Wednesday 29 August 2012

Sayang Tak Terucap...

     Setelah bercuti selama seminggu , baru hari ini mas terbuka hati hendak menggerakkan jari jemari menaip post baru di blog kesayangan mas ini . Bukan tidak teringin untuk menulis,,cuma kekangan masa membuatkan mas menanti hadirnya masa yang sesuai. Hari Jumaat (19/8/2012) mas dah mula bercuti. Semua sekolah kat Malaysia ni memang dah mula bercuti pada hari tersebut sempena hari raya. Tapi orang yang bekerja pejabat ada yang belum cuti lagi termasuk la ika adik mas tu. Ika yang menjalani latihan industrinya di pejabat tanah Kg.Gajah akan menamatkan latihannya pada hari tersebut. Bayangkan betapa bosannya mas menunggu sampai petang sebelum balik ke Ipoh.Kiranya dalam masa beberapa jam tu sempat la jugak mas habis berkemas dalam rumah mas tu sambil berfb...hehe!! Fb tetap ada walaupun tengah mengemas,,wajib wooo!!hahaha!!


     Sebelum balik ke Ipoh kami singgah di pasar ramadhan untuk beli juadah berbuka puasa sebab mak dah pesan beli untuk adik mas si Zarul yang masih berada di rumah yang kena menunggu kami sampai Ipoh. Sebab mak dengan abah dah balik kampung terlebih dahulu. Almaklumlah mak excited nak jumpa adik- adik mak yang dah sampai kat kampung. Manakala kami akan bertolak ke Kuala Kangsar pada keesokan harinya sebaik sahaja Alis, Zahidah , Haziq dan baby Zikri sampai ke Ipoh. Punyalah banyak barang yang kena bawak balik kampung. Sampai rapat absorber kereta kami. Kalaulah bawak baby car mas tu rasanya mau baby car mas tu jerit "tolongg,,tolonggg aku kena dera dengan mummy!!!" kihkihkih!! Nasib baik la baby car mas tu terlepas dari kesengsaraan... tapi yang sengsaranya kereta kakngah dengan Alis ler.. hehehe!!

     Maka bertolaklah kami dengan segala barangan yang telah dipesan oleh mak dengan ke Kuala Kangsar. Dengan traffic jammed yang mengalahkan KL , kami meredah ikut jalan lama,,sama jugak macam highway keadaannya,,jammed!!Apa nak buat itu jer jalan yang ada,,kena ler bersabar. Kami sampai betul - betul nak berbuka puasa. Rupa - rupanya Mak Uda satu family dah sampai. Muka mak punyalah berseri - seri,,seronok sangat agaknya jumpa adiknya.Itu Baru satu keluarga yang sampai. Menjelang tengah malam, family Pakcik Zam , Maklang Ha , Makjang Imah  , Angah Sahiri pun sampai,,Mas pulak tak sedor pun deme sampai bila,, ater dah meroloh dulu..penat wei dari siang tak rehat - rehat...dah tengah malam kot memang ler pengsan!

     Ahad pun tiba..raya,,raya,,hahaha!! Rasa macam budak - budak pulak aku nih,,ehehe!!Seperti tahun - tahun sebelumnya,,macam biasa tugas mas bermula didapur,,dah memang pun dicop sebagai salah seorang chep dikalangan waris - waris Tok Ban,, dah tak boleh lari dah,, start ajer mas kenal periuk belanga tu apa,,maka dengan itu secara rasmi lah berada dikalangan chep - chep yang ada dalam keluarga Tok Ban.Yang peliknya,, sembilan adik mas,, mas sorang jer yang kena..yang lain tak kena pulak,,adeii tak aci betul!! Ika macam biasa menjadi tukang gosok baju bertauliah,,hehehe!!Habis semua baju adik - adik , mak, abah dengan mas sekali dikutipnya..itu belum campur mak - mak sedara yang mintak tolong sekali tu.Mau patah pinggang adik mas tu. Tapi masing - masing happy jer buat benda tu semua sebab raya kan plus sebab dah lama tak berkumpul ramai - ramai macam tu...

     Selesai sembahyang raya , kami makan beramai - ramai bayangkan berapa buah family yang ada,,crowded giler ruang dapur rumah opah tu dengan adik- adik sepupuku dan mak - mak serta bapa - bapa sedara mas. Memang meriah betul raya kali ni....seronoknya mas melayan karenah adik - adik sepupu mas yang manja ,, yang nakal dan yang macam - macam lagi lah...    

No comments:

Post a Comment