikgu yang lebih ku kenali sebagai kak Yati. Takde  apa yang menyeronokkan pun masa bertugas nih. Kononnya niat dihati hendak mengemas kelas la ,, buat minit mesyuarat la ,, update fail dan segala macam benda ,, tapi semuanya entah ke mana hilangnya . Lepas tu bila pikir balik kalau aku kemas kelas sekarang esok lusa jadi balik macam tu ,, serupa macam tak kemas juga ,, jadi aku ambik keputusan untuk kemas kelas tu selepas mesyuarat guru pada 2hb Januari ni nanti ,, abih cerita tak yah nak serabutkan kepala sampai dua kali kena cuci kelas .

   Setiap hari kerja aku hanya melayari internet ,, balik - balik bukak fb kesayangan aku tu la ,, apa lagi . Itu je la kerja aku ,, tak tahu la nak kata apa tapi sebenarnya aku dah berada dalam tahap kebosananan yang teramat sangat . Bukan bosan sebab kena pergi ke sekolah kesayangan aku tu ,, takkk!!! tapi bosan kerana aku akan tinggal setahun lagi di rumah sewa yang sama . Melalui rutin harian yang sama seperti tahun - tahun sebelumnya .

   Memang niat di hati hendak pindah tu lama tersemat dalam sanubari aku .... tapi masalahnya aku sendiri tak sampai hati nak tinggalkan mak angkat aku yang dah banyak tolong aku semasa aku mula - mula bergelar sebagai guru . Aku tak sampai hati kerana dia tinggal seorang dan dah tua ,, tapi dalam masa yang sama aku memendam rasa apabila ada barang - barang aku di usik ...masalahnya aku tak suka orang ambik sesuatu tanpa keizinan aku , nak - nak pulak bila aku takde  kat rumah tu .

   Dalam kepala aku ni ada impian yang aku akan memiliki sebuah rumah , biarpun hanya rumah sewa yang boleh aku hias seadanya mengikut cita rasa aku ,, ada dapur aku sendiri dan macam - macam lagi yang aku bayangkan . Tapi mak aku sendiri tak bagi pindah dari situ tanpa sebarang sebab. Mak lebih senang kalau aku tinggal ngan mak angkat aku tu sebab katanya ada orang tua yang boleh pantau aku dari dekat . Habis apa lagi aku nak kata ? kalau melawan karang kena cop anak derhaka pulak!

   Adoaiii ,, korang bayangkan ekk,, ada sekali aku potong rambut baru - baru ni dengan si nurul kat seri iskandar ,, masa tu belum lagi cuti sekolah . Hari ni aku potong rambut ,, esoknya aku balik ke ipoh ,,belum sempat aku buka tudung , mak aku bukak cerita kata malam tadi dia mimpi sikat rambut orang , pastu rambut tu lebat sangat macam rambut aku tak lama lepas tu rambut tu lerai macam kena potong . Aku tepuk dahi aku , mak aku ni macam ada sixth sense la pulak ,, macam tau - tau jer aku potong rambut tak bagitau kat dia .. korang tengok sendiri macam mana aku nak buat sesuatu keputusan tanpa mintak kebenaran dari mak ,, banyak benor petanda yang mak dapat kalau pasal aku .. huhu! Selagi aku tak kawin selagi tu la aku tak boleh duduk sendiri macam yang aku impikan, ,, haaaihhh!!!

   Dalam masa yang sama jugak ,, aku buntu bila pikirkan soal hati dan perasaan . Entahlah ,, kengkadang aku terpikir betul ke jalan yang aku pilih , betul ker ini yang aku hendakkan . Kalau korang tengok fb aku ngan dia ,, korang mesti akan kata aku dan dia dah jadi kapel .. takde maknanya ,, sampai dua orang sahabat aku pun menyangkakan benda yang sama . Nasib baik depa tak kecik hati kat aku ,, mau taknya aku yang tak tau ape2 pun terkejut bila nurul tanya bila aku kapel ngan dia .. kecik hati kalau aku tak cerita kat dia ngan maj .. aku cuma boleh cakap demi Allah  kalau aku dah jadi ngan dia,, koranglahh orang pertama yang akan tau ..

   Kalau korang la kann ,, apa yang korang pikir bila somebody nak kenalkan kome ngan any member of his family?? mesti korang pikir ada something kan? aku pun pikir camtu ,, but at the end i was dissappointed bila dia kata saja ja ,, can you imagine how i felt at that time?? aku terus jadi blurr and just jawab,, ooo, saja ja ,, ok! pastu terus aku offline .. tapi aku tetap bersyukur sebab ada dua sahabat yang menyayangi aku dan mahu terus melindungi aku daripada terluka ,, thanks maj ,, thanks nurul!! i was lucky to have them as my friends ,, (^_^)

   Makin lama makin aku lemas ,, lemas sebab penat hidup dalam teka - teki ,, teka - teki yang aku tak jumpa jawapannya .. Semakin aku mencari jawapannya ,, semakin aku keliru dengan kehendak dan kemahuan aku sendiri . Mungkinkah jawapan yang kucari takkan ku temui ,, kalau sebelum ni aku penuh dengan bunga - bunga di hati ,, tapi sekarang hanya kekeliruan dan awan - awan kekecewaan yang memenuhi segenap ruang hati ,, tapi macam mana pun kehidupan perlu diteruskan betul tak,, takper masliza ,, takper!! chaayookkk!! chayookkk!! (^_^)

Saturday 17 December 2011

Story Of The Day ( 19 )

Di awal pagi hari ini aku menerima satu link lagu nasyid nyanyian kumpulan inteam dari si dia yang aku tak sangka akan membuatkan jantungku hampir2 tidak berdenyut dek kerana terkejut,,bila ku teliti,,ku dalami,,ada maksud tersirat yang tersembunyi di sebalik link yang kuterima,,nak ku huraikan sungguh aku tak pandai,,bila ku amati semula liriknya,,secara automatis bibirku mengukirkan satu senyuman yang panjang,, mungkinkah akan terbit sesuatu dalam setiap kata yang kuterima,,entahlah,, yang pasti hatiku seluruh jiwa dan ragaku amat menghargai apa yang cuba disampaikan olehnya,, mungkin orang akan mengatakan aku yang perasan lebih2,, biarlah kerana keindahannya hanya aku yang mengerti,, (^_^)    
 
Bisikan Nurani

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitu tasik hatiku
Sejak kehadiranmu
Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati
Telahpun kusyukuri
Didalam hidup ini 
Cinta suci kurniaan Ilahi
Kejernihan wajahmu 
sempurna pada pandanganku
Kau kirana 
keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
kesederhanaanmu mengecap 
kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu itu yang merantai jiwaku
Bukan aku memuji apalagi memuja
Salahkah ku kagumi perhiasan duniawi
Telahpun kusyukuri di alam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi
Bisikan nuraniku engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan amanah suci ini

Story Of The Day ( 18 )

   Tepat jam 12 malam aku mula menaip kat blog aku nihh,,walaupun pada masa ini aku boleh dikategorikan dalam keadaan yang sedang mengantuk tetapi entah kenapa malam ni aku nak juga update blog aku nih..
   Tiada kata yang dapat aku susunkan dengan indah disini kerana terlalu banyak untuk diceritakan dan banyak untuk diluahkan.Hampir dua minggu aku menyimpan segala cerita dalam kotak memoriku,,bukan tidak mahu diluahkan tetapi kekangan masa yang menyebabkan aku terpaksa menyisihkan seketika blog kesayanganku ini..:)
   Minggu yang lepas merupakan minggu yang agak stress bagi aku tapi dalam masa yang sama aku rasa agak lucu juga,,semuanya kerana novel yang aku order dah sampai kerumah.. Mulanya pesanan novel yang aku buat pada siti yang sampai dulu,,tiga kotak kecil pos ekpress yang memuatkan 8 buah novel sampai kerumah aku dihantar oleh posmen dengan van pos ekpress,,aku pun buka dan tandatangan atas buku sebagai tanda pemilikan yang sah2 memang aku punya,,masa ni mak tak tau lagi novel aku dah sampai. 
   Kemudian esoknya,, posmen yang sama dan van yang sama juga anta lagi novel aku yang diorder daripada kak ainun sulaiman  sebanyak 15 buah kalau tak silap aku,,memang sah2 la kotak besar,,kali ini aku tak ambik sendiri adik aku yang ambik si zarul asraf tu..mak aku tanya sapa punyer barang,,adik aku jawab la,,"aii mak,,sape ker punyer lagi,,hehe!!",,hanya dengan ayat itu maka fahamlah dek mak aku yang bungkusan tu aku punya,,,dalam masa tak sampai sesaat ,,peluru pertanyaan terus ditembak kepadaku,,macam2 jugak la yang mak tanya dan yang paling tak tahan soalan mak berapa ratus habis??,,ngeee!!!
   Aku cuma mampu tersengih,sebab kalau aku jawab kompom boleh kena heart attack mak aku tu,,hehe!!Bila tak dapat jawapan dari aku,,yang menjadi mangsa pertanyaan adalah ika,,tapi ika sendiri pun tak tau,,malangnya rahsia harga tu tetap pecah bila kakngah bagi tau kat mak harga semua novel aku tu,,memang tak boleh simpan rahsia betul adik aku sorang tu,,huhu!!Apa lagi terpaksa la aku menadah telinga aku yang kecik menawan ni mendengar leteran mak yang bagai lahar panas  yang baru nak kuar dari gunung berapi jer gayanya,,hehehe!!
   Hampir setiap hari aku dengar mak berleter pasal novel tu,,sebab ada novel tak jadi kerja la ,,itu la ,, ini la,,tapi apa yang aku boleh buat cuma sengih macam kupang yang cukup masak dan layan jer sampai laa mak reda dari leterannya,,kalau aku menjawab kang tak pasal2 pulak kena cop anak derhaka,,huhu!!Aduhai emakku sayangg!! (^_^),,,
   Selang dua hari kemudian, aku menerima panggilan daripada GB aku ,, kata aku kena kursus minggu depannya tu,, ari selasa dan rabu..sebenarnya bukan kursus pun tapi lebih kepada taklimat jer yang aku tengok.Hari selasa aku kena pegi PPD Perak Tengah untuk taklimat pibg..almaklumlaaa setiausaha PIBG yang tetap dan berpencen kann,, so aku adalah orang yang paling sesuai untuk pergi sebab aku yang pegang fail pengurusan,,
   GB kata kena gi pukul 8 pagi,,bila aku tengok dalam surat ada dua sesi,,dan sekolah aku termasuk dalam sesi petang,,tapi yang lawaknya aku pergi sesi pagi,,dah GB aku kata kena pergi pagi ,,aku pun pergi laa,,kang kalau tak pergi pagi kang aku takut kalau ada aper2 maklumat tak sampai kat aku pada waktu petang,,maklum ler time petang kan ngantuk tahap gaban,,jadi belum tentu semua maklumat boleh masuk dlm kepala otak aku..
   Sampai jer kat PPD aku cakap kat Tuan Syed ( pegawai yg incas ) aku ni sebenornya sesi petang,,apalagi pakat kena gelak la aku,, sapa soh datang time pagi kalau dah kena sesi petang,,tapi camner pun tuan Syed kata takper laa,,nak patah balik jauh,,jadi join jer sekali..Rupa2nya deme nak chek fail jer ,,nak pastikan apa yang ada ngan yang takde jer,,laaa punyer la aku takut tahap babun sampai sejuk2 tangan aku,,alih2 tak sampai sepuluh menit pun deme cek fail aku,,pastu tuan syed kata boleh balik dan tak yah datang waktu petang..aku pun apa lgi cabut ler,,mujur datang pagi,,tak yah pergi petang,,hehehe!!
   Then esoknya ,, hari rabu aku kena pergi ke KPM sri iskandar,,kursus satu sukan satu murid ,, dek kerana aku dan aya yang menjadi penyelaras koku untuk bola jaring maka kami la yang disuruh pergi..pengalaman baru untuk aku yang tak tau apa2..boleh laa,,:)
   Masa tengah kursus tu la aku dapat atau yang kakngah dah selamat melahirkan anak keduanya yang tersangat la comelnya,,seorang puteri yang dinamakan Nur zahirah alwani binti muhammad hamsani..panjangkan namanya,,hehe!!Tapi yang tak bestnya aku terlepas nak tunggu adik aku kat wad bersalin sebab ada kursus,,masa zafran lahir dulu pun sama gak,,adeii memang takde rezeki betul laa!! 
   Apa pun aku bersyukur adik aku selamat melahirkan. Dalam minggu tu jugak ada sesuatu yang menjentik perasaan aku. Perasaan yang dibuai indah umpama dalam alam fantasi...:)
   Hari pertama yang aku balik ke pasir salak tu ,,aku ada pos dalam fb aku  (pakai enset ni pasal broadband kena blok takleh pakai la pulak),,aku tulis camni " waaaa,,,3 hari tak boleh fb" ( lebih kurang cantu la ayatnyer) ,,si dia komen kat situ dengan gambar muka masam ,, aku tanya "kenapa nih,,ada yang tak kena ker?cer citer",,dan dia jawab " dah awak xde 3hari",,statemen itu la yang buat aku tersenyum sorang2 sepanjang malam,,tau sebab apa aku senyum macam orang tak betul tu,,sebabbbb,,selama ni mana penah dia panggil aku "awak",,hanya panggilan cik mas jer yang sentiasa menghiasi fb kami.. tapi malam tu dia panggil aku macam tu membuatkan semangat aku terbang melayang2 entah kemana,,hehe!!
  Kemudian aku balik ke ipoh,,ada satu lagi post kat fb yang membuatkan hati aku bagai diwarnakan dengan lukisan yang berwarna warni,,lukisan yang sangat indah untuk ditatap,,lepas aku komen kat post dia,, dia tulis camni,, "hiburan tak kering gusi malam2 ni,,sayang oii",,erk!!!terenti sekejap nafas aku!!"SAYANG OII"?????tak penah dibuat dia akan tulis camtu kat post yang terang2 orang akan baca,,tapi itu la realitinya,,dan realiti itulah yang membuatkan hati aku penuh dengan bunga2 yang berkembang mekar..
   Satu lagi post yang buat aku jadi mcam tak betul sangat ni ialah ayat nih "penuhkanlah sentiasa dengan kata2 indah",,apa yang boleh korang bayangkan??,,Memang,,memang semua statement tu  membuatkan hati aku terbuai2 indah dan putik2 kasih mula berkembang ,, tetapi dalam masa yang sama aku sedikit goyah,, goyah kerana tak tau sejauh mana ia akan berkembang ,,:)
  Dan dalam masa yang sama ,, seorang kenalan fb aku bertanya kat wall post aku ,,adakah aku sedang dilanda cinta..aku tanya balik apa yang buat akak pikir camtu ( ayat yang sama aku tanya kat kak aisyah),,then dia siap bagi prove lagi,,and all that prove has proven that i am in love,,i guess so!!cumanya aku tak la asik pegang tepon sebab kebanyakannya kami berkomunikasi hanya dengan laptop,,and bila kakak tu cakap aku asik teringat kat dia dan rasa nak mesej sahaja..aku rasa lebih kurang la..tapi apa yang pasti,, bila melihat namanya ada dalam senarai online aku,,itu sahaja dah cukup untuk buat aku tersenyum sepanjang masa...:)
  Ok laa,,kome oii,,dah pukul 1:50 mlm,,aku pun dah ngantuk... Len kali kita citer lagi yer..
Love you so muchh my dear bloggy,,,muuaahhhhh!!!(^_*)

Sunday 4 December 2011

Story Of The Day ( 17 )

   Minggu ni pada aku takde apa yang menarik sangat.Isnin sampai rabu takde apa yang berlaku yang boleh membuatkan aku terexcited nak cerita kat sini. Cuma yang membuatkan aku seronok bila aku masak something yang di request by adik-adik aku atau mak ngan abah aku yang request. 
   Disebabkan aku suka memasak , macam - macam benda aku masak dalam cuti sekolah ni. Ye laa,, cuti sekolah jer yang aku boleh buat macam2 , terutamanya memasak. kalau dok sorang macam kat pasir salak tu,, takde maknanyer aku nak masak beria. Aku la yang masak , aku jugak la yang makan.
   Tapi bila balik ipoh,, macam satu kepuasan untuk aku , bila aku masak , adik2 aku semua makan beria. Sebab tu la aku tak kisah nak masak apa pun. Sekarang bertambah satu lagi kegilaan aku yang tak boleh nak dielakkan. Gila tangkap gambar makanan yang aku masak dan boh kat dalam pesbuk. Entah sejak bila benda ni jadi aku pun tak tau,, yang pastinya aku cukup suka tangkap gambar , pos kat dalam pesbuk and then tag kat kengkawan aku ngan sedara mara aku.. 
   Nak tunjuk pandai masak?? takde maknanya,,, yang aku masak tu bukan sedap beno macam chef masak pun.. benda bodo2 je yang aku masak.Tapi yang sebenornya suka baca komen dari adik - adik sepupu aku yang tak dapat merasa benda yang aku masak. Aku kan suka menyakat dan mengusik adik2 sepupu aku. 
   Itulah benda yang paling seronok untuk aku buat,, hehehe!!! Nak2 pulak yang lama dah tak balik ke kampung tu,, haaa ,,, yang tu yang paling best untuk diusik,, kekeke!! Tapi yang paling tak tahan bila Pak Ndak aku yang tak penah komen kat pesbuk aku ,, tetiba jer komen tang gambar popia goreng yang aku masukkan tu ,, buat aku terkejut beruk ,, beruk pun tak terkejut cam aku nih!!! Apa lagi kecoh satu rumah la aku,, siap panggil mak aku suruh dia baca lagi..hahaha!!  
   Satu ayat yang aku suka guna kat adik2 sepupu aku ialah ayat ni.. "saja nak kasi jeles " ,, kekeke!! Itu semua adalah umpan untuk suruh deme semua balik kampung sebenornya.. Aku adalah jenis orang yang suka berkumpul ngan sedara mara aku,, terutamanya ngan adik beradik sebelah mak. 
   Entahlah,, mungkin sebab aku dilahirkan didalam keluarga yang besar membuatkan aku selesa bila berada ngan sedara mara aku sendiri and even ngan kawan2 pun aku mudah menyesuaikan diri aku.. Memang kami dikira rapat antara adik2 sepupu..kalau tak dengan telepon ( selalu mak yang suka tepon ) aku berhubung ngan pesbuk lerr apa lagi,, pada aku itu sahaja caranya untuk aku berhubung ngan deme sebab aku tak suka pakai tepon ,, abih kredit woooo,, hehehe!! kedekut la pulok,, bukan kedekut yang benornya maleh nak topup jer,, kekeke!! 
   Bila ika adik aku buat family group kat fb,, bertambah la aku suka untuk menyampaikan mesej2 daripada penaja ( siapa lagi,, mak aku ler ) kepada sepupu sepapat and mak - mak sedara aku.. Ni tadi satu family mak sedara aku datang ke rumah.. nak tau detail baca kat pos 16,, awal2 pagi aku masukkan pos pasal deme. Bila mak dah jumpa ngan adiknya iaitu makjang aku,, aku pulak jumpa ngan adik sedara aku mardiha yang dah lama aku tak jumpa dan adik2 aku yang lelaki jumpa pulak sepupu yang sama lelaki,, kome boleh bayangkan tak apa yang jadi?? Haaaa,,gegak gempita lerr umah aku,, nak2 pulak pakjang aku yang hepi go lucky tu bercerita,, ketawa tak hengat laa kitaorang nih,, ni la akibatnya kalau jumpa sekali sekala,, kekeke!! 
   Memang happening giler kat umah aku ari nih.. tapi sayangnya kakngah tak dapat nak join sekali pasal dia keja kot ari ni..so tak dapat la nak jumpa makjang and the family.. Tadi aku siap ambik semua gambar deme,, tengah makan ada,, tengah menyuap ada dan yang paling penting gambar makanan tu mesti ada,, hehehe!! Masuk dalam pesbuk and tag pada sedara mara aku,, kekeke!! 
   Belum sempat masuk tengahari,, deme pun bertolak ke batu kurau untuk anta adik sepupu aku yang dua orang tu ke sekolah tahfiz,, aku pun tak pasti untuk apa,, tapi rasanya ada kem mendalami ilmu Al - Quran kalau tak silap aku..
   Hmmm,, ari khamis yang lepas,, aku kena jumpa pakar pemakanan sekali lagi kat Hospital Besar Ipoh.. Kalau tak silap aku ini kali ketiga aku jumpa Miss Ti tu.. Masa sampai dia memang ada kat dalam biliknya so aku terus masuk. First thing kena buat ,, ambik berat badan,, huhh!! macam yang aku jangkakan ,, tak naik  dan tak turun2 berat badan aku. 
   Aku jadi down sangat2,,tak tau nak aku bayangkan tahap kehampaan aku. Nak kata aku tak exercise,, tiap kali buat training ngan bebudak kat sekolah aku join sekali lari ngan deme. Aku sembang ngan Miss Ti tu tentang cara aku makan.. dia kata waktu makan aku yang tak menentu tu yang buat berat badan aku tak berubah. 
   Yalah,, aku ni jenis makan tak ikut waktu yang betul,, makan tengahari lambat,, malam pulak kadang makan kadang tak..kalau aku rasa lapar aku makan,,kalau tak lapar aku tak makan,, tu yang miss ti tu kata tak betul tu.. dia suruh gak aku usaha untuk betulkan waktu makan aku tu.. ni tengah usaha la ni nak ubahkan..kot2 la mau turun sikit berat badan aku.
   Kalau nak ikut BMI yang betul , berat aku sepatutnya 60 kilo jer,,ni sekarang 122 kilo,, huhuhu!! 72 kilo tu wehh nak dihilangkan.. nak turun sekilo pun jenuh,, ini kan pulak 72 kilo,,adeiiii!!! Takper kakyong,, takper,, kita usaha ekk!!  ( ni namanya nak menyedapkan ati yerr ,, :) ) chayok ,,, chayok!!!hehe!! 
   Lepas balik dari hospital ,, aku singgah kat bank rimau tu haa..apa lagi nak melunaskan bayaran untuk novel2 yang aku order la,, kat RM 500 terbang duit aku.. mak aku tak tau nihh,, kalau dia tahu mampos aku,, tapi tak lama lagi kompom tau punyer pasal aku soh pembekal novel aku anta  buku2 tu kat umah aku kat ipoh nihh..ni namanya penyakit yang aku tempah sendiri ekk!! abih kalau tak ke ipoh takkan aku nak soh deme anta kat pasir salak?? tak lalu aku nak ulang alik kesana jer semata2 nak ambik buku. tak koje dek aku...lagipun aku tengah cuti kannn??hehe!! 
   Dalam hari yang sama jugak,, something happens between me and him... jangan nak pikir lain ekkk,, bukannyer kapel2 nihh.. tapi ada sesuatu yang dia buat yang menyentuh hati dan perasaan aku. Macam biasa aku bertegur sapa ngan dia di dalam fb ,, tanya khabar macam biasa laa,,tanya itu tanya ini...pastu ngan tak semena - mena tetiba dia cakap dia nak pergi ke rumah kakak dia , ada kenduri kawin anak sedaranya . 
   Dan katanya lagi malam ni mungkin dia tak online atau pun mungkin akan online kat umah kakaknya kalau sempat. Bila dia nak pergi dah, siap bagitau kat aku dulu " k,, saya pergi dulu yer ",, lepas aku balas "ok,, hati2 yer" baru dia dia ofline.. 
   Sebelum ni tak penah pun dia nak bagi tau apa2 kat aku,, tetiba terus jer offline takde pun nak kata bye ke apa ker,, tapi petang tu lain pulak.. itu la yang menyentuh hati aku.. Aku mesej ngan aini..aku tanya apa maknanya bila lelaki yang kita tau takkan buat camtu tetiba buat gitu kat kita,, Aini cakap itu tandanya kak mas ada kepentingan buat dia.. 
   Ayat itu la yang buat aku berada didalam maze yang berselirat sampai aku tak dapat cari jalan keluar. aku sendiri tak faham hati aku sendiri.. Aku rasa hepi sangat tapi dalam masa yang sama aku rasa macam tak percaya pun ada.. kekadang aku rasa mcm semua ni adalah satu mimpi yang berpanjangan walupun hakikatnya aku tau tak seindah mimpi yang terbayang dalam kepala otak aku. 
   Mungkin aku sendiri mengalami keadaan unsecured dek kerana fizikal aku. Mungkinkah kerana ini baru pertama kali aku membuka hati aku untuk seorang lelaki yang belum pasti akan menjadi pelengkap hidup aku,, aku sendiri pun tak pasti,,hmmm!!! Yang pastinya,, hanya ayat tunggu dan lihat sahaja yang boleh meredakan segala gundah gulana yang bermukim di hati. 
   Semalam aku menerima satu mesej yang kukira membuatkan muka aku merah la jugak.. bukan dari dia tapi dari seseorang yang sangat aku hormati dan sayangi seperti kakakku sendiri.. Kak Aishah bagi mesej dalam pesbuk,, dia tanya adakah aku sedang dilamun cinta kerana dalam firasatnya dia merasakan begitu. 
   Pertanyaan ini la yang mengundang rasa malu2 rimau kat dalam diri aku. lantas aku membalas pertanyaannya dengan pertanyaan juga,, apa yang membuatkan kak ecah rasa mas dah jatuh cinta?? dan dia membalas sebab akak baca blog mas ,, ayatnya berbunga2 gitu... Adeii,, rupa2nya ada gak orang yang aku tak sangka akan baca blog aku..huhuhu!! Aku tak tau nak cakap apa,, so the best thing to do is to be silence since i dont know what to say,, :)
   Buat masa ni,, ini jer laa yang boleh aku tulis untuk tatapan kome semua.. soooo... lotss of loveee my blogggyyy ,,, mmmuuuaaaaahhh!!!!! 
( ^ _ ^ )

Story Of The Day ( 16 )

Yessss!!! akhirnya penantian satu hari terlerai juga... pukul 4 pagi pakjang tepon aku suruh bukak pintu,,depa sampai waktu pagi taktau laa pukul berapa depa ni betolak dari kl nak sampai kesini,,semalam mak bagi tau depa nak datang,,kami adik - beradik dok pakat tunggu punya lama tapi tak sampai juga ,,alih2 waktu pagi yang deme sampai,,sampai waktu pagi apalagi yang boleh buat ,,tido ajer ler,,ni pagi nih riuh umah nih pasal masing - masing dok becerita,,ni la akibatnya bila jumpa setahun dua atau tiga kali jer,,hehehe!!!Apapun memang terbaik laaa,,sebab dapat jumpa makjang and pakjang aku and adik2ku sayang,,:)
Lots of love,,,mmmuaaaahhhh!!!!

Thursday 1 December 2011

Story Of The Day ( 15 )

   Minggu ni aku tak sangka yang aku akan dapat ramai kawan baru. First ,,nama aku dimasukkan dalam satu group yang membuatkan aku happy bila berchatting kat dalam tu,,Group Fesyen Plus Size,,group ni memang happening giler,,satu keadaan yang menyenangkan wujud dimana seolah2 kami ni memang dah kenal lama. 
   Kami boleh berbual apa sahaja kat group ni . Mungkin persamaan yang ada pada kami (ofkos sebab kami plus size :)) membolehkan kami bersembang,berbincang dan memberi pendapat tanpa ada sekatan yang tak munasabah.
   And then,, kami tubuhkan pula group baru iaitu Group Comel,,the same thing happens in this group,,situasi yang sama. Memang terbaik!!Aku suka dua2 group ni,,yang satu untuk penampilan aku dan yang satu lagi untuk menambahkan kawan yang aku sendiri akan jadi kawan aku,,love you alllss!!
   Tapi malam nih,,aku rasa macam ada kekurangan la pulak,,rasa macam ada benda yang tak lengkap.Ooo,, baru aku ingat malam ni aku masih belum bertegur sapa ngan si dia..Dia mendiamkan diri la pulak malam ni. Selalunya kami akan bersembang tak banyak , sikit tapi tetap ada.Gayanya macam dia sedang memikirkan sesuatu yang berat. Entahlah,, tak dapat nak kuhuraikan.
   Tadi,,aku terbaca postnya,,seolah2 ada something yang membebani benaknya. Aku tanya kenapa,,tapi dia link kan aku pada video klip nasyid UNIC,,hanya tuhan yang tahu,,aku tau klip tu bagaikan satu bayangan untuk dia mengatakan sesuatu,,tapi mungkin tak terluah dari sanubarinya.Aku tak nak memaksa kerana paksaan takkan membuatkan dia meluahkan apa pun. Biarlah dulu,,kalau dia rasa selesa hendak bercerita,,aku sedia mendengar.I'll be a good listener for him,, insyaallah!
   Setakat ni je la dulu yang boleh aku coretkan,,terlalu banyak yang nak diluahkan , namun tak terceritakan oleh aku.... lain kali mungkin semuanya akan terungkai. Insyaallah aku akan update lagi bloggy aku nih..
   Lots of love,,muuaaahhhh!!! ( ^ - ^ )

Monday 28 November 2011

Story Of The Day ( 14 )

   Macam2 yang jadi minggu ni .Yang paling banyak terjadi gangguan emosi yang menyebabkan aku menangis bagai nak rak . 
   Kalau dalam pos yang lepas aku tulis pasal dia remove aku tu ,, haaa la ni aku nak citer kat korang apa yang jadi lepas tu . Lepas aku pos citer aku kat blog ari tu..kengkawan aku si nurul ngan maj kol aku ,, bertanyakan tentang hal tu laa . Memang mereka kawan terbaik aku kerana apa yang aku rasa depa tau . 
   As they know me better than myself . Aku cerita satu persatu kat depa , camner aku tak puas hati sebab remove aku tu . Ye la sesapa pun tak puas hati kalau takde angin , takde ribut tiba2 boleh pulak putus kawan . Kalau aku buat salah sekurang2nya kabo la kat aku apa salah aku .
   Masa maj tepon aku ,, dia ada cakap ,,lebih kurang camni la ayatnyer "mas ko ni orang yang mudah mesra ngan org lain , tapi aku takut org lain salah anggap pada ko , ada satu post ko yang boleh buat org pikir ko ada affair ngan org lain ." ... haaaaa??? aku tertanya2 yang mana satu . 
   Rupanya pos dari sahabat aku yang aku dah anggap abang sendiri yang dimaksudkan. Padahal masa tu aku ajar dia camner nak tag nama ,, dia test pakai nama aku ,, adeii sengal betul!! Aku pun explain kat maj , dia paham aku camner , then maj suggest kat aku lebih baik ko tepon atau mesej kat kat dia , , tanya sebabnya supaya aku puas hati.  
   Aku pun buat la ,, and as usual takde respon dari dia . Dalam masa yang sama aku sembang ngan aini kat chat box fb . Aini pun dah tau masalah aku . Dan dia juga tolong tensen sekali , dalam aku sedih tu ada gak penghibur hati aku . Thanks a lot to aini..siap bagi ayat contoh untuk bertanya lagi kat dia . Kome nak tau apa ayatnya?? haaa..baca nihh :


    " saya betul2 nak tau ,, 
kenapa awak delete saya ?
betul awak nak delete saya dari hidup awak ?
saya dah letak awak dalam hati saya.
bagi tau saya ,, kenapa awak delete saya,
supaya saya tak tertanya - tanya....."


   itulah ayat yang dibagi dek aini,,aku copy dan tiru bulat2 ,, time tu aku dah tak pikir apa .. aku pun tak sedar aku tulis apa . Dah dua tiga menit lepas tu baru aku sedar ,,, tapi dah terlambat sebab aku dah tekan button send .
   Belum pernah seumur hidup aku , sepanjang 30 tahun aku hidup ni,,aku cakap camtu pada seorang insan yang bernama lelaki.....kemudian aku terpikir.. mak aihhhh!!!berani betul aku cakap camtu...malu wehh!!! tak tau nak letak muka kat mana...tak lama lepas tu aku terima sms dari fb kat tepon aku kata "dia" nak add aku.. ' Add ' aku ??? .. termangu2 aku nengok enset aku...rosak ker enset aku ni ,, rasanya baru lagi aku beli ,, takkan dah rosak?? 
   Tau pasal apa reaksi aku camtu?? pasal kat notification fb takde kuar yang dia nak add aku . Aku pun tulis add kat enset aku then aku send.. Tak sampai dua minit ada post kuar kat wall aku,,dia tag nama aku minta maaf ,, aku pun balas balik aku kata,,aku tak marah cuma tertanya2 kot2 la ada buat salah yang aku sendiri tak tau..aku tak terniat pun nak buat dia marah .. So kiranya settle la sudah hal itu.

   Selepas kejadian tu , kami berhubung macam biasa . Well ,, actually cam luar biasa sikit.. Camner aku nak cakap ekk?? Kiranya cam ni laa,,setiap apa yang dia komen atau pos kat aku menampakkan kehepian yang extraordinary sampai aku sendiri rasa cam pelik. Tak penah2 dia buat camtu . 
   Sampaikan bila kak zurina ( ex cikgu sekolah aku ) cakap nak sponsor buat nasi dagang seperiuk untuk kenduri kawin kami berdua ,, dia boleh kata apa tau,,takkan seperiuk jer ngaper tak sekawah??pelamin tak nak sponsor sekali ker?? terkedu aku bila baca..dah la komen sebelum tu yang hat dia kata masin mulut kak zurina kata kami kawin berdua buat aku terkejut tahap gaban ditambah lagi ngan sponsor pelamin tu,,nasib baik aku tak terbaling laptop aku sebab terkejut. Adeiii!!!nak tercabut jantung aku,,kome oii!!! 
   Apsal ngan tetiba jer dia boleh cakap camtu??konpius aku..Tak penah dibuat dia komen macam tu..selalu bila orang lain kaitkan aku ngan dia .. dia akan mendiamkan diri tapi kali ni dia pulak yang beria2 komen. Aini kata ada perubahan positif tu kak mas,,banyak komen2 yang menunjukkan dia nak kakmas ngaku suka kat dia.Adeii,,yang anta sms ari tu pun dah buat aku separuh mati malu ,, ni nak suruh aku confess depan2 dia..ada yang koma setahun kang!!! 

   Dalam minggu yang sama , adik aku ika balik ke rumah pas habis final exam dia . Apa lagi riuh rendah la umah aku sebab semua adik2 aku ada. Memang syok giler bila dah kumpul balik. Macam2 topik aku ngan depa sembang. Sehingga la satu hari ,, tengah aku ngan adik2 aku sembang termasukla mak aku sekali,,boleh pulak terkeluar topik yang paling aku nak elakkan,,topik KAHWIN!!!! 
   Ika kata,,kami tak kesah kakyong nak kawin ngan org yang muda dari kakyong as long as kami boleh panggil yeop,,kami tak kesah,,pastu mak aku pun kuar statement ,, liza kawan kakngah tu pun kawin ngan org yang muda dari dia ,, ok jer , takde pape pun..Adoaiii mak aku nihh,,kemaruk sangat nak menantu sulung!!!Aku diamkan ajer,, malas nak cakap aper....
    Ok lahh,,takat ni jer la yek,,len kali kita sambung,,aku nak masak,,dah tengahari pun ,,mak ngan abah baru balik pasar ..so kiranya dah ada la barang2 yang nak dimasak.Takleh lengah lagi ,,kang ada pulak 'jelingan2 manja' dari mak ngan abah aku,,,hehehe!!!
Lots of love for u bloggy,,,mmmuuuuaaaaahhhhh!!!! ^_^

Wednesday 23 November 2011

Story Of The Day ( 13 )

  Allahhh!!! tak tau aku nak gambarkan betapa terkilannyer aku bila hari ini aku dapati fb "dia" dah tak wujud lagi.Tak tau lah sama ada dia removekan aku atau apa,tapi memang jelas aku bukan lagi berada dalam friendlist dia. Tapi bila aku tengok pada mutual friend aku namanya tetap takde . 
  Adakah itu bermakna fbnya telah ditutup . Nampaknya memang benar telahan aku selama ini ,, yang dia bukan ditakdirkan untuk aku . 
  Pedih ? tuhan je yang tau betapa tergurisnya hati aku ,, pada saat bunga kasih sedang memutik , dahannya dicantas terus tanpa sebarang alasan . Benarlah seperti apa yang dibaca , kalau dia bukan milikku , sekuat manapun aku berusaha , dia tetap bukan milikku . 
  Kalau selama ini sangkaku kami sedang main tarik tali ,, ternyata tali yang ditarik telah pun putus sebelum sempat aku melepaskannya. Biarlah , aku redha dengan ketentuannya , buat masa ini biarlah aku berpegang pada sesuatu ketentuanNya , ada sebab mengapa semua ini berlaku. 
  Pada kawan2 yang mengharap , ku pohon maaf . Sungguh aku tak terdaya melawan takdirNya . Nyata dia bukanlah syurga yang ditakdirkan untukku . Tapi paling aku terkilan , hubungan persahabatan yang kami bina selama ini terputus tanpa kata perpisahan . Itu yang paling aku ralat sekali.  
  Rasanya bagai tak terluah segalanya disini. Tiada kata yang dapat kususun untuk dijadikan sebuah penceritaan kepada sesiapa pun hatta diriku sendiri . Pedih , ngilu , terkilan , ralat semuanya bercampur baur dan membuatkan hati aku bergelodak umpama lautan yang dilanda tsunami . 
  Mungkin satu ketika nanti hati aku akan dibaluti dengan kasih seseorang yang dihantar olehNya untuk mencintai aku sepertimana aku juga mencintainya.Biarlah masa menentukan segalanya.Andai itu takdirNya,,maka aku pasrah,,,,,,,,,,

Friday 18 November 2011

Story Of The Day ( 12 )

  Rasanya macam dah lama sangat aku tak update blog aku nih.Kesibukan kat sekolah pada penghujung persekolahan membuatkan sedikit terlupa untuk menulis didiari kesayangan aku ni.Rasa-rasanya last aku tulis kat sini masa selepas raya haji kot.Anyway,,terlalu banyak nak kuluahkan hingga aku sendiri tak mampu nak menyusun kata untuk bercerita.Selepas cuti raya haji,kami kembali ke sekolah dan membuat persiapan untuk hari anugerah tahun 6 dan konvokesyen prasekolah.Kali ini aku diberi mandat untuk menyediakan persembahan murid tahun 6 dan prasekolah.Jadi sepanjang minggu itu aku ni dah dikira pengganti tarzan yang bertauliah la rasanya,,hehehe!!Mana taknya , dah setiap hari aku dok asyik terjerit kat deme bila deme tak dengar arahan dari aku.Penat?mau tak penat,,rasa macam nak pengsan bila balik kerumah setiap hari.Semua tenaga dan kudrat aku dah kena perah sampai habis kat sekolah.Nak merungut? takde maknanya,sebab aku sendiri suka apa yang aku buat.kalau gb aku tak suruh pun aku sendiri akan volunteer nak join sekali latih bebudak tu,suka atau tidak aku memang terlibat dalam apa cara sekalipun.
  Dalam kesibukan aku disekolah , aku sempat lagi meluangkan masa untuk diri aku sendiri.Ditawarkan untuk tengok teater badai semalam oleh seorang kenalan rapat aku.Memang pucuk dicita ulam mendatang buat aku. Sebelum ni banyak teater yang dipentaskan tak dapat aku tengok.So bila dah dapat offer camni mana boleh lepaskan peluang.Tambahan pulak pelakon yang aku suka tengok yang berlakon dalam teater tu.Memang mantap persembahan deme nih.Masa tengok erra fazira dengan aaron aziz keluar,,i was liked,,OMG!!!she's like barbie doll and he is so handsome...:).nak - nak pulak aku duduk di barisan keenam dari pentas membuatkan aku nampak deme-deme ni dengan terang,jelas dan nyata.Lantakla orang nak kata aku ngada2 ke , jakun ke, apa ker,,ada aku kesah? yang penting aku merasa tengok depa live lagi kat depan mata aku..kau ada? takde kan??.
  Apapun jutaan terima kasih untuk kak yah kerana sudi sponsor aku ke istana budaya..len kali belanja lagi ekk!!(hehe,,tak malu betul aku nihh!). Isnin esoknya tu,back to school la balik,,dan kembali semula kepada rutin harian aku melatih budak. balik kerumah tengahari tu aku dah rasa seram sejuk semacam..sah2 le demam..aku sekali kena demam memang tak bangkit la,,sebab akan melibatkan urat saraf aku. rasa macam kena gelek ngan steamroll je dah rasanya.macam badan aku ni kena lipat2 jer.pegi sekolah hari selasa tu,,aku gagahkan juga demi anak2 murid aku yang tersayang.sebab deme ni ada rehearsal penuh ari tu.Rabu kan dah nak hari anugerahnya.Dalam sakit2 tu aku nak juga yang terbaik untuk deme.Cikgu yang lain dah berbuih mulut nyuruh aku pergi klinik..aku buat bodo jer,,hehehe,,bukan apa, dalam banyak - banyak makanan dalam dunia ni,,ubat la yang paling aku tak gemor. Maj siap tanya lagi kat aku camner boleh demam,,aku cakap sebab makan durian,,alahh,,bukan banyak pun , ada besar ibu jari aku jer,,durian beku pulak tu..hehehe,,sebenarnya sendiri yang cari penyakit.Maj kata tu la gatai lagi makan , tu mesti makan ngan perut kosong la tu..aku kata memang pun,,ko ni tau jer kan maj,,sebab tu aku sayang kat ko ngan nurul,,,hehehe!!Apapun semua dah settle.Majlis berjalan lancar dan aku bangga ngan budak2 yang aku latih kerana mampu melakukan yang terbaik semasa hari Anugerah tu.
  Hari Khamis adalah hari yang paling mendebarkan kerana keputusan UPSR keluar. Sedih , gembira dan macam2 rasa bercampur gaul dalam hati aku.Gembira kerana sekolah aku dapat 5A seramai 5 orang pelajar even tak mencapai target.Sedih kerana aku melihat betapa kecewanya muka Alia Ajirah kerana mendapat 3A2B sedangkan dia adalah antara pelajar harapan sekolah.Aku tau Alia ni budak yang macam mana.seorang yang rajin , bijak , hormat pada cikgu dan tak pernah sekalipun menganggap bahawa kesusahan keluarganya sebagai penghalang untuk dia berjaya.Bertambah luluh hatiku , bila dia memohon maaf dari cikgu2 kerana gagal mendapatkan yang terbaik dlm UPSR.Begitu juga dengan anak angkat aku sendiri,,Akmah,,biarpun tak berjaya,tapi aku tetap bangga sebab dia dapat matematik c..sedangkan dia adalah budak pemulihan.Pada aku itu adalah satu tahap yang boleh dibanggakan untuk seorang pelajar pemulihan yang sebelum ini tak tau membaca dan mengira.Aku peluk dua2nya yang sedang menangis,,apa yang mampu aku kata,,ada sebab kenapa Allah bagi banyak tu ajer pada Alia dan Akmah. Bukan sebab Alia ngan Akma tak pandai ataupun tak usaha, tapi ada sebab lain yang kita tak tahu yang tersirat di sebalik keputusan yang korang dapat. Jadikan itu sebagai pendorong untuk berjaya dan bukan sebagai penghalang untuk meningkatkan lagi usaha.Cikgu dulu pun dapat 3A ajer,,boleh jer berjaya..dah jadi cikgu kome pun..last2 boleh pulak deme tersengih bila dengar aku cakap mcm tu,,aisehh!!Apapun ,, cikgu doakan kome berjaya dunia dan akhirat..
  So ,, ari ni hari terakhir sekolah..semua dah balik aku sorang jer yang masih tinggal untuk tulis blog aku ni.Nak meluahkan segala yang tersimpan. Banyak lagi yang nak ditulis..tapi nanti2 lah..sebab petang ni pukul dua  aku terlibat dengan acara pemberian duit 100 hengget kat ibu bapa di Changkat Lada. Jadi rasanya tak sempat untuk menaip panjang lebar lagi.Next time aku sambung lagi..tak petang nih,,esok lusa la yer,,hehehe!!Lots of love my dear bloggyyy,,,muaaahhhh!!! :) ^_^


 

Thursday 10 November 2011

Story Of The Day ( 11 )

  Semalam aku dikejutkan sekali lagi.Post kat fb "dia" yang aku baca membuatkan aku seakan - akan berada di awangan.Terang ,jelas dan nyata nama aku yang tertera kat situ.SEBIJI!!!memang nama aku..ooohhh,,rama - rama dah mula berterbangan dalam perut , hati , limpa dan segala organ - organ penting aku,,kekeke!!.
  Yang paling tak tahan ,, baik kawan dia dan juga kawan aku sokong bagai nak rak kat dalam fb tu..berkali - kali aku baca ( sebab tak percaya la kann,,)adoiii!!memang sah aku ni dah kena panah arjuna.Panah yang aku tak nak elak dan merelakan untuk dipanah...hehehe!!.
  Masa dok tengah baca fb tu kan,,adalah seorang kawan aku yang kenal chat dengan aku..dia ni isteri kepada bekas cikgu sekolah aku,,aku panggil dia Aini ( habih la ko aini,,glamer le pas ni,hehehe!! ).Ini antara dialog yang membuatkan aku gelak tak hengat malam tadi,,sebab dia komen pasal status tu,,korang baca la ekk,,

aini: baru baca tadi ,cam rindu je kat akak,, hehehe,, 
        positif tu ,dia selalu kontek akak ke?
aku :tak juga selalu dlm fb jer..
aini :dia tu cam pelik la,dia tak terus terang ngan akak 
         ker?
aku : tak lagi,,kita tengok la dia simpan lama mana,, 
         hehehe!!
aini : mmg ego dia tgi laa ,akak la btrus trg try ngayat dia.
aku : ntah laa,,sama ada ego tinggi ataupun dia   
         sememangnya pemalu,,malu ker,,kekeke!!
aini : kalu dia pmalu akak kena jadi tak pmalu hehehe
aku ; masalahnyaaaa,,boleh ker,,hahaha!!
aini ; ala kak...bole jer
aku : ni kira dah tak malu la nihh,,siap tulis dlm blog lagi,,
aini : nanti takder guna akak buang masa utk fkir respon 
         dia try provoke dia n tny dia perasaan dia kat akak 
         tak pon bia dia imagine kalu akak jd psgn dia cmner 
         ckp lepas jer senang
aku : huhuhu,,sadis sungguh cara ko ni aini,,ko buat  
         camtu ker kat mail,,adeii!!heheheh,,
aini : bape lama kak mas xonline smpai dia bg komen 
         cmtu???
aku : baru sehari semalam,,kekeke!!
aini : sehari semalam dah jadi camtu ,, ayyyyo!!!
aku : hehehe,,tu la kak mas terkejut gak,,
aini : kira tahap parah tu
aku : tak tau laa,,nak gelak pun ada,,

   
    hmm ,, korang yang baca komen ni,, aku nak tanya apa pendapat korang.Adakah aku menyerupai perigi yang mencari timba??Tapi yang ini bukan perbualan asal yer,,yang mana aku rasa tak sangkut paut aku tak boh la kat sini..
    
    bila aku pikir - pikir balik apa yang aini kata tu,,ada juga betulnya.kalau dia tak suka takkan dia tulis camtu.. Adeii,,penat aku nak pikir,, pi mai pi mai tang tu jugak,, huhuhu,,memang menguji kesabaran betul la . Apapun aini ,, thanks a lot for the words you gave ,, at least i have someone to share other than my closest friends nurul and maj..next time aku story lagi ekk,, its time to go home,,ngantuk tahap gaban sebab keletihan ,,seharian aku asyik dok menjerit ngan budak tahun 6 masa buat latihan.Aku ni dah macam menggantikan tarzan la pulak hari ni,,huhuhu!! Lots of love from me bloggy,,muaaahh!!

Monday 7 November 2011

Lafaz Yang Tersimpan,,,

 Malam ni tetiba sahaja hati aku tersentuh dengan kata - kata yang aku baca dalam fesbuk tadi ,,so aku copy pastekan kat sini ,,sebagai refleksi diriku,,Inilah antara lafaz yang tersimpan jauh di sudut hatiku dan mungkin juga wanita - wanita lain,,lafaz yang menanti waktu untuk dilafazkan kepada yang berhak,,:)


           ANDAI LELAKI TAHU......perempuan memang begini,,::))

    Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

    Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

    Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

    Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

     Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

p/s: to those lucky mans, pls be dearly to ur sweetheart n make sure she is the only one. never allow ur ego n anger let them go away from u because it will be wasted. show ur love and appreciate them as they will do the same to u. to him, yes u, this letter was perfect on telling how i felt, where ever u are, whenever u will come to me, if i say i love you to u, then, u have rights to owned this letter.

Story Of The Day ( 10 )

  Waktu aku menulis post ni,aku baru jer lepas habis buat kerja - kerja rumah. Hari ni mak ngan abah bercuti dari berniaga pasal keletihan. Semalam kat pukul 12 mlm baru sampai rumah.Semalam kami balik ke kampung abah di Sungai Siput.Konon - kononnya nak jumpa opah la kat sana. Tapi sebaliknya yang terjadi. 
  Alkisahnya,,kami semua dah siap nih nak keluar dari rumah dah,,tetiba Anas bagi tau semua orang yang Zafran buang air besar, so kami pun sibuk la nak tukarkan pampers segala bagai,Kak Ngah mcm biasa la , membebel kat Zafran. Katanya "apa la zafran nih,,org dah nak naik kereta dahh,dia membuang pulak!", tapi Zafran buat muka tak bersalah dia tu ajer,,kami yang lain dok pakat gelak aje la. Tengah kami dok kecoh pasal Zafran tu,, dari dalam bilik aku , dok terdengar bunyi orang datang kerumah kami, pastu aku siap dengar abah gelak bukan main kuat lagi kat luar tu,, ingatkan kot - kot la sedara mara dari Parit ke yang datang , rupa - rupanya Opah aku sendiri yang datang ngan Alang dan dua orang adik sepupu aku , si Husaini ngan Hafiz. 
  Hukk alaa,,apa kes?? Opah aku pulak yang sampai ke sini. Patutlah abah gelak beria. Kata opah, dah abah cakap mak tak sehat, tak tau lagi balik ke tidak ke kampung, sebab itulah opah datang ke Ipoh dengan Alang. Tapi memang pun sebelum tu, dari pagi sampai tengahari mak aku sakit - sakit badan sampai tak larat bangun.Tapi dah ok dah petang tu. Sebab tu kami pakat nak balik ramai - ramai ke kampung. 
  Opah kata abah cakap nak balik sorang,,aku cakap kat opah, "abah nak balik tanpa mak?? huhh,,kirim salam la opah,, abah mana nak kalau gi mana - mana mak tu takder sekali!!". Alang pun setuju,,siap cakap lagi "depa ni macam belangkas, pi mana pun nak sekali", mak ngan abah yang dengor just senyum - senyum malu.Alahai mak ngan abah ni,,malu - malu rimau pulak ( pinjam jap kak Herna Diana punya dialog dalam novel cinta 3 suku,:) ),,betul apa cakap alang tu,,kekeke!!!
  Lastnya, pukul 6.45 petang kami bertolak dari rumah pergi ke rumah makcik Aa ngan Pakcik Sol. Kami sampai jer,,deme dok tanya dari lasah ker? Aku yang dengar tersengih - sengih la ngan Alang,, tak tau nak cerita mcm mana.Opah la yang cerita kat deme.Kami dah tak boleh cakap pasal tengah  gelak beria macam org tak betul,,hehehe!!
  Makan,sembang,gelak ketawa dan macam - macam lagi sampai la kat pukul 11 malam barulah kami balik, Alang pun sama la nak balik sekali tapi ke Parit Buntar.Kiranya malam tadi abih la riuh rendah rumah makcik Aa ngan Pakcik Sol. 
  Yang buat riuh tu mulut aku la bersembang ngan deme,, almaklumlah bak kata kakngah ,, kakyong ni kalau bersembang macam berbatu jauhnya ( itu ayat ala - ala nak ngutuk suara aku kuat la tu! ). Abih nak buat camner,volume dah tak boleh nak pelan lagi dah dik oii!.Nak - nak pulak kalau cikgu sama cikgu yang bersembang,, huhh, pakat tak renti la bercakap,,lepas satu topik gi satu topik...ngeee!!!
  Tapi selepas apa yang jadi semalam, hari ni baru aku sedar, betapa kuatnya kasih sayang mak ngan abah (well biarpun mak kuat berleter kannn,,) walaupun dah kawin selama 31 tahun. Mata aku yang menyaksikan, telinga aku yang mendengar sejak dari kecik sampailah ke sebesar ini,,bukan sikit - sikit dugaan yang mak ngan abah tempuhi.Tapi dek sebab kesabaran mak dan keteguhan abah,,kami sampai ke tahap ni,,lots of love for you abah n makk,,muahhhh!!!!
  Cukupla untuk hari ni,,nak sambung gi masak pulak untuk makan tengahari,,kalau lambat buat karang ada yang kena sound tepet lak karang,,hehehe!! So,,assalamualaikumm!!! lots of love for my dear bloggy!!muaaaaahhhh!!! ^_^
 
   

Sunday 6 November 2011

Story Of The Day ( 9 )

  Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua,,:)

  Raya haji tahun ni,,adalah raya yang kurang best sebab semua mak sedara dan bapa sedara aku tak balik..adik - adik aku sendiri pun tak balik yang dua orang tu..Yang mak - mak sedara aku ramai pulak yang masuk hospital,, adoaii!! .Tahun ni pecah rekod dalam satu masa mak sedara,,pak sedara aku yang masuk hospital. Bermula dengan pakndak yang eksiden patah tangan,,kemudian angah yang muntah darah dan makjang yang aku tak tahu sebab apa masuk sepital tu,,
  Hari ni aku dengan mak bertungkus lumus kat dapur,,memasak ler apa lagi,,aktiviti yang aku paling gemar dalam hidup,,aku cukup puas hati kalau dapat memasak. Tak bermakna yang aku ni pandai masak tapi kalau setakat masak untuk makan tu boleh la lagi ,, hehehe!!
  Menu yang kami buat hari ni ,,rendang ayam,,nasi impit,,kuah kacang,,agar - agar laici,,dan acar daging yang menjadi kegemaran kami sekeluarga bila tiba hari raya. Bila melihatkan menu tu,,aku teringat pada adik aku yang nombor empat ,, Ika,,dia ni tengah belajar kat KPM Beranang,,dia tak dapat balik sebab cutinya hanya sehari dan pada hari selasa nnt ada final exam. Kesian adik aku tu,,dah la jauh dari family,,dok sorang pulak kat sana time - time raya nih,,mau tak sedih??
  Aku teringatkan perbualan aku dengan dia kat pesbook tadi,,aku faham apa rasanya bila jauh dari family disebabkan tengah belajar,,rindukan masakan mak terutama sekali,,sempat juga aku mengusik dia,,aku katakan mak yang masak semua menu tu,,memang sedap giler,,katanya anta sikit kat dia,,kemudian aku balas,,boleh ajer,,nnt kakyong post gambar makanan tu tau,,hahaha,,jahatkan aku ni,,org tengah bersedih aku boleh pulak main-main. Alaaa,,saja mengusik nak menceriakan keadaan dan saja nak kasi jeles!!hehehe!!!
  Raya haji kali ni,,kami sambut cara bersederhana saja,,yalah tengah bulan tu wehh,,mana ada fulus nak raya beria - ria..lagipun gaji kan lambat lagi,,sendri mau ingat laa,,
  Hmm,,apapun kat sini aku nak ucapkan selamat hari raya untuk semua,,moga- moga dengan kehadiran raya haji ini dapat membersihkan hati kita dalam melakukan sebarang pengorbanan. Lots of love,,,muahhhh!!!
 

Thursday 3 November 2011

Story Of The Day ( 8 )

  Ya Allah tabahkanlah hatiku dalam menghadapi dugaan daripadaMu,,sesungguhnya hanya engkau yang maha mengetahui.
  Sungguh aku rasa macam nak menangis hari ni..Tak tahu macam mana aku nak ungkapkan rasa rawan di hati,, Dalam aku menyibukkan diri,ingatan itu masih tetap tidak luput dari paksi pemikiranku,,tetap berlegar di paksi yang sama.Merajukkah,,atau ingin menjauhkan diri..entah aku pun tak tau.Malam tadi sampai pukul 3 aku tak tido,hanya kerana benak aku tertumpu pada keresahan yang melanda.
  Adakah kerana aku meluahkan segala rasa yang tersurat didada bloggy membuatkannya meminggir diri dari aku?Entahlah,,aku takde jawapannya.Sungguh aku lelah dalam mencari jawapan untuk setiap persoalan yang melingkari hidup aku..Buat seketika aku ingin rehat,,jauh dari segala,,segala yang menyesakkan pemikiran.
  Hari ini di sekolah aku mula melatih budak-budak tahun 6 dan pra sekolah untuk persembahan mereka masa hari anugerah nanti,,ini satu lagi yang nak buat aku menangis . Menangis kerana terpaksa jadi mak tiri hari ini..
  Aku benar - benar tak faham dengan tahun 6 nihh..semalam masa berlatih ok jer,,hari buat perangai pulak.Langsung takde kerjasama.Dah kena marah pun buat muka nohen jer.Apah tak hal ngan deme nihh,,haaa,,kan dah kuar loghat perak dah tu,,adoaii!!
  Nasib baik budak pra ok,,cuma nak kena polish,,itu pun mujurlah ada cikgu yang sudi beri bantuan untuk latih budak - budak tu.Apa pun aku masih lagi enjoy untuk melatih budak - budak nih sebab ini adalah benda yang aku suka buat,,cuma tahun nih aku tak mampu untuk melatih budak jadi mc.Biarlah cikgu lain yang ambik alih pula. 
  Esok aku kena balik Ipoh.Dan macam biasa ambik Haziq dulu,,baru balik ipoh..cuma tak pasti nak ikut simpang pulai atau lahat.Kalau ikutkan hati yang tengah nak bertenang nih,,baik ikut simpang pulai.Tapi aku tak berapa nak familiar dengan area tu..baru berapa kali jer lalu,itupun nurul sebagai tukang guide jalan ,, hehehe !! . Ahhh,,gasaklah ikut mana pun , janji sampai kat rumah.
  Hanya di sini sahaja yang aku mampu lakarkan lukisan hati.Kalau nak tulis kat fb,,panjang sangat ,tak muat plus  nnt orang meluat pulak . Kalau kat blog ni belum tentu ada orang baca kannn??. Aku anggap inilah diari hidup aku,,diari virtual aku . So,, apa yang aku rasa nak luahkan ,, akan kuluahkan disini. Yang penting aku masih ingat untuk mengekalkan batas - batas yang perlu aku patuhi . Selagi tak menyinggung sesiapa , aku akan terus mencoretkan kisah aku ,, the journey of my life,,my love,,my all,,my everything!!
               Lots of love bloggy,,,muahhh!! :)
  

Tuesday 1 November 2011

Story Of The Day ( 7 )

  Hari ni ada Program Ikatan Silaturrahim (ini PK2 aku yang bagi nama ni) antara Sk Seri Cempaka dan Sk Tok Pelita.Budak - budak Sk Seri Cempaka dan cikgu - cikgu pengiringnya datang ke sekolah aku dengan berbasikal straight dari Changkat Lada ke Pasir Salak.Awal - awal pagi lagi budak - budak aku dah siap beratur dari depan pagar sekolah sampai ke astaka tempat perhimpunan untuk sambut depa nihh.. Sekali tengok dah macam nak sambut YB datang la pulak...hehehe!!
  Elok sahaja depa sampai ,,kami terus ke padang sekolah untuk memulakan perlawanan persahabatan antara sekolah kami. Hmm,,game peveret kami la,,bola sepak dan bola jaring.Sebelum lawan aku dah siap cakap kat budak - budak tahun 6 ,,aku kata " kita ni tuan rumah ,,malu laa kalau kalah kat depa,,so pandai - pandai la yer cari peluang untuk menang..".Yang budak - budak perempuan tahun 6 tu dok tersengih - sengih kat aku siap cakap "dont worry cekgu,,chayok,,chayokkk!!". Kekeke,,sengal betul bebudak nih..
  Tapi aku tak sangka la pulak bebudak aku ni terover terrer la pulak main.Abih dibenamnya bebudak seri cempaka tu sampai 5-0,,huhhh!!memang tak kasi can langsung kat depa.Yang aku pelik tu,,masa lawan betul-betul pertandingan bola jaring awal tahun hari tu takde la pulak main elok - elok siap kalah segala bagai..tiba yang hari ni punya perlawanan persahabatan , terrernya sampai 5-0 depa dok bantai.Aku ngan Aya ( coach bola jaring sekolah aku) rasa nak nangis + geram + rasa nak bebel je nengok deme,,hmmm,,sabar je laaa!!
  Yang bebudak lelaki pun sama jugak.Hmm,,kami pakat tak terkata apa,,rasa nak tergelak pun ada . Abih jer friendly match depa pun balik ,,tapi kalau tak silap sebelum balik depa singgah dulu kat muzium rasanya.Memang seronok gak sekali sekala ada budak lain datang sekolah ni..Program ni memang ada setiap tahun . Tapi khas untuk budak - budak tahun 6 sahaja lepas abih UPSR.Kalau tahun sebelum ni Kak Azizah yang incharge untuk seri cempaka,,tahun ni orang lain pulak..sebab kak Zah dah pindah sekolah..Rasa rindu la pulak kat kakak aku yang sorang tu..
  Anyway,,apa pun semoga silaturahim antara dua buah sekolah ini sentiasa berkekalan baik antara satu sama lain.Ok lahh,,nak balik dah,,dah pukul 2 petang plus dah tinggal aku sorang jer kat bilik guru ni..baik aku balik ..seram la pulak tinggal sengsorang nih..esok-esok kita jumpa lagi yer bloggy ku sayang,,,lots of love,,,muahhhhh!!!! ^_^,,:)  
   

Monday 31 October 2011

Story Of The Day ( 6 )

  Hari jumaat yang lepas aku balik ke Ipoh.Rasanya dah hampir sebulan aku tak balik Ipoh sebab terlibat dengan macam- macam program kat sekolah. Lepas ambik Haziq di KPM,terus balik straight ke Ipoh dalam keadaan hujan lebat,, petir,guruh semua ada. Dah la kenderaan banyak,,hujan pulak,,huhhh,,memang dugaan betul.Terpaksa la bawa setakat 40 km/j sahaja.Apa pun sampai juga kami kat rumah.Mak tak tau, kalau mak tau aku balik dalam keadaan yang macam tu,,kompom lepas ni mak tak bagi balik petang lagi.Mau naik bp mak aku tu sebab risau. 
  Macam - macam benda jadi dlm minggu lepas. Ada yang buat aku ketawa,ada yang buat aku menangis dan ada yang buat rasa nak menjerit.Hmm,,pagi sabtu yang aman damai tu agak tensen gak la bagi aku,,sebab elok jer lepas abah balik dari berniaga,,kami duduk bersantai adik beradik dengan mak ngan abah,,maka secara tidak langsung terbukalah topik kegemaran mak ngan abah aku,,apa lagi pasal kawin ler!!
  Aduhai bondaa,,bukannya anakmu ini tak nak kawin,, masalah yang terbentang di depan mataku yang membuatkan aku sukar untuk menoktahkan status bujang aku.Mak siap cakap lagi ,,buat duit banyak kalau dok sorang - sorang takde teman untuk berkongsi tak guna juga .Masalahnya , banyak sangat ke duit aku??hehehe!!.Mak siap cakap lagi,daripada habis duit beli novel tu kan elok kalau digunakan untuk pergi keluar dengan pakwe ker??Hahaha,,aku rasa nak guling- guling atas karpet bila mak cakap macam tu,,sejak bila pulak mak aku jadi open minded camtu..Sorang adik aku kata ,,sejak mak kempunan nak menantu sulung ,, huhh!! sengal betul jawapan adik aku.
  Abah pula lebih banyak ketawa dan bersetuju jer ngan mak,,apa la abah nihh,,tak boleh backing aku sikit pun,cehh!! Last - last aku cakap kat mak,,mak carikan la,,kakyong memang tak pandai cari.Setiap kali jumpa sesiapa,,yang ada cuma lah dianggap sebagai kawan ,, takde feel langsung.Cuma baru tahun ni,, bila berjauhan dari "seseorang" yang pernah ku anggap kawan,, rasa macam kehilangan yang teramat sangat,yang membuatkan hati aku berdenyut laju.Hmm,,rasa macam segenap ruang hati aku dah dipenuhi dengan nama "dia". Tapi entahlah ,, kami ibarat main tarik tali.Kalau aku cakap pasal "dia" kat mak,,hishh tak dapat aku nak bayangkan macam mana reaksi mak.So lebih baik diam dulu.Kalau ada jodoh tak kemana.
  Aku sms dengan Nurul.Nurul tanya "ko sayang kat dia tak?" , aku jawab "rasa sayang tu dah ada nurul,dah berputik pun,,cuma nak tunggu berbunga jer,,kalau baja pun tak cukup,,mungkin takkan berbunga..silap haribulan habis semua gugur"..boleh pulak kawan aku sorang ni balas "aishh..puitisnya bahasa..macam baca novel pulak!". hahaha!!rasa nak pecah perut aku gelak bila baca ayat dia.Spontan aku teringat masa aku cakap kat Nurul aku tengah baca novel "Sayang seorang Qaiser",,aku cakap kat nurul ,,bila la aku nak jumpa lelaki lindungan kaabah mcm dlm cerita novel nihh,,memang romantik giler si Qaiser dalam cerita tu..si Nurul ni boleh pulak kata "itu aku tak tau,,yang aku tau kawan aku sorang ni ciri - ciri gadis lindungan novel memang dah ada,,".Bertuah betul kawan aku sorang tu.Aku digelarnya 'gadis lindungan novel' ,, hihihi!!
  Apa pun yang aku pasti mungkin ada hikmahnya aku belum bertemu jodoh dan tak dapat sambung belajar lagi.Mungkin Allah suruh aku selesaikan apa yang belum selesai..entahlah,,aku penat nak menghuraikan yang tersirat sebab yang tersurat pun tak habis terungkai lagi.So,,itu jer la untuk hari ni,,,next time aku tulis lagi yer,,,lots of love from me,,muahhhh!!!
 

 

Friday 28 October 2011

Story Of The Day ( 5 ),,

  Minggu ni,,adalah minggu yang paling sibuk sekali.Semua guru - guru termasuklah dengan aku sekali sibuk dengan dinner,,program minggu pusat sumber,,dan juga sebagai persediaan untuk program hari kokurikulum yang akan diadakan isnin ni.
  Dah nak dekat musim cuti sekolah,, lagi banyak program yang diatur untuk menghabiskan masa bebudak tu.Tambahan pula,kata guru besar minggu ini adalah minggu dimana pemantauan oleh JPN/PPD akan dibuat di semua sekolah. Semua orang dalam keadaan berwaspada. Macam mana pun kami tetap maintain berada di padang untuk melatih budak sebagai persediaan untuk hari isnin nihh.
  Dalam keadaan yang sibuk tak hengat tu pun aku sempat lagi bukak FB,,dan tak disangka- sangka,,aku pun menerima kejutan yang boleh dikatakan membuatkan jantung aku bekerja overtime,,lari dari skala denyutan biasa,,
  Bila membaca status "dia",,tak tau nak cakap macam mana,,betul - betul aku tak boleh nak huraikan perasaan yang aku alami,,semua bercampur baur,,berselirat yang tak boleh dirungkaikan.
  Aku yang perasan atau memang "dia" menujukan kata - kata itu kepada aku,,entah aku sendiri tak tau.Susah betul bila bermain dengan perasaan ni..Perasaan yang hadir dan makin kuat hanya apabila "dia" jauh dari mata.Selama ni memang "rasa" itu sudah ada,,cuma pencetusnya agak terlewat.Entahlah ,,,aku sendiri konpius dengan semua benda yang berlaku sekarang nih..
  Dah lewat dah,,nak balik ke rumah,,so bila2 aku sempat nanti aku update lagi yer,,muahhhh!!lots of love from me dear bloggy,, :)  

Thursday 20 October 2011

Story of the Day (4)

  Lama sungguh rasanya tak update blog teman nih. Teman ni tengah kemaruk nak gugel2 segala jenis layout la,,widget la dan ntah apa2 lagi kat dalam tenet nih.Tapi seriously memang excited sangat nak mencari2 benda - benda yang boleh mencantikkan bloggy teman nih.
  Almaklumlahkan,,,dah umur 30 tahun ,,tapi baru dapat buat blog,,haaa,,inilah jadinya,,macam orang tak pernah jumpa,,sana nak test,,sini nak test,,pendek kata semua nak buat lahh,,hahahah!!!!
   Buat pulak tu kat sekolah,,haaa,,jangan salah faham yer,,time takde kelas jer tau teman buat.Abih,,dah kat sekolah jer yang ada tenet laju,,baru la syok nak buat,,kalau pakai broadband tu memang hampeh,,apapun takleh buat,,tu bukan lagi broadband tapi dah tahap berukband jer lagi,,huhuhu!!
  Apapun yang penting teman enjoy dalam setiap apa yang teman buat.Selagi tak menyalahi hukum hakam agama dan larangan ibu bapa ( sebab tak kawin lagi,,kalau dah kawin larangan suami la pulak,,hehehe!!) selagi itulah teman akan lakukan dengan berpada - pada,,,:)

Monday 17 October 2011

Story Of The Day (3),,,

  Hari ini  aku datang ke sekolah seperti biasa ,,bertolak dari rumah nurul di Bota.Seperti minggu - minggu sebelumnya,ramai cikgu yang takde di sekolah kerana berkursus.Tidak ada apa yang menarik hari ini kecuali kejadian ular lidi masuk ke kelasku.
  Rasa nak terkeluar jantung aku bila budak - budak bagitau aku yang ada ular masuk ke kelas aku.Cepat - cepat aku panggil Mat Nuri untuk bunuh ular tu,,nasib baik jumpa.Kalau tak jumpa tadi ,, tak taula apa akan jadi hari ni.
  Waktu rehat disekolah adalah waktu yang paling menyakitkan hati. Sebab kat kantin takde makanan untuk guru.Aku pun tak faham ngan kak imah kantin tu,,buat benda makan macam nak tak nak jer,,apa pun takde dalam almari lauk tu.Yang ada cuma nasi. Lapar punya pasal makan jer la nasi+kicap+telur goreng,,jadi laaa..
  Hari ni malas nak taip banyak - banyak,,dah tak larat nak balik sangat.Jadi,,,,esok - esok la aku tulis lagi ekk,,lots of love bloggy,,muahhh!!!!:)  
  

Saturday 15 October 2011

Story Of The Day ( 2 ),,

  It's been a long day today,,hanya pada waktu ini sahaja yang aku dapat gunakan untuk update blog aku..Apa yang berlaku hari nih,,mengurangkan rasa sakit kepala yang mencengkam. Menyibukkan diri untuk menolong cikgu sekolah aku handle aktiviti masak - memasak dengan murid tahun 6 membuatkan aku leka dari mengingati sakit kepala yang aku alami.
  Seronok pula bila aku kenangkan betapa huru haranya bilik kemahiran hidup bila budak - budak tu over excited nak buat murtabak maggi.Masing - masing nak tunjuk handal memasak,,nak ketawa pun ada,,some of the student dok cincang daging nak bagi hancur sampai berkerut - kerut muka.Yang paling tak tahan bila depa dok ketuk daging tu ngan senduk kayu,,konon nak bagi daging tu jangan liat,,hahaha!!!
  Last - last aku ngan kak fizah jugak yang tolong depa goreng murtabak tu sampai habis.Mana taknya,,baru terpercik minyak sikit jeritnya  satu kampung boleh dengar,,hehehe!!.Tapi satu jer yang aku puji budak tahun 6 tahun nihh,,,depa cuci balik bilik kemahiran hidup tu sampai bersih dan basuh semua peralatan tanpa perlu aku terjerit pekik suruh buat ,,tak macam tahun lepas.
  Bila balik rumah,,aku rasa macam over exhausted dan tertidur. Nasib baik tak terlepas waktu zohor. Petang nak pergi ke bota ,, nak ke rumah nurul. Dah janji dengan dia nak lepak sama - sama weekand nih. Aku tak balik Ipoh minggu nih sebab fulus tengah kering. Lagipun family aku semua pergi KL nak tengok bapa saudara aku yang eksiden.
  So,,here i am,,kat bota,,nurul dah tido,,aku pulak??hmm,,mata belum ngantuk lagi,,jadi update blog dan jenguk fb. Masa tengah jenguk fb tu,,ada laa kawan lama aku chating ngan aku,,lama gak kami tak chating since dia pindah negeri asal dia,,dah jarang kami berhubung.Kesian pulak aku dengar ceritanya,,ibunya sakit,,moga - moga cepat sembuh,,InsyaAllah!!
  Ini jer lah yang dapat aku coretkan hari nihh,,inilah hidup aku ,,rutin harian yang tak banyak perubahannya . Kalau ada yang berubah pun bukanlah perubahan yang drastik . Oklah bloggy,,aku pun dah terkuap - kuap nihh,, nak masuk tido dulu ekk,,selamat malam !!muahhhh!!:))

Thursday 13 October 2011

Story Of The Day,,

  Hari ini adalah seperti hari yang sebelumnya,,mengadap anak - anak disekolah.Dalam masa yang sama,,kepala aku terasa macam berpusing - pusing,,bau rokok dari kawan sekerja yang tak pernah faham bahasa,, dah banyak kali cakap jangan merokok dalam bilik guru tetap tak diendahkan membuatkan tekak aku semakin loya dan kepala aku makin sakit.
   Aduhaii,,kenapa laa susah sangat nak faham??Pelik aku,,nak kata tak sekolah dah jadi cikgu . Hmmm,, lantaklah kome,,malas dah teman nak bercakap buat buang air liur teman jer. Sudahnya teman balik sakit hati.
   Memang hari ni , aku tak bersemangat langsung dok kat sekolah,,dalam kepala otak aku ni rasa macam banyak beno wayar yang berselirat,berbelit - belit macam tak boleh dirungkaikan semula.Tapi yang menjadi masalahnya,,aku sendiri pun tak tau apa yang aku pikirkan.Hehehe,,macam orang tak betul pulak bila bercakap!.
   Hari ini juga , dalam bilik guru,ada macam - macam juadah yang disediakan oleh guru - guru lain.Ada pulut kuning,rendang ayam,nasi putih dan lauk - pauk yang menyelerakan. Tapi selera aku tetap mati , makan pun sekadar nak tutup rasa lapar supaya tak kena gastrik lagi.Mana nak makan sedapnya,,hidung dah ala- ala selsema,,asyik bersin tak berenti,,kepala berdenyut - denyut,,mata pun macam ada pasir kat dalamnya.
   Aaaargghhh!!!janganlah aku kena demam , dah lama tak demam nih,,sekali kena memang tak bangkit la jawabnya aku nihh...Rasa macam dah tak sabar nak cuti sekolah . Cepat laa habis tahun nihh.Nak mula cari kelas piano dan nak siapkan sampai habis novel yang aku dah mula tulis sejak pertengahan Ogos yang lalu.
  Apapun , yang penting aku happy,,nak pikir apa - apa pun bukan boleh selesai dalam sekelip mata,,,betul tak?? Sooo,,,hidup mesti enjoyyy!!!:) 

Tuesday 11 October 2011

Inilah orang yang ku gelar " sahabat " . Moga - moga hubungan kami sentiasa berkekalan dunia dan akhirat.

Monday 10 October 2011

My Real Life ( Part 2 ),,,

So,,kita sambung balik cerita yang tertunda yerr,,selepas habis SPM, aku meneruskan pengajian di Methodist High School ,Ipoh.Ambik STPM.Habis jer STPM,,dapat la pulak masuk OUM.Tapi PJJ punya course.4 tahun di OUM,sambil kerja sambil belajar. 
Semasa belajar tu,,aku usaha nihh,,cari kerja supaya tak payah lagi dah mintak duit belanja atau duit beli buku dari abah. Segan wooo nak minta duit lagi daripada mak dan abah.Sebab time tu umur dah masuk 20 tahun ,,so dah selayaknya aku cari duit aku sendiri. Lagipun adik - adik aku ramai lagi yang sekolah ada 8 orang  kat bawah aku yang perlu ditanggung oleh abah.Macam - macam kerja aku buat,,jadi promoter bahan pendidikan bahasa inggeris yang paling aku tak lupa. Ala yang macam orang promote barang kat shopping kompleks yang tarik - tarik orang suruh dengor tu.Yang tak tahannya,aku heret sekali adik aku yang nombor dua,,kak ngah dan seorang kawan aku yang sama kelas dengan aku kat OUM jadi promoter tu.Dari pukul 10 pagi sampai pukul 10 malam dok melangut kat Greentown Mall tu cari customer. Masa tu la aku tau rupanya dalam bidang marketing banyak yang kelentong daripada yang betulnya,kebetulan pulak masa tu aku sedang belajar subjek marketing kat OUM untuk semester keberapa aku pun tak ingat. 

Kemudian , aku berenti dari buat marketing tu. Kiranya dalam tahun 2004,,aku terlibat la pulak dalam bidang pendidikan . Masa tu aku still lagi sedang belajar kat OUM. Dan aku ingatkan diri sendiri,,tak dapat jadi cikgu sekolah,,cikgu tadika pun jadi laa. Tapi tak sangka pulak ,,agaknya memang aku dilahirkan untuk menjadi seorang pendidik kot,,kena dengan jiwa la pulak kerja nih,,seronok bila dikelilingi oleh anak -anak yang sangat comel - comel belaka. Tak tau la nak cakap gembiranya macam mana,,lupa la pulak nak cakap kat tadika tu yer,,kat Ipoh la,,nama tadika tu ,,TADIKA & TASKA AL - HUDA, Ipoh.Dekat situ kami diajar oleh owner tadika segala - galanya..Daripada meningkatkan kesabaran sampailah berkasih sayang sesama manusia. Bunyi macam entah apa - apa je kan??. Tapi itulah hakikat yang sebenarnya,,banyak benda yang membuka mata aku untuk melihat alam ciptaan tuhan ni seluas - luasnya dan membawa perspektif aku tentang kehidupan lain daripada apa yang aku tengok sebelum nih..

Kemudian,,kegembiraan itu berakhir bila aku ditawarkan menjadi guru sandaran tidak terlatih(GSTT) oleh JPN setelah lulus temuduga untuk GSTT tu,,aku dihantar ke SK TOK PELITA , Kampung Gajah dan melapor diri pada 3 Mei 2007.Masa nih aku dah tamat belajar dah, Mac 2006 aku dah konvo dah.Seronok, excited,nervous semuanya bercampur baur dalam kepala otak aku nihh,,ye la nak menempuh environment yang baru kan!!.

So ,dari situlah bermulanya hidup aku sebagai seorang pendidik dalam erti kata yang sebenarnya yang dilantik oleh kementerian. Hujung tahun 2007 ,,aku dihantar ke maktab INSTITIUT PERGURUAN DARULAMAN , KEDAH untuk ambil diploma perguruan bersama - sama dengan 74 orang lagi guru pemulihan yang sama seperti aku. Di sinilah aku berkenalan dengan rakan - rakan sealiran  dari pelbagai daerah. Tapi rakan yang paling rapat dan akrab dengan aku sampai sekarang ada 2 orang. Aku sayang sangat dengan depa nih..Inilah sahabat aku dunia dan akhirat,,tak salah rasanya aku meletakkan mereka sebagai sahabat aku kerana mereka lebih mengenali aku lebih dari aku sendiri mengenali diri aku.  Untuk sahabat aku NURULHIDAYAH BT.A.RAHMAN dan NOR MAJDIAH BT.KASSIM,,terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku.Kawan - kawan yang lain ,,jangan terasa yer,,kalian juga tetap aku kenang sampai bila - bila,,takkan terputus silaturrahim kita,,selagi kita menjaganya,,:))


to be continued...