Wednesday 15 August 2012

Riang Ria Di Hati.....

Assalamualaikum...selamat pagi semua...rasanya macam terlalu lama mas tak update blog kesayangan mas nih...kesibukan yang melanda menyebabkan mas tidak menjengah blog mas ni untuk seketika.

Dalam dua minggu ini..nope..actually it might be more than two weeks..rasanya sejak start puasa kot banyak benda yang berlaku. Rasanya kalau diceritakan mau kot sehari semalam baru habis..hikhikhik!!

Jadi....dipendekkan cerita...start jer bulan puasa..mas dan cikgu-cikgu lain kat sekolah mulalah terlibat dengan program ihyak ramadhan yang dah dirancang sejak sebelum puasa lagi..dan secara automatiknya mas juga dilantik sebagai ketua bahagian hadiah dan menjadi guru pembimbing untuk tadarus Al-Quran. Rasanya tahun ni paling mencabar sangat masa jadi guru pembimbing tadarus sebab anak-anak murid yang mas perlu bimbing merupakan pelajar tahun 6 yang agak "kurang" sikit dalam membaca Al-Quran...bukan la depa ni tak pandai baca Quran tapi more to attitude problem sebenarnya...yelah...dah baca pakai main redah jer semua tajwid...mas bukan la pandai sangat tapi kalau dah tajwid pun berterabur macam tu..mau mas tak naik angin...huhuhu!! Apapun mujur la budak-budak nih masih boleh dibentuk walaupun degilnya kadangkala tak bertempat..

Bila bulan puasa..macam-macam aktiviti yang kami jalankan untuk semua anak -anak murid kami..salah satunya pertandingan azan. Masa pertandingan nih dijalankan memang mas tak tahan nak gelak..sebab macam-macam versi azan yang keluar..memang menggelikan hati apabila ada yang azan terus jadi qamat..mau mas tak gelak sengsorang kat kelas..kelas mas tu kan bersebelahan dengan pusat sumber...pertandingan diadakan dalam pusat sumber..memang sah-sah la clear sampai kat kelas mas..haishh memang senak perut tahan gelak..tapi apapun memang mas salute pada budak-budak tu sebab berani sahut cabaran daripada cikgu-cikgu..

Balik ke ipoh...lain pulak ceritanya..dilanda pula kesibukan untuk menyediakan keperluan raya adik-adikku sayang tu..raya kali ini lega sikit sebab dapat bonus dan tunggakan..bernafas la sikit mas kali ini. Kali ni raya tak seperti tahun-tahun sebelum ini..kemeriahannya sangat terasa sebab semua emak dan bapa saudara mas serta semua adik-adik sepupu mas akan balik beraya di Kuala Kangsar. Tak sabar rasanya nak jumpa mereka..maklumlah rasanya terlalu lama tak jumpa depa tambahan pulak raya kali ini diserikan dengan kehadiran Afnan Zikri..anak saudara mas yang ketiga..anak adik mas yang ketiga iaitu Alis dan zahidah...tak sabar rasanya nak jumpa mereka..nak jumpa safiyya adik sepupuku yang bermata bulat yang comey...nak jumpa adikku damia yang keletah dan semua-semualah...hehehehe!!!!!

Excited sangat..sangat..sampai mas beria beli kuih raya..kerepek segala bagai nak bawak balik ke kuala.. Lama sangat-sangat tak berkumpul macam nih dengan sanak saudara sebelah mak..sebelah abah..hmmm..tak payah la cerita..tak berapa nak berkenan..susah nak cakap..biarlah rahsia.. (^_^)

Dalam masa yang sama..mas sedikit sayu bila mengenangkan ika dah tak tinggal lagi dengan mas selepas raya nih..sebab dia dah tamat latihan praktikal dia..sunyi la mas lepas nih..huhuhu!!

Oklah semua..setakat ni jer dulu yer..nak sambung buat kerja..hari ini ada majlis khatam Quran murid-murid..nak tangkap gambar..jumpa lagi yer..Assalamualaikum... (^_^)

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment