Wednesday 25 July 2012

Rindu Tercipta....

Baru - baru ini...mas ke Port Dickson untuk menghadiri satu kursus untuk guru pemulihan khas. Mulanya memang mas agak keberatan untuk pergi tetapi bila mengenangkan pegawai PPD sendiri telah menelefon dan minta mas menghadiri kursus itu membuat hati mas agak susah untuk menolak..mujurlah mas dimaklumkan bahawa salah seorang sahabat mas akan pergi sekali..siapa lagi kalau bukan sofia..hmm..memang tak sangka sofia akan pergi..rasa seronok la pulak..lagipun dah lama kami guru - guru pemulihan ni tak berkursus di luar daerah..walaupun pada mulanya rasa keberatan sebab takde transport..tapi lastnya rasa excited lebih menguasai diri mas..

Dalam masa yang sama mas sedikit terkilan sebab tak dapat nak menziarahi adik ipar yang sedang dalam pantang..tak dapat tengok dan sentuh anak saudara yang begitu dinantikan..hmm..rasanya bukan sedikit terkilan...tapi sangat..sangat..sangat terkilan sebab tak dapat pergi..semuanya sebab kena kursus..family mas datang ke kampung gajah untuk ambik ika nak bawa mas sekalilah kononnya untuk ke sabak bernam nak berziarah tu..tapi apakan daya..hari yang sama jugak mas kena ikut sofia balik ke kampungnya untuk hantar anaknya Arisa pada emaknya..takkan nak patah dua tiga kali pulakkan.. Nak buat macam mana..panggilan tugas perlu diutamakan..tapi sebenarnya memang salute sangat dengan sofia...sebab dia berani bawak kereta sampai ke rawang lepas itu baru noraini sambung pulak sampai ke pd..kalau mas entah laa..rasanya tak sampai kot kat pd tu..ehehehe!!

Pergi ke pd..menghadiri kursus itu...rasa macam tak percaya.. Nak tau sebab apa? Rupa -rupanya kursus itu diadakan untuk guru yang tercalon sambung belajar lebih mendalam tentang murid-murid yang bermasalah. Siap ada diploma lagi..peluang untuk belajar..rasa macam tak percaya..sebenarnya mas pergi pun sebab menggantikan cikgu lain yang sepatutnya pergi..dan cikgu yang sepatutnya pergi tu adalah guru cemerlang dan JU pemulihan peringkat negeri..dan hampir 90 peratus cikgu yang hadir merupakan JU kebangsaan..terasa diri mas ni sangat kerdil bila berada dikalangan mereka...macam mana pun..memang selama ni niat dihati nak sambung belajar nak buat master..tapi niat tu belum dapat direalisasikan lagi..sekarang orang dah offer..apa salahnya kita ambil peluang kan..takpe la kalau bukan master pun..asalkan sambung belajar balik tak rugi pun..alhamdulillah mak dan abah tak membantah..kata abah kalau itu boleh membuatkan tumpuan mas lari daripada novel..abah memang setuju sangat.. Alahai abah aku..novel tu jugak yang dikaitkannya...adehh!! So sekarang tunggu sajalah surat panggilan dari JPN..itu pun kalau mas layak dan terpilihlah...doakan untuk mas yer..:))

Berjumpa semula dengan dua orang kawan lama masa dimaktab dulu semasa berkursus membuatkan hati mas rindu sangat kat kenangan-kenangan di maktab..terkejar-kejar untuk menghadiri kelas..menyiapkan assignment..bertemu dengan pensyarah adalah kenangan yang indah sewaktu berada di kedah..Jujurnya..mas memang dah jatuh hati dengan negeri Kedah..banyak kenangan yang tercipta disana..bersama dengan nurul..majdiah..sofia..kak aisyah..kak aina..solehah..azmi dan zain dan semua kawan-kawan yang lain...mas belajar erti hidup dan makna sebuah persahabatan.. Malahan yang paling lucunya..pertama kali dalam hidup mas belajar main bowling masa kat maktab IPDA di kedah..hahaha!! Seumur hidup tak pernah mas pegang bola bowling dan tak tau pun nak baling bola tu macam mana..tetiba belajar kat sana..boleh pandai pulak main bowling..terima kasih pada azmi yang paksa mas ikut pergi arena mall jitra tu untuk main bowling..hehehe!! Sedar tak sedar begitu lamanya masa telah berlalu..tak sangka dah hampir 3 tahun kami semua tak berjumpa..apa la khabar mereka semua agaknya..arghhh!!!rindunyaaa...andai sahaja masa dapat diputarkan semula.....

Hari ini genaplah empat hari mas tidak bermesej dengan sahabat mas yang jauh nun disana..hendak menyapanya terasa segan pulak..takut mengganggu.. Entah kenapa rasa macam ada satu kekosongan yang tak dapat dihuraikan bila dia tidak menyapa diri ini..salahku juga kerana mengaju soalan yang mungkin mengundang rasa marah bertandang di hatinya..Mungkin pertanyaan itu membuatkan dia terasa hati dan merajuk,,Hailahh mulut mas ni memang takde insurans betul!! Yalah..sesiapa pun pasti akan tertanya-tanya bila bermesej bagai nak rak..mas sendiri pun tertanya-tanya..takde ke orang yang cemburu bila dia selalu mesej mas..manalah tau tautan hatinya dapat tau dia bermesej dengan orang lain hampir setiap hari..mau kot gaduh besar..tapi iyalah kan..siapa lah mas ni nak tanya berlebihan pulak..apapun diam mas tak bererti mas melupakannya..sekali mas letakkan seseorang itu sebagai sahabat sampai bila-bila pun tetap akan menjadi sahabat mas...melainkan bila dia sendiri yang menyatakan tak memerlukan mas lagi untuk berada disisinya..masa itu barulah mas akan mengundurkan diri dari persahabatan yang pernah termeterai...


Aduhai..banyaknya luahan hati yang hendak dicoretkan..mesti kome bosan kan?? Takper la..kat sini jer mas boleh luahkan apa yang terbuku di hati..nak luahkan kat famili tak semestinya mereka faham..nak luahkan pada kawan-kawan masih ada batasan yang perlu dijaga..jadi kesimpulannya..biarlah menulis disini..kalau orang baca pun tak semestinya dia kenal siapa mas ini...(^_*)

Bersama dengan representative dari College Of Allied Educators dengan rakan - rakan dari maktab linda (baju hijau) dan sofia(baju biru)

Last day di Corus Paradise Resort,,sempat gak posing kat benda alah nih,,hehe!!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment