Tuesday 22 May 2012

Memori Indah Part 2..

Ok..kita sambung balik cerita dari part one hari tu yer..lama sangat peram aku pun dah tak berapa nak ingat sangat jalan ceritanya..selepas balik dari KL..aku mula sibuk dengan budak bola jaring aku.3 hari berturut - turut aku menghantar mereka pergi ke latihan pusat di SMV Sri Iskandar sebelum perlawanan bermula di Arena Square Teluk Intan. Pada hari Jumaat kami berkumpul di masjid Kg. Gajah tunggu PTPS kami yang sweet iaitu Cikgu Siti Fatimah.Elok jer dia sampai kami menarik nafas lega..sebab kalau ikutkan time tu dah lewat la jugak..kak siti bagi kat aku baju tshirt netballerz perak tengah..excited giler aku sbb first time aku dapat tshirt yang ada cop mohor perak tengah tu..cop tu yang mahalnya..bukan la dapat free jer kan..bayar ler..hehe..:)

Masa perlawanan bola jaring tu.. memang menggugat kesabaran kami cikgu - cikgu yang melatih..maunya tak kami mengamuk..apa yang kami ajar langsung tak digunakan..tapi dalam masa yang sama kami lega jugak walaupun kalah..tapi kalah secara bermaruah..maknanya markah tu tak jauh sangat..cuma bila lawan dengan budak dari kinta..hmm..kami semua pakat gelak jer laa..pasal apa tau..pasal depa tu memang hebat..dalam masa tak sampai 10 minit main dah 40 gol..huhu..sadis betul..baik under 18..under 15 dan under 12..semua kena balun kaw - kaw punyer dengan budak kinta..hari kedua semua bungkus balik..kecuali under18 yang dapat masuk semi final..takper lah..kalah pun kalah lah..setidak-tidaknya ada juga budak-budak tu merasa pergi perlawanan antara daerah.

Habis sahaja kesibukan bola jaring..aku disibukkan lagi dengan perkhemahan pengakap pula.Letih betul..dua malam bermalam kat sekolah..maklumlah orang bujang..kena la ikut perintah kann,,disuruh tido kat sekolah..nak buat macam mana..terpaksa..sebab aku kesian kat cikgu-cikgu yang ada anak kecil..at least itu sahaja yang mampu aku bantu..selagi aku boleh buat..aku akan buat..:)

Masuk minggu itu sahaja..kiranya hampir dua bulan jugak aku tak balik ke Ipoh. Adik -adik dengan mak aku bising tanya bila nak balik..hehe..terdiam aku kejap..nak buat macam mana..terlalu banyak benda yang aku perlu beri komitmen..selagi tak habis upsr..selagi itu la aku akan sentiasa sibuk..yang penting aku masih lagi boleh telefon mak dan adik -adik walaupun sibuk..cuma bersua muka je tak...takper lah..dah itu tugas aku..kenalah terima buruk dan baiknya..

Habis perkhemahan..datang pula minggu hari guru.. Sekali lagi kami cikgu-cikgu dilanda kesibukan..sibuk mencari hadiah..membalut hadiah..mereka permainan untuk guru dan macam-macam lagi. Dan yang mengujakan sekali wall fb aku dipenuhi dengan ucapan hari guru dari kawan-kawan..handphone sentiasa berbunyi..dah rasa macam artis la pulak..hikhikhik!! Yang paling best..aku menerima kiriman puisi dari sahabat istimewa di laman fb..seronok dan bersemangat lagi aku minggu tu..tidak ketinggalan juga rakan dari group Karya kita dan Alam pena bicara yang memberikan ucapan dan puisi sempena hari guru..hanya dengan sekadar ucapan..hati aku rasa amat gembira..gembira yang tak terucap..bukan hendak mendabik dada bangga mengatakan aku ni seorang guru..tapi lebih kepada merasakan betapa seorang guru itu dihargai walaupun tidak pernah meminta untuk dihargai.. Alhamdulillah kerana aku adalah antara orang yang dipilih untuk meneruskan semangat seorang guru mendidik tanpa pernah kenal erti jemu dan putus asa.. Ucapan terima kasih juga aku tujukan kepada semua guru - guru yang pernah mengajar aku tanpa jemu..yang tak pernah jemu mendidik aku sehingga aku berjaya sebegini..terima kasih cikgu kerana menjadi sebahagian daripada hidup aku dan mewariskan semangat cikgu-cikgu kepada saya..terima kasih cikgu..terima kasih yang tak terhingga..hanya Allah yang dapat membalas jasa cikgu....(^_^)..

Tanpa kusangka..aku juga turut menwrima hadiah daripada murid yang tak pernah aku jangka akan memberikan aku hadiah..maklumlah guru pemulihan ni tak seglamour guru kelas..tapi bukan itu yang ku mahu..hanya sekadar diingati pun memadai..terima kasih pada murid yang sudi memberi aku hadiah..cikgu suka sangat..and i love u so muchh!! (^_^)

Ok lah setakat ini jer dulu..lain kali aku update lagi.. Assalamualaikum...:)

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment