Thursday 12 July 2012

Yang tersirat dalam tersurat....

Hmmm...bagaimana harus kumulakan luahan kali ini...buntu..bingung..keliru..marah...sedih...semuanya bercampur aduk dalam tubuhku... Tak tau bagaimana nak kuungkapkan setiap rasa yang berbaur dalam segenap urat nadiku.. Baru - baru ni aku terlibat dalam kemalangan yang aku sendiri tak menjangkakan akan terjadi sekali lagi padaku...mujur tak jadi apa-apa pada adik aku ika..kalau tak mau aku menyesal seumur hidup rasanya. Kalau hanya aku seorang yang berada dalam kereta tu aku tak kisah..tapi sebab ada orang yang aku sayangi membuatkan aku seakan trauma untuk balik awal pagi lagi... Memang pagi yang malang tu aku dah dapat merasakan sesuatu bakal terjadi..tapi dek kerana nak cepat dan terburu-buru untuk ke sekolah membuatkan aku terlupa seketika rasa hati aku tu... Entahlah..benda nak jadi agaknya..dalam aku berhati - hati pun masih juga terjadi..nak salahkan orang...aku sendiri pun salah jugak...tak memandang sekali lagi ke arah yang sepatutnya...mujur pengalaman eksiden kali pertama membuatkan bertindak pantas menghubungi auntie jasmin untuk menyelesaikan hal kemalangan tu...nak buat camner..benda nak jadi kan??...

Terima kasih kepada dua orang rakan sekerjaku yang bersusah payah menolong aku ketika hari kejadian.. Penolong kanan HEM kak salina..dan Penolong Kanan Ko-Ku aku kak Zainun kerana sudi menemani aku ke balai polis untuk buat report..terima kasih banyak2 kakak2ku..jasamu tetap kukenang hingga akhir hayat..

Kesian baby car aku ( nama manja yang diberi oleh seorang kenalan di fb ) habis remuk bahagian hadapannya..kali ni tempat rosaknya sama seperti 2 kemalangan sebelum nih...bahagian sebelah kiri penumpang di hadapan..sedih hati aku bila melihatkan keadaan kereta yang sangat2 aku sayangi jadi macam itu. Bila diingatkan balik betapa aku bersusah payah hendak membelinya..membuatkan hati aku hiba sangat2...sorry sayang...mummy tak sengaja...sampai hari ini..bila aku teringat kat baby car aku tu..mulalah air mata aku meleleh tak mau berhenti mengalir. Terlalu banyak nilai sentimental pada kereta kancil aku tu..walaupun kecil jasanya melebihi daripada apa yang orang lain lihat..

Hiba melanda jiwaku bila semua kenalanku dan keluargaku menyarankan supaya aku tukar kereta baru..malahan ada yang siap kata lagi...kancil tu eloknya tolak masuk sungai perak tu jadi tukun ikan kat dalam tu...sedihnya hati aku bila kesayangan aku dikata sedemikian rupa..desakan emak aku menyuruh aku bertukar kereta membuatkan aku jadi runsing dan secara tak langsung membuatkan aku memendam rasa marah dan sedih..dan secara automatiknya membuatkan aku menangis sentiasa kerana terlalu marah dan sedih...tapi ada ke yang faham hati aku..takde rasanya..mujurlah ada sahabat aku yang menenangkan hati aku yang serabut nih...nak tukar kereta ingat macam nak tukar baju ke pun...kuluahkan apa yang tersimpan kat dalam hati pada sahabatku yang dikejauhan..sapa ke lagi kalau bukan si cik puan nurul hidayah lah orangnya..bila dia dengar kisah aku..statemen ni yang kuar.."ko ni orang suruh cari pakwe..srh cepat kawin takde pulak ko menangis..ko buat bodo jer..tapi bila org suruh ko tukar keta menangis meraung macam nak kena hukum pancung.."....hmm..itulah statemen yang keluar dari mulutnya yang membuatkan aku rasa nak marah pun yer..rasa nak gelak pun yer...aduhaiii sahabat aku tu...dalam memujuk boleh pulak dia perli aku..hikhikhik!!! Dalam masa yang sama juga sahabat yang kukenali dalam fb juga memujuk aku menghilangkan gundah gulana di hati dengan kata2 semangatnya..dan akhirnya aku beransur hilang kesedihan yang melingkari hati... Terima kasih pada semua yang mengambil berat padaku... Alhamdulillah rupanya aku dikelilingi oleh orang yang baik hati..ternyata aku tak salah dalam meletakkan mereka sebagai sahabatku..:)

Memang terasa macam orang patah kaki bila takde kereta nih..nak pergi mana2 pun terpaksa menumpang orang..nak pergi kursus di ppd pun terpaksa menumpang orang. Mujurlah ada sofia (kawan satu group pemulihan ) bolehlah tumpang dia..pergi sekolah pun tumpang kawan sekolah yang kebetulan rumahnya dekat dengan rumah aku...kelmarin aku panas hati juga..rasa nak belasah orang pun ada..ada ke patut aku yang tak berkereta nih yang disuruh pergi ke mesyuarat di ppd..aku nak naik apa?? Nak marah karang kata aku tak hormat ketua..tapi bila tak marah...inilah yang terjadi...haishhh...payah betul!!

Memang sepanjang bulan ni..ada jer perkara yang meresahkan hati aku..ini lagi satu perkara yang aku tak berapa nak gemor sangat nak cakap..tak cakap kang aku pulak yang terseksa jiwa dan raga...rasa2nya kalau sesiapa yang baca post aku dari awal dulu tau pasal benda nih..macam mana nak cakap ekk..haishh..tak tau camner nak cerita...sebelum ni aku jatuh hati dengan dia dalam diam selama empat tahun aku pendam perasaan aku...bila dia tukar tempat kerja..kami mula rapat dalam fb..tapi dek kerana rasa ego masing2 hubungan yang baru nak berputik..gugur macam tu sahaja..masalahnya sekarang bila aku nampak dia online..hatiku kacau bilau...macam mana aku nak lupakan dia..sedangkan dia sentiasa ada didepan mataku bila aku online fb..nak diremovekan sbg kawan macam tak wajar la pulak..4 tahun menyimpan rasa bukanlah satu jangkamasa yang pendek dan bukanlah begitu mudah untuk aku buang setiap rasa kasih yang pernah hadir untuknya..aku takut untuk terluka buat kali kedua...dalam masa yang sama aku berkenalan dengan seorang sahabat dari sebuah group sastera di fb...perkenalan yang aku rasakan sangat singkat..tapi entah kenapa aku rasa sangat selesa bercerita dengannya..mungkin kerana background kami serupa...membuatkan aku selesa berkawan dengannya...seolah2 wujud keserasian antara kami..tapi apa yang aku pasti aku taklah sampai tahap jatuh hati padanya..masuk bulan ni dah hampir 3 bulan kami bermesej...dan aku seolah - olah sudah terbiasa dengan kehadiran mesejnya saban waktu...bila tiada mesejnya yang menjengah handphone aku..aku seperti penasaran...nak kata aku jatuh kasih padanya...tak pulak..tapi bermesej kalah orang bercinta..mungkin sifat prihatinnya yang membuatkan aku rasa selamat..hmm...entahlahh..susahnya nak mengungkap perasaan aku sendiri... Kata nurul..aku sebenarnya dah suka kat dia..tapi ada something that hold me back...entah..aku tak tahu...aku pun tak faham apa yang aku rasa..jadi macam mana aku nak expect orang lain tahu apa yang aku rasa.. Dan hari ini genaplah 3 hari dia tidak menghubungiku..mungkin ada tutur kataku yang mengguris hatinya..ye la kengkadang molot aku ni pun insurannya macam dah expired..laju jer cakap sesuka hati..mungkin juga dia sudah jemu melayan karenahku...entahlahh...sedikit kesimpulan yang dapat aku buat disini...ada kerinduan yang bertangkai dihati..ada kesayuan yang mengunjungi sanubari bila dia tidak hadir memunculkan diri..itu yang kurasa....hmmm..rupanya ada sebab dia tidak bermesej dengan aku...kesian sahabat aku itu..jatuh sakit rupanya...semoga cepat sembuh yer wahai sahabat...

Setiap yang tersirat disebalik yang tersurat pasti ada hikmahnya...tunggu dan lihat mungkin langkah yang terbaik untuk aku pada masa ini...

Salam sayang dariku....(^_^)

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment