Monday 7 May 2012

Memori Indah Part 1....(^_^)

Dalam dua minggu ini,,banyak perkara yang berlaku. Ada yang menyenangkan hatiku dan ada yang sedikit sebanyak mendatangkan keluh kesah di sanubari. Dua minggu yang lepas, ketika aku sedang melatih budak di padang hardcourt UITM, aku ditimpa kemalangan yang aku kira memudaratkan diri aku juga.. Tengah seronok menjaringkan gol,, entah macam mana boleh tersalah landing, menyebabkan kaki aku terseliuh dan menyukarkan aku untuk bergerak. Mujurlah aku masih lagi boleh bawa kereta sampai ke Pasir Salak dan sempat hantar budak aku ke rumah mereka. 

Latihan pusat bola jaring tu habis lambat jadi lambat la jugak kami pulang. Dekat pukul 8 baru sampai rumah aku sendiri. Sampai kat rumah aku terus tuam kaki aku dengan ais untuk kurangkan bengkak. Esok paginya , pergi ke sekolah dengan bertongkatkan payung,,hehe!!Pakat kena gelak la dengan kawan - kawan kat bilik guru. Mujur kak Yati tidur di rumah aku malam tu ,,kalau tak kompom tak pergi sekolah sudahnya. Semua cikgu - cikgu yang sudah ku anggap sebagai kakakku sendiri bising dekat aku, suruh pergi urut. Hehe,,aku pulak buat nohen ajer,,ye la hari sabtu esoknya tu aku nak ke Pesta Buku Kuala Lumpur. Korang agak - agak la kan macam mana aku nak jalan dengan kaki yang berdengkot begitu?.Hahaha,,,kalau nak tau, malam sebelum pergi tu , aku tuam , gosok sendiri dan bandage kaki aku supaya tak sakit sangat.Esoknya, bila aku bangun pagi kurang la sikit sakitnya.

Tepat jam 5.30 pagi , hari sabtu tu, kak Yah dah tercegat kat depan rumah aku , nak ambik untuk ke KL. Kami parking kereta kat dalam balai polis Kg. Gajah sebelum naik bas.Tunggu kat tepi jalan,,orang yang lalu lalang tengok aku dengan kak Yah semacam jer..Yalah , pukul 5 pagi tu wei,,dok kat tepi jalan pulak,,kompom orang ingat kami orang tak betul,,hehe!!

Semangat pesta buku punya pasal sanggup pergi jugak,,punyalah ramai yang tak bagi aku pergi sebab takut kaki aku melarat sakitnya..tapi aku tak peduli nak pergi jugak sampai Kak Yah pun cakap degil betul budak nihh,,haha!!Sampai kat sana,,satu PWTC aku tawaf,,cuma tak naik tingkat atas sebab dah tak larat. Hohoho,,patutnya aku bawa beg roda untuk borong novel - novel tu.Sawan aku tengok semua novel tu..Nasib baik gaji aku tak ribu - ribu kalau tak mau satu PWTC tu aku borong..hehe!!
 

Lepas PWTC, kami ke Berjaya Times Square,konon - konon nak tengok Siti Nurhaliza lancarkan produk terbaru,,tetapi malangnya,,batang hidung dia pun kami tak nampak,,takper la takder rezeki la tu..Lepas tu kami ke RTM untuk tengok rakaman Biduanita Negara , Dato' Sharifah Aini.Mak aihhhh!!!! suara dia memang mantap tak hengat kome oii!!Best giler rasanya...:)

Oooppss!!! lupa pulak nak kabo kat kome semua,,masa kat PWTC tu kan,,aku dapat jumpa kawan fb dari group Alam Pena Bicara iaitu Kak Rozana..Ya Allah rasa macam tak percaya jer dapat jumpa dengan dia..Orangnya sangat lawa dan peramah,,sama jugak dengan anaknya Sabrina a.k.a Intan dan adiknya.Sekali nama panggilannya sama la pulak ngan adik aku si Intan tu. Tak sangka betul ada juga rezeki aku jumpa dengan sahabat baru ni. Rasa macam dah kenal lama la pulak. Maklumlah dengan aku yang terlebih mesra alam ni ( gelaran daripada nurul dengan majdiah),,mana aku nak ingat aku berada kat mana,,syok punya pasal aku tak peduli orang tengok ke tak..hehe!!Yang lagi best dapat pulak souvenir dari kak zana,,kek coklat dan coklat peveret aku ...gembira tak terkata rasanya.. Yang nak tergelaknya,, Sabrina kata kat aku "Biar betul akak umur 31,,nampak macam umur 26 gitu,," hohoho,,tergelak sakan aku kat situ,,kembang pun ada,,pasal orang kata aku muda..kekeke!!Tapi apapun memang best sangat dapat jumpa diaorang ni...

Hmm,,oklah setakat ni jer dulu ekk,,nak balik rumah,, nanti mas sambung cerita,,panjang lagi ni,,sebab dah dua minggu simpan..hehe!!kita jumpa kat episod dua pulak yer,,(^_^) Assalamualaikum.......

No comments:

Post a Comment