Monday 11 June 2012

Mainan Rasa Di Jiwa..( Part 1)

Setelah dua minggu bercuti..hari ini kami kembali semula ke sekolah. Banyak yang berlaku semasa cuti sekolah...lalu ku himpun setiap olahan peristiwa untuk ku lakarkan semula di sini. Jujurnya dalam gembira terselit kesedihan yang menyentap tangkai hatiku. Dalam kegembiraan menyambut hadirnya cuti sekolah..aku dikejutkan dengan khabar duka (untuk aku) bahawa sahabat kesayanganku akan berpindah sekolah lain daerah drpd aku..ye..kawan yang sentiasa disisi aku..yang sentiasa menegur setiap kekhilafan aku..kawan yang paling akrab denganku...sahabat aku dunia akhirat Puan Nurul Hidayah..sahabat aku yang sama jer tiga sukunya..yang paling selamba antara sahabatku yang lain.. Perpindahannya benar2 membuatkan aku berdukacita tapi dalam masa yang sama aku gembira mendengar dia akan berpindah. Mesti kome ingat aku ni gila kan?? Dalam sedih pun masih boleh gembira..itulah apa yang aku rasa..kerna aku melihat kesengsaraan dia berjauhan daripada suami dan keluarga..minta bertukar banyak kali dalam masa 2 tahun ni tapi tak pernah dapat sehingga mengakibatkan dia berada dlm keadaan murung dan tak bersemangat langsung untuk terus berada di sini..aku yang melihat..aku juga mendengar setiap rintihannya..sebab itulah aku katakan aku gembira bila dia kata dia akan pindah kerana dengan perpindahan ini akan memulihkan semula hatinya dan membuatnya gembira seperti dahulu. Tapi aku juga sedih sebab aku akan kehilangannya..takde lagi aktiviti yang selalu kami buat..keluar sama -sama..pergi ppd sama -sama..melepak sama - sama..itu semua hanya akan tinggal kenangan sahaja. Saat aku bersedih takkan ada lagi hadirnya di sisiku untuk memujuk dan memberi kata nasihat..memang aku telah bersiap sedia untuk menerima berita itu sebelum ini..tapi entahlah kenapa aku tetap juga bersedih. Hmmm...sukar untuk aku menzahirkan perasaan aku. Yang pasti aku sedih dan gembira untuknya.. Doaku semoga dia sentiasa berbahagia dan semoga talian persahabatan kami takkan putus sampai bila2.. Terima kasih juga ku ucapkan pada sahabatku di pahang yang berusaha memujuk aku dan menceriakan semula hatiku..walaupun kami tak pernah berjumpa dan hanya berkenalan di fb..tetapi kesudiannya memujuk hatiku amat kuhargai..terima kasih sangat2 kuucapkan..hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Setakat ini saja dulu yer..nanti mas sambung lagi..bateri handset ni dah nak habis la pulak..kita jumpa kemudian yer..(^_^)

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment