Thursday 28 June 2012

Mainan Rasa Di Jiwa ( Part 2 )

Moh kita sambung balik kisah yang terhenti hari tu..maaflah pada kawan - kawan yang membaca...agak lama juga mas terhenti menulis kisah selanjutnya...bukan apa terlalu banyak untuk diuruskan dalam kehidupan seharian..tugas yang menanti..tanggungjawab yang tergalas di bahu aku..hmmm!! Lelah sungguh rasanya..

Awal cuti persekolahan..aku balik ke ipoh untuk ambil adik aku yang keempat..ika..untuk dibawa balik ke Kampung Gajah. Dia dah mula menjalani latihan industri di pejabat daerah tempat aku mengajar nih..jadi dengan rasminya aku bergelar babysitter sepanjang cuti sekolah ini..tak sangka begitu cepat masa berlalu..adik aku yang cengeng tu dah besar dah nak masuk ke alam pekerjaan dah pun..rasanya macam baru semalam aku dukung dia..enjut dia dalam buai..dan aku tertido sampaikan dia nangis pun aku tak sedar hinggalah emak balik dan memarahi aku sebab biar adik menangis dalam buaian.. Hahaha!! Lucu sekali aku rasakan kenangan tu..sekarang dia bukan lagi anak kecil yang perlu aku kendong..tapi dah jadi gadis sunti..tapi benarlah kata orang jaga anak dara ni lagi susah dari jaga lembu sekandang. Baru aku terasa kebenarannya..baru aku tau betapa susahnya mak dan abah memikul tanggungjawab tu. Tapi entah kenapa aku rasa senang dengan kehadiran adik aku disisi aku..tak lagi dihuni rasa sunyi di hati..:)

Hari kelima cuti persekolahan iaitu hari rabu..aku terlibat dengan program menggilap mutiara siri ketiga..program lawatan sambil belajar yang melibatkan empat buah sekolah. Sebenarnya program ini dah berlangsung selama tiga tahun berturut - turut. Tujuh pelajar aku terpilih untuk ikuti program ini. Alhamdulillah ada perubahan positif pada budak - budak aku...walaupun mereka itu bekas murid pemulihan sedikit perubahan dalam pencapaian akademik mereka pun dah cukup buat aku..kerana aku tahu mereka berusaha keras untuk mencapai markah lulus..jadi ganjarannya tahun ini...kami cikgu - cikgu yang terlibat bersepakat membawa mereka ke Kuala Lumpur. Memang seronok bila tengok muka mereka yang teruja untuk melihat suasana pemandangan yang menarik di atas Menara Kuala Lumpur..mencuba pelbagai aktiviti di dalam Petrosains..keghairahan memborong coklat di kilang coklat Berryls dan keterujaan berjumpa dengan Dato dan Datin membuatkan aku teringat - ingat lagi sampai ke hari ini. Tapi apapun lawatan kali ini memang sangat - sangat happening sebab semua guru yang kukenali ada bersama..termasuklah dilla ( ustazah dari sekolah tanjung bidara ) yang menunggu di Kuala Lumpur..terharu rasanya kerana dia sanggup luangkan juga masanya untuk bersama kami. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat terutama kepada kak Azizah dan Kak Zubidah yang menjadi tulang belakang dan orang kuat dalam program ini. Kalau tak kerana mereka berdua rasanya anak - anak murid aku tu takkan dapat merasai pengalaman yang bermakna nih.

Bila sahaja sesi persekolahan bermula..kesibukan mula melanda jadual seharian aku. Rasanya bukan aku seorang sahaja guru yang sibuk..keseluruhan guru yang ada kat Malaysia ni dilanda kesibukan. Kat sekolah aku ni sahaja sudah dimulakan dengan kelas kepung untuk budak - budak tahun 6. Makin sibuk la cikgu - cikgu tahun 6. Aku pun tak terkecuali sebab kena bantu depa. Bezanya aku taklah sesibuk mereka..masih ada ruang untuk melepaskan lelah.

Terkejar - kejar antara tanggungjawab dengan keluarga dan kewajipan aku sebagai guru sangat - sangat melelahkan aku. Aku tidak akan sekali - kali menafikan adakalanya aku terlalu letih dalam menghadapi segala - gala..kadang kala aku merasakan yang aku bakal tumbang bila - bila masa sahaja..terasa aku tidak mampu melakukan segalanya dengan sebaik mungkin..tapi inilah dunia aku..inilah yang sudah tertulis dalam perjalanan hidup aku..hanya aku yang mampu mengubah laluan kehidupan aku. Aku benar - benar tak tahu sejauh mana aku boleh bertahan...tapi dalam masa yang sama aku bersyukur masih ada insan yang sudi menyokong dari belakang selain keluarga..aku masih ada kawan - kawan yang sudi memberikan pertolongan kepada aku..bila aku rasa keseorangan masih ada yang sudi memberikan perhatian..dan itu sangat - sangat aku hargai.. Biarlah hidup tak seindah yang disangka asalkan aku masih boleh mencorakkannya mengikut kehendakku itu sudah memadai. " Life is an open book "...itu yang kupegang sejak dulu lagi..setiap rentetan peristiwa tercoret sebagai satu pengalaman..dan pengalaman itulah yang membentuk aku menjadi normasliza elyani pada masa kini.

Tak sangka rupanya dah 31 tahun aku diizinkanNya mengumpul setiap pengalaman...dan benarlah kata pujangga..setiap yang tersurat pasti ada yang tersirat...harapanku cuma satu..semoga aku terus kuat untuk hadapi hari esok.. InsyaAllah!!
Salam sayang dariku....( ^_^ )

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment