Sunday 23 November 2014

Melepaskanmu...

Hari ini baru mas sedar...yang mas sebenarnya tak pernah melepaskan sesuatu yang satu ketika dulu pernah membuatkan hati riang dan gembira tak terkata...dan sesuatu itu jugalah yang pernah membuatkan mas menangis dan menghilangkan diri seketika dari dunia digital..mungkin ada hikmahnya setiap apa yang berlaku...wallahualam...hanya Dia yang tahu segalanya..

Sedih itu memanglah wujud...tipulah kalau mas kata tak sedih kan...but lives goes on...like it or not..things do happened...but when seeing the short video...i do realized...that i need to move on. Dia dah terlalu jauh dari gapaian mas. Semoga dia berbahagia dengan pilihan hatinya. Dan mas akan memegang kukuh pepatah yang sering disebut orang...kalau sayang seseorang biarkan dia bahagia dengan pilihannya..walaupun pilihannya itu bukan kita. Kerana sayang aku lepaskan kau pergi. Berbahagialah...hingga akhir hayatmu..

Bismillahirahmanirrahim...sesungguhnya aku melepaskanmu pergi jauh dari hidupku...mohon ampun dan maaf andai ada khilaf antara kita. Salam sayang buatmu..salam terakhir dariku....

Saturday 14 June 2014

Review Kahwin Dengan Saya by Aleya Aneesa

Novel Kahwin Dengan Saya by kak Aleeya Aneesa mengisahkan tentang haq dan qara yang pada pendapat mas sangat berbeza seperti langit dan bumi. Pada mas Qara berpewatakan lembut dan mudah tersentuh hatinya sangat2 memberikan impak yang besar pada penceritaan novel ini. Qara mempunyai hati yang sangat mendambakan kasih sayang sebuah keluarga yang tak pernah dikecapi...bertemu dengan anak kecil kepunyaan Haq membuatkan dia mula menyulam impian indah untuk hidup berkeluarga. Watak Qara adalah watak yang sangat polos dan sentiasa buatkan mas menangis bila membaca novel ini. Saat paling sedih bila kawan sendiri tikam belakang. Sedangkan itulah sahabat yang paling rapat dengan Qara ,sahabat yang disayangi tanpa sebarang syarat. Tersayat rasa hati bila Qara mengintai di balik dinding dapur mendengar dan melihat kemesraan antara ibu mertuanya dengan diya (yang kononnya bff Qara tuu..). Kat situ kak Aleya berjaya menunjukkan betapa kuatnya keinginan Qara untuk disayangi sebegitu juga dan kak Aleya juga berjaya membuatkan mas menangis sekali lagi..dan scene yang paling sedih adalah bila Qara dihalau dan menumpang kat rumah maksu Haq. Dalam bab2 terakhir tu..mas tak tau berapa banyak tisu yang habis sebab menangis masa membaca..sedar2 dah terlonggok je tisu kat depan muka kome oii... Watak Haq pula...malas nak cakap banyak...tipikal lelaki..suka menjunjung keegoan..kalau Haq tu wujud depan mata mas kompom mas sembur baik punyer takpun mas ketuk2 je sampai masuk separuh badan dalam tanah..biasanya tu buat anak dara orang menangis...wahhh gitu punya marah ai ni uollllss!! To kak Aleya Aneesa...tq so much sebab hasilkan cerita yang indah...good job akak...keep up the good work... kalau kome nak tau...jujurnya mas kata.. novel ni memang menepati citarasa dan mencapai piawaian seorang normasliza elyani (coz i'm a fussy reader)...Kalau nak tau lagi sila la beli sendiri ekk..kalau tak dapat cari..sila la berhubung dengan kak MyBizz Santaishop secara online di fb(reason kenapa mas bg nama seller ni coz i'm very satisfied with her commitment and service..sbb mas dah beli banyak kali kat dia...dan tak pernah mengecewakan..in shaa Allah.. try la hokeh??)

Saturday 1 February 2014

Mulanya sebuah perjalanan...

Tahun baru 2014 menjengah jua...setelah empat minggu memulakan kembali rutin harian yang ditinggalkan hampir sebulan yang lalu...baru hari ini nak update blog mas...

Yup...rutin yang menimbulkan pelbagai rasa di tasik hati. Gembira...sedih...geram...penat...sayu..dan macam2 lagi. Membaur menjadi kenangan terindah dalam hidup. Jujurnya tahun 2013 meninggalkan jutaan kenangan buat mas. Bertemu rakan baru...menjalinkan semula ukhwah persahabatan...tak ketinggalan juga talian persahabatan yang terputus di tengah jalan turut mewarnai laman hati.

Memulakan semula sesi persekolahan baru membuatkan mas rasa excited sangat2 nak jumpa anak2 mas di SKTP. Sangat membanggakan apabila ada diantara anak2 mas yang sudah pandai membaca. Syukur alhamdulillah ternyata mereka masih tidak lupa untuk terus membaca di rumah sewaktu cuti. Sampai guru besar pun turut uji dia...nak tahu betul atau tidak apa yang mas laporkan kepadanya...dan ternyata guru besar berpuas hati dengan perkembangan itu..alhamdulillah... :)

Yerr...dalam suka tentu juga bersulam dengan duka...kehilangan kawan sebenarnya sangat menyedihkan..apatah lagi bila kita hilang kawan yang selalu berkongsi cerita. Sedih tu memang tak terkata tetapi apa yang menyedihkan lagi ikatan itu terputus kerana salah faham yang tak tau dari mana timbulnya..

Mas bukanlah orang berdendam...tak rasa marah pun..tetapi lebih pada rasa terkilan yang bertapa dalam diri...hanya kerana salah faham...tapi entah lah jika ianya boleh dikategorikan sebagai salah faham atau tidak..jujurnya mas sangat terasa hati bila dituduh sebagai seorang yang suka mencemarkan nama orang lain. Sedih tak terucap rasanya bila dicop sebegitu. Lebih menyedihkan lagi bila ianya berlaku pada hari raya pertama tahun lepas...yer..dah lama kan perkara tu berlaku..tapi setiap patah perkataan yang tertulis di dalam mesej tu masih terlayar di ruang pandangan biarpun mesej tu dah lama mas buang. Bagaikan duri yang tertanam dalam daging...sakitnya sukar untuk diubati. Rupa2nya sangat sakit bila kita terlalu menjaga hati dan perasaan orang lain sedangkan hati kita terbiar tanpa jagaan rapi daripada orang yang kita beria2 jagakan hatinya. Mas tak suka putuskan ikatan persahabatan yang telah terbina. Akhirnya keputusan telah diambil..biarlah mas mengalah walaupun hakikatnya bukan mas yang bersalah. Mungkin dengan menyepikan diri boleh mengubat rasa hati. Kadang kala berdiam diri itu lebih baik daripada bercakap. Mas teringin nak ajar hati mas supaya jadi lebih bernekad tapi kenapa tak mau yer..cepat jer nak menangis dan terasa hati. Entah2 sebab faktor usia tak? Haishh...macam gerun la pulak...rasa macam dah tua beno pulak..hmmm!

Ok laa..taknak sedih2 lagi...now nak happy2 jer...mungkin dengan menghepikan diri (err...ada ke ayat macam nih??) boleh buat mas lupa pada benda2 sedih kan? Anyway...baru2 nikan..sesuatu yang tidak terjangka jadi pulak..alah dlm minggu ni juga jadinya..mas di anugerahkan dengan anugerah khas guru linus (yeayyyyy!!!). Tak sangka..rezeki di awal tahun..terharu pun ada...tak sangka (berapa kali tak sangka laaa...)sungguh semua penat lelah tahun lepas dihargai..terima kasih la pada semua yang terlibat..tak pernah terdetik pun dalam hati nak terima apa2 anugerah. Niat dihati cuma nak kongsi jer ngan rakan2 seperjuangan..nak menjadi orang yang memberikan manfaat kepada orang lain... syukur alhamdulillah..nikmat dariNya. Terima kasih ya Allah...biarpun hambamu sentiasa alpa dalam mengingatiMu..tapi Engkau tidak pernah menjauhkan aku daripada gapaian rahmatMu ya Allah....mudah2an setiap apa jua yang aku lakukan mendapat keredhaan dariMu...aaminn!

Banyak lagi nak tulis tapi dah tak larat nak taip..nak sambung buat kerja lain pulak..ok laa..nnt kita jumpa lagi yer my dear bloggy...muahh...muahh!

Sunday 12 January 2014

Lafaz Yang Tersimpan Versi Sedih

   Arissa menarik nafas panjang. Malam ini terbongkarlah sudah segala rahsia yang dipegang selama ini.Terasa beban yang dipikulnya selama ini bagaikan hilang ditiup angin lalu. Demi seorang sahabat , segala janji yang dipegang perlu dimungkiri. Sudah tidak sanggup rasanya mahu melihat penderitaan yang ditanggung oleh Mya Zara. Tidak ada sedikit pun yang tertinggal , habis semua diceritakannya.

    Arissa memandang sayu kepada semua yang ada di ruang tamu itu. Baik Hidayah , Mahani mahupun uminya sudah teresak - esak menangis . Hariez Izhan terpaku di sofa. Hanya Tan Sri Rahman sahaja yang kelihatan tenang walaupun masih terkejut dengan cerita Arissa.

"Sebab itulah Rissa pernah cakap pada Angah, jangan cakap apa - apa atau tanya apa - apa pada Mya. Jangan dikorek atau digali rahsia yang tersimpan. Bahananya bukan pada kita tapi pada Mya ." Arissa mengambil tempat di sebelah Puan Sri Rahimah untuk melepaskan lelah selepas penat bercerita.

 " Lima tahun dia tutup pintu hatinya . Usahkan hendak masuk , hendak diketuk pun Mya tak benarkan . Tapi bila dia jumpa Angah , perasaan Mya mula goyah . Jangan tanya macam mana Rissa tahu. Mya tak pernah berahsia dengan Rissa, cuma Rissa sahaja yang banyak kali berahsia dengan dia tentang along , angah dan keluarga kita. Bila Mya mula bercerita tentang Angah , saat tu Rissa dah dapat rasakan bahawa dia sudah bersedia untuk move on with her life. Takde apa yang paling gembira bagi seorang sahabat bila melihat sahabatnya kembali gembira. Tapi dalam masa yang sama Rissa takut kalau - kalau Mya terluka lagi.Dan ternyata firasat Rissa menjadi kenyataan hari ni."  Sayu suara Arissa menikam pendengaran mereka semua.

   " Angah minta maaf Arissa ... Angah terlalu terpengaruh dengan cerita kak Julia. Yang sebenarnya Angah terlalu marah bila melihat Mya berbual mesra dengan lelaki tu. Terus Angah hilang kawalan bila teringat cerita - cerita yang disampaikan pada Angah hinggakan Angah mula menghina dan menuduh dia yang bukan - bukan malahan  membongkarkan segalanya dihadapan Mya. Kalaulah Angah tau... Ya Allah, kejamnya aku!". Hariez Izhan menekup mukanya menangis kehibaan.

   "Sudahlah semuanya.. pergilah tidur , dah lewat sangat dah ni ". Arah Tan Sri Rahman. Mereka akur dengan arahannya kerana masing - masing pun sudah mula mengantuk dan letih.

********************************************************************************
   Tepat 5:45 pagi, Mya terjaga dari tidurnya. Dipaksakan dirinya untuk bangun walaupun pada hakikatnya terasa seluruh tubuhnya sakit. Seperti seluruh sendi dan urat sarafnya direntap dengan kasar dan ditarik dengan setegang - tegangnya. Mya menggagahkan juga dirinya untuk kebilik air dan mengambil wuduk. Terpaksa jua Mya menahan diri pada dinding bilik supaya tidak jatuh. Melihatkan Arissa , Hidayah dan Mahani masih lena, Mya membiarkannya sahaja. Belum lagi masuk waktu subuh dan Mya sudah siap memakai telekung sambil menunggu masuk waktu subuh.

   Usai solat doa dipohon bersama dengan esakan kecil. Biarpun perlahan namun tetap jelas pada pendengaran sesiapa pun di pagi yang hening ini. " Ya Allah , ya tuhanku... Sesungguhnya kepadaMu  jua aku bermohon , lindungilah hambamu ini , ibu bapaku ,sahabat - sahabatku dan seluruh umat Islam di dunia ini daripada segala bahaya dan bencana dunia . Hanya Engkau yang maha mengetahui lagi maha mengasihi. Kupohon kepadaMu  ya Allah tuhan sekelian alam, kau berikanlah ketabahan kepada diriku dalam menghadapi ujian yang Engkau berikan kepadaku.Kuatkanlah diriku untuk terus melangkah menyusuri setiap jalan yang telah Engkau tetapkan untukku. Jika itu takdir yang Engkau tuliskan untukku, maka aku reda ya Allah. Berikanlah aku petunjuk menuju ke jalan yang Engkau redai ...aamiin..aamiin.. Ya Rabbal Alamin..."

   Hatinya tiba - tiba teringin untuk membaca surah Yassin tatkala dirinya terpandangkan senaskah surah Yassin di atas meja kecil disebelahnya. Rindu  kepada arwah Harith Iskandar mula menggamitnya dan cara yang paling afdal untuk menghilangkan rindu itu  adalah dengan menyedekahkan bacaan Yassin kepada arwah.. Mendayu - dayu suaranya mengalunkan bacaan yassin namun esakan kecil tetap mengiringi bacaan Mya...dan dia terus tenggelam dalam kekhusyukkannya.

   Arissa mendengar , merenung dan menahan tangisnya sendiri. Dia terjaga ketika Mya bangun untuk ke bilik air . Saat Mya mula mendirikan solat, dengan pantas dia mengejutkan Hidayah dan Mahani.Hilang sahaja mamai Hidayah dan Mahani, Arissa membuat isyarat supaya tidak bersuara.Arissa , Hiayah dan Mahani sudah berada dibelakang Mya usai dia menghabiskan bacaannya. Esakannya masih bersisa.

   Terkejut Mya bila dia dipeluk oleh ketiga- tiga sahabatnya yang setia menanti disisi. Kejutan yang diganti dengan rasa sayu membuahkan satu tangisan yang meruntun perasaan sesiapa yang mendengar.Teresak - esak Mya dalam pelukan sahabat - sahabatnya yang setia disisi. Semakin erat mereka memeluk Mya , menyalurkan sebanyak mungkin kekuatan kepada wanita itu dan pelukan erat itu turut menyatakan setiakawan mereka kepada Mya Zahra.

   " Kenapa susah sangat aku nak bahagia? Aku tak minta harta bergunung , aku cuma ingin sekelumit rasa bahagia . Tapi kenapa rasa bahagia itu tak nak dekat langsung pada aku? Tak berhakkah aku untuk rasa kebahagiaan itu? Tidak berhakkah untuk aku mencintai dan dicintai?". Rintih Mya. Hampir sahaja Arissa , Hidayah dan Mahani meraung mendengarkan rintihan Mya Zahra.Tetapi, mereka perlu kuat. Perlu kuat untuk memberikan sokongan kepada sahabat yang sedang perit menahan derita. Ternyata subuh yang hening tidak lagi mendamaikan hati kerana dicemari dengan esak tangis yang meruntun jiwa.

Sunday 5 January 2014

Review Novel Pemegang Watak Cinta Karya Nurrul Shuhada

Pemegang watak cinta...seindah tajuk..seindah ceriteranya juga. Memang best novel nih. Banyak bermain dengan perasaan hinggakan mas yang membaca pun seakan terlarut dalam emosi yang dipamerkan. Novel yang mengisahkan Wafa Amani dan Tengku Akiff Nawfal. Kisah yang bertaut bila Wafa menyangkakan dia melanggar Akiff ketika pulang dari kampung. Amnesia melanda diri Akiff dan memaksa Wafa mengakuinya sebagai sepupu. Bila kisah sebenar terbongkar...keluarga Akiff dicari semula...perpisahan antara dua jiwa membuaikan perasaan rindu dan saling terkenang2 biarpun selalunya pertelingkahan sering berlaku ketika tinggal di bawah satu bumbung. Perkahwinan terjadi atas tiket mahu melepaskan diri masing2 daripada dipaksa kahwin dengan orang yang tidak disukai. Campur tangan keluarga,perebutan harta benda dan kisah mencari cinta diadun dengan sebaik mungkin. Mungkin ada sedikit sebanyak lompong didalamnya,tapi masih belum cukup untuk menjejaskan kualiti karya adik Nurrul Shuada ini. Pada mas...adik Nurrul berpotensi untuk mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang penulisan...orang lain mungkin akan kata cliche asyik kisah kahwin paksa sesaja yang ditulis sekarang ini...tetapi pada mas lain orang lain cara penulisannya...lain juga cara garapannya...begitu juga dengan apa yang dipersembahkan oleh adik Nurrul. Cubalah baca dan nilai sendiri... Mas bagi 4★ pada novel nih. Lain orang lain pandangannya kan? Terpulang pada pendapat masing2. Anyway good job adik Nurrul...mudah2an akan terus berkarya walau apa jua halangannya.(^_^)

Yang disukai kadang tak mengerti
Yang dirindui kadang tak memahami
Yang dicintai kadang tak merasai
Dan yang tak disangka itulah yang terjadi.
         ◆PEMEGANG WATAK CINTA◆
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥